Ulu Bernam,
berhampiran Behrang
Kemalangan berlaku kira-kira jam 4-30 pagi tadi di KM 396-7 Lebuhraya Plus arah Utara selepas susur ke Tanjung Malim.
Kemalangan berlaku di lorong kecemasan.
Sebuah lori kontena sebelum ini berhenti di lorong kecemasan dan pemandunya turun untuk memeriksa lampu belakangnya yang rosak.
Tidak lama kemudian, sebuah lori dari Johor dalam perjalanan ke Thailand, terus merempuh pemandu kontena dan belakang kontena terbabit.
Pemandu lori kontena, Alexander Mathews George, 40 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.
Manakala pemandu dan kelindan tersepit di tempat duduk.
Pemandu lori, Norraizam Jamiran, 33 tahun yang parah di kepala dan , badan dan kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Bagaimanapun, kelindannya, yang juga tersepit dan cedera parah, di bawa oleh orang ramai ke hospital.
Bagaimanapun, lokasi ke mana dia dihantar belum diketahui.
(Kelindan lori sebenarnya telah dihantar oleh orang awam ke sebuah klinik kesihatan di Tg Malim)




















Apa punya bodoh drebar kontena tu, depan sikit kan ke ada hentian sebelah Behrang?
Pemandu lori kontena tu kan berhenti kat LORONG KECEMASAN untuk periksa lampu lori dia yang rosak.
adakah coupeling puller di buka selepas kemalangan atau sebelum kemalangan…..atas alasan apa?
kena pihak berwajib siasat…
soalan saya, kenapakah lori itu melalui LORONG KECEMASAN? Bukankah LORONG KECEMASAN itu untuk waktu kecemasan? Jadi lorong itu ada possibility kenderaan rosak akan berhenti.. lori kontena tu tak salah berhenti di lorong itu kerana nak check lampu, sebab waktu malam, lampu memainkan peranan yang amat penting. Tapi kalau berhenti, kena ada yg double blinking light tu.. supaya kenderaan lain nampak tanda kenderaan rosak.
Saya fikir kerajaan patut force kan rule setiap lori mesti ada lampu mcm hari raya.. decorate satu lori ngan lampu warna-warni supaya org nampak. Satu lampu rosak, 100 lg ada.. masa saya balik dari KL ke Ipoh waktu malam minggu lepas, ada nampak lori buat mcm tu..warna-warni dan terang satu lori. Impossible tak nampak. Puji owner lori tu.
setuju dengan pandangan tany.. buat le lampu banyak-banyak.. dalam sebulan dua kali saya travel penang-Ipoh dan Ipoh-penang.. selalunya saya akan memandu pada waktu malam dan lori-lori besar punye lampu belakang, manghaih kecik..
norraizam(pemandu yang maut dlm kemalangan tu kawan saya)saya hanya nak tanya jika ada video tentang kemalangan tu boleh kongsi dengan saya sekadar utuk disimpan.terima kasih.