Reality in Real Life

Pemandu Maut – Besi Penghadang Lebuhraya Menembusi Kereta

IMG_7251KM 436, Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Rawang, Selangor
14 Januari 2013
2 pagi
 

Nama mangsa : Haidir Abd Samat , 27 tahun, Felda Jengka 22, Pahang

IMG_7254Lagi kemalangan ngeri di Laluan Bayangan Maut, juga membabitkan kematian.

IMG_7253Kes membabitkan kemalangan kenderaan merempuh besi penghadang lebuhraya sehingga membawa maut, berlaku lagi.

Dan besi ini sekali lagi menembusi kenderaan yang merempuhnya.

Kemalangan ini berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu manga pada mulanya hilang kawalan dan terbabas ke kiri lebuhraya.

IMG_7252Ia kemudian merempuh bucu besi penghadang ini dan besi menembusi beberapa meter ke dalam perodua Myvi ini.

Akibatnya, pemandu kereta, Haidir Abd Samat, 27 tahun, maut di tempat kejadian.

18 Comments

  1. aku ler's Gravatar aku ler
    20/06/2013    

    hmmm…kebanyakan komen menyalahkan besi tuh…kesian dia…. xpe la suh kerajaan buang besi tu kompem lepas ni xde eksiden

  2. faz's Gravatar faz
    16/01/2013    

    salam.. sejak pembinaan simpang tol sungai buaya.. makin byk excident kt citu..

  3. somel's Gravatar somel
    16/01/2013    

    nampaknya besi penghadang jlnraya ni mendatangkan bahaya dan maut kepada mangsa kemalangan… termasuk mangsa kemalangan bas…mati sebab besi tusuk masuk dalam kenderaan. ngerii. byk kes dah.kenapa tak ganti dgn tembok konkrit ke?…atau jenis penghadang tali kabel. lebih selamat. kalu nak suruh pemandu jgn pandu laju2..mustahil laaa..kecuali setiap km letak kamera perangkap laju atau AES.

  4. 16/01/2013    

    tak ada lampu signal…mendalam maksud tu…. :)

  5. iskandar's Gravatar iskandar
    15/01/2013    

    kalau kat oversea… waris boleh saman highway consession sbb besi penghadang fail!

    kat malaysia.. sape berani?

  6. ntah's Gravatar ntah
    15/01/2013    

    rase nye dulu hujung guard rail ni start dari bawah, kira mcm ramp la. so kalo kereta langgar keter tu terbang la. jadi sekarang dah tuka, tapi kalo kerete langgar terus tembus ke body. lagi masalah. kene ubah design ni.

  7. Ahmad's Gravatar Ahmad
    15/01/2013    

    Mangsa yang maut ni adalah pekerja pembuatan Perodua..al fatihah, semuga ditempatkan dikalangan org beriman..amin2

  8. perantau hepi's Gravatar perantau hepi
    15/01/2013    

    al-fatihah…semoga rohnya dicucuri rahmat

  9. Clair's Gravatar Clair
    15/01/2013    

    keadaan penghadang seperti ini juga membahayakan seperti di laluan motosikal Laluan Lebuhraya Persekutuan. Sekiranya pemandu terkena, bak terkena pisau.

  10. Adriany's Gravatar Adriany
    14/01/2013    

    Salah Perodua sebab jual kereta laju dan tidak ada lampu Signal.

  11. wie's Gravatar wie
    14/01/2013    

    ni mungkin kes mengantuk ketika memandu… dlu pun aku nyaris-nyaris nak langgar bucu divider jln tue akibat mengantuk rase nak tidur pagi-pagi buta… tapi aku dah ambil iktibar untuk berehat dahulu di r&r jikalau berasa letih… ni tiada kaitan yer dgn aes yg mengaut duit rakyat tu… ape2 pun al-fatihah kepada mangsa kemalangan… kepada-Nya kita dtg kepada-Nya jugalah kita kembali..

  12. hmm's Gravatar hmm
    14/01/2013    

    bro, bukan masalah skru…kete ni langgar bucu devider..tak boleh buat apa dah..

    bagi aku pihak PLUS kena buat kajian balik pasal devider ni..

    mungkin faktor lampu jalan jugak boleh consider sebab kawasan yg berlaku kemalangan selalunya gelap gulita..

    All and all, kena bergantung kepada diri kita sendiri…kita hendaklah cukup rehat sebelum memandu…kalau mengantuk atau penat, better berenti rehat tido dulu..

    my 2cents

  13. Rugal's Gravatar Rugal
    14/01/2013    

    Kena tukar jenis penghadang dawai besi tebal. biler di langgar akan melentur lalu menyerap hentakan. biasa ada penghadang jenis camni.. kt tgh2 tol

  14. wan's Gravatar wan
    14/01/2013    

    dari letak AES baik letak lampu jalan..lgpn kwasan ni kurang lampu jln..klu letak AES skali pn kelajuan 30kmj pn blh berlaku kemalangan,yg berhenti tepi jalan turut terlibat kemalangan…jd AES bukan penyelesaiannya…kaji semula faktor2 di laluan bayangan maut ni…

  15. 14/01/2013    

    harapkan pagar, pagar makan orang..dulu2 penghadang tak macam ni..pakai skru China lah ni

  16. 14/01/2013    

    baru2 nikan alza yang jadi mangsa.. kali ini myvi pulak.. huhu.. sedih2.. salah siapa sebenarnya ni?

  17. azroy77's Gravatar azroy77
    14/01/2013    

    Salam semua,boleh x dilaluan bayangan maut ini diletakkan kamera seperti kamera AES,dan saya rasa tidak ade papan tanda yg menyatakan berape kemalangan yg berlaku di laluan tersebut…rasenyer x rugi kalau pihak yg berkenaan membeli satu billboard utk menyatakan dan mempamerkan jumlah kemalangan dan kalau nak berkesan lagi…letak gambar kemalangan….

  18. wan's Gravatar wan
    14/01/2013    

    kerajaan patut kaji semula penghadang jalan ni….sbb kalu kemalangan boleh menjadi pisau @ gergaji yg amat bahaya..banyak kes sekarang melibatkan besi penghadang jalan…jgn nk utama kn AES je sbb AES hanya boleh perangkap had laju kenderaan sahaja….ia xboleh kesan jalan merbahaya atau sebagainya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting