Reality in Real Life

Pemandu Maut – Hilux Terbalik

KM 432
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
berhampiran Bukit Beruntung,
Hulu Selangor
26 Feb 2011
8 malam

Maut di Laluan Bayangan Maut

Semalam, seorang pemandu treler maut, hanya 1 kilometer dari lokasi ini (arah Selatan) – rujuk entry di bawah.

Hari ini, seorang lagi menemui ajal – di laluan yang menjadi tumpuan liputan saya sejak beberapa tahun lalu.

Kemalangan ini membabitkan 2 kenderaan – sebuah Toyota Hilux dipandu seorang pekerja sebuah bengkel kenderaan berat di Bukit Beruntung.

Sebuah lagi kenderaan ialah kereta Peugeot , dipandu seorang pegawai bank bersama 3 lagi ahli keluarga.

Siasatan awal mendapati, Toyota Hilux terbabit dipandu di lorong laju manakala Peugeot ini di lorong tengah.

Hilux ini dipercayai bergesel dengan sisi kanan hadapan Peugeot menyebabkan kereta terbabit terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum tersadai di longkang.

Pemandu kereta, Idris Mohd Isa, 47 tahun dan dua lagi penumpang terselamat, manakala ibu mertuanya cedera di kepala.

Idris , seorang pegawai Maybank di Ipoh, dalam perjalanan pulang dari ibunegara.

Hilux pula hilang kawalan sebelum turut berpusing dan memasuki kawasan longkang sebelum terbalik beberapa kali ke arah jalan menyebabkan pemandunya tercampak.

Hilux kemudian menimpa dan menindih mangsa menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

Mangsa yang tersepit di bawah Hiluxnya, dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat KKB.

Mangsa dikenali sebagai Saiful Azidi Radzali, dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Saiful dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya setelah mengambil alatganti kenderaan di ibunegara.

Mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.

Bagi rakan-rakannya, sebagaimana kebiasaan, Saiful akan menyerahkan kunci motosikalnya kepada mereka jika dia keluar  memandu kenderaan untuk mengambil alatganti.

Namun hari ini dia tidak berbuat demikian , sebaliknya membawa sekali kunci motosikal itu bersamanya…

.

 

 

25 Comments

  1. ORG KMPUNG's Gravatar ORG KMPUNG
    01/03/2011    

    takziah buat keluarga mangsa,bukan masalah jalan angker gitu,tapi ciri-ciri keselamatan jalan tersebut patut di beri .perhatian oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Utamakan keselamatan pengguna jalan raya, nyawa pengguna jalanraya bukan jadi taruhan kerana kelemahan pihak yang membina jalanraya,apakah pihak kerajaan merasa rugi atau tidak mampu mengadakan ciri-ciri keselamatan seperti tanda amaran atau pemasangan lampu jalan atau lampu isyarat di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan terutama kemalangan maut. Gunakanlah duit rakyat untuk kemudahan dan keselamatan rakyat. Fikir-fikirkanlah pihak berwajib

  2. kamal's Gravatar kamal
    01/03/2011    

    dah 2 thn aku pakai hilux, mmg best kalau bwk laju esp kalu perjlnan jauh. tp aspek keselamatan mmg kena jg. pakai talipinggan keledar, service ikut jadual, mata tak ngantuk dan tak bawa secara melulu. Tak dinafikan kereta tnggi mudah terbalik dan kalau kemalangan impak kereta sgt kuat. apa2 pun kena berhati2.

  3. 28/02/2011    

    Salam,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah.

    Kepada semua pemandu yang lalui jalan kawasan ni, harapnya akan lebih hati2 pada masa hadapan. memanglah ajal dan maut itu ketentuan Allah, namun kita juga ada tanggungjawab kepada diri sendiri.

  4. Sabahan Bloggers Club's Gravatar Sabahan Bloggers Club
    28/02/2011    

    Lagi kemalangan maut di tempat yang sama. Rasanya semua orang perlu belajar dari kesilapan orang lain.
    Al-Fatihah….

  5. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    28/02/2011    

    Innalillahiwainnailaihirajiun

    Memandu pada waktu malam mmg berisiko tinggi.Kalu boleh elakkan (kecuali pada yg x boleh dielakkan spt kecemasan,hal penting,kurier dll).Sy sendiri tidak mberani menunggang/memandu pada waktu malam kecuali ada hal yg tak dpt dielakkan.Lebuhraya PLUS hnya berlampu di persimpangan keluar & R&R atau lampu dari perumahan berhampiran.Dlm situasi memandu malam,antara perkara-perkara yang penting ialah doa,kecergasan,mesti menggunakan deria penglihatan & pendengaran sebaik2nya serta ditemani ‘deria ke-6′ dan cekap dlm membuat keputusan & tindakan terutamanya semasa memotong & mengekori.Biar perlahan asal sampai dgn selamat (tp jgn perlahan sgt,nnt kena sodok plak).

