Jalan 1/2D
off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
20 Ogos, 2012
7 pagi
Nama mangsa : Muhamad Fauzi Jamalluddin, 29 tahun, Kg Seberang Tayor, Kemaman, Terengganu
Kemalangan yang berlaku ini tidak membabitkan kenderaan lain, dan dipercayai akibat dipandu laju.
Siasatan awal di tempat kemalangan mendapati, kereta Proton Waja ini dipercayai hilang kawalan ketika melepasi persimpangan lampu isyarat.
Kereta datang dari arah Taman Sri Murni arah Jalan Ipoh
Ia kemudian terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri sebelum melanggar besi papantanda jalan.
Kereta kemudian terus meluncur dan merempuh sebatang pokok.
Bahagian hadapan Proton Waja ini remuk teruk.
Akibatnya, pemandu kereta, Muhamad Fauzi Jamalluddin, 29 tahun, maut di tempat kejadian.
Polis bagaimanapun meminta saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


















Alfatihah…..baru lps tgk berita psl kemalangan tersebut……
Innalillah wainnalillahirajiun…Al Fatihah..
mana airbag waja?
Alfatihah untuk arwah…
Waja ada versi yang takde airbag….
Alfatihah untuk arwah…arwah sudah di kebumikan di kg.seberang Tayor pada pukul 2.20 pg td..semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempat kn org2 yg beriman…amin