Jalan Cheras-Kajang
Taman Segar, K Lumpur
15 Sept 2012
2.30 pagi
Nama mangsa : Ng Wee Teong, 31 tahun, Kg Baru, Sg Pelek, Selangor
Impak dari kemalangan ini sangat dasyat.
Ketika kejadian, sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja-kerja di tapak laluan MRT di pembahagi tengah Jalan Cheras Kajang, berhampiran Taman Segar.
Lampu dan kon-kon keselamatan serta papantanda arah disusun sepanjang kira-kira 100 meter, dan sebuah lori juga diletakkan di lorong paling kanan.
Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipercayai dipandu laju ini dari arah pusat bandaraya terus merempuh kon dan bahagian belakang,lori.
Akibatnya, lori berpusing arah bertentangan, manakala kereta yang juga dipercayai berpusing beberapa kali ke arah laluan tengah.
Pemandu kereta, Ng Wee Teong, 31 tahun, dari Sg Pelek , Selangor , maut di tempat kejadian.
Seorang pekerja juga difahamkan mengalami kecederaan.
Ng