  6. Sam's Gravatar Sam
    28/02/2011    

    Al-fatihah…

  7. Anne's Gravatar Anne
    28/02/2011    

    Innalillah…semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman disisiNya…Al Fatihah~~

  8. iss_kl's Gravatar iss_kl
    28/02/2011    

    memang keras pun sebab jalan tar.longkang simen,guard rail besi solid tu…kalau pakai plastik ok kot:)

  9. angah's Gravatar angah
    28/02/2011    

    ader ker undang2 mengatakan macam tu….
    setau aku la…..cuma kenderaan kecemasan spt bomba,polis &
    ambulans sahaja…

  10. 28/02/2011    

    isk3..innalillah…

  11. nashraf's Gravatar nashraf
    28/02/2011    

    kalau tak wajib pakai pon,elok dipakai apa?untuk keselamatan diri.

  12. Vendetta's Gravatar Vendetta
    28/02/2011    

    hm..tmpt tu mmg bahaye..
    had penglihatan sgt2 terhad..
    aku slalu lalu situ…
    klu mlm, perkh..jgn cite ar..mane de lmpu jln kat situ…
    jln kat situ lak dah bape taun dah,asik under contruction jer.
    n jln dia sgt2 mengelirukan sbb line jln tu xbtul.
    hm..xtaula nk ckp pe..tp jln kat situ mmg bahaye coz corner yg curam.
    ape pun, takziah pada keluarga mangsa..
    sedekah Al-Fatihah untuk mangsa

  13. zul's Gravatar zul
    27/02/2011    

    kemalangan membabitkan 2 kereta berlainan jenis…..lihat betapa selamatnya peugeot walaupun bukan model terbaru…….berpusing sebelum masuk ke dalam longkang, tak terbalik pulak tu….keempat2 di dalam peugeot selamat walaupun model ini tidak dilengkapi airbag….rakyat malaysia, beralihlah kepada kenderaan yang lebih selamat……

  14. sarpit's Gravatar sarpit
    27/02/2011    

    2 thun lps sye pun prnah mngalami kemlngn kt situ….time tu bwak ford rnger…mmg kete 4wd slalu mngalami mslah overster(kwn sye pun bpe kli kene kete brpsng time corner….lg stu pde pondpat sye le jln area tu mmg licin…sbbnye sye rse air di lori smpah tu mnyebbkan jln licin…(pndngn sya la…)sbb time tu speed sye cme 75kmj bleh tbe2 brpsng…

  15. Kc's Gravatar Kc
    27/02/2011    

    4wd setau saya tak wajib pakai seat belt

  16. shahril's Gravatar shahril
    27/02/2011    

    bulan 4 tahun lepas saya pernah eksiden kat situ..time hujan …2 kilometer selepas susur keluar bukit beruntung arah utara….kat situ memang bahaya kalau bawak laju…saya terbabas dan menghetam guardrail sebelum berpusing beberapa kali…mujur tiada kenderaan berat semasa saya terbabas…kalau tidak…….

  17. anon's Gravatar anon
    27/02/2011    

    tercampak? tali pinggang keledar!!

  18. Kerani Proton Shah Alam's Gravatar Kerani Proton Shah Alam
    27/02/2011    

    seat belt problem abiding lagi lah ni…hurmm…rakyat malaysia oh rakyat malaysia…

  19. kowaru's Gravatar kowaru
    27/02/2011    

    Masyallah..
    tempat yang sama berlaku kejadian treler terbalik tu.kedua² magsa tak selamat.memang keras la tempat tu..huhh seram..

  20. niezam's Gravatar niezam
    27/02/2011    

    innalillahhiwainnaillahirajiun..;kelajuan memang membawa maut’, ini kes terlelap ker atau jalan raya yang licin?

  21. 27/02/2011    

    Dah sampai ajal..

  22. vicmorrow's Gravatar vicmorrow
    27/02/2011    

    pengalaman dan dari pengamatan,kebanyakan kemalangan melibatkan 4wd akan menyebabkan pemandu atau penumpangnya maut atau parah..walaupun kadangkala kenderaan yg terlibat tu tak mengalami kerosakan yg teruk

  23. 27/02/2011    

    takziah buat keluarga mangsa… kenapa slalu terjadi kemalangan maut di kawasan nie? ape2 pun, berhati-hati dijalan raya.

  24. 27/02/2011    

    mungkin pemandu Hilux memandu terlalu laju dan tidak memakai tali pinggang keledar..

    satu iktibar dan pengajaran kepada kita semua..

    takziah diucapkan kepada semua mangsa dan keluarga mangsa..

    semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah Taala..

  25. kayel's Gravatar kayel
    27/02/2011    

    alfatihah untuk mangsa…peringatan untuk kita semua, jgn bawak laju!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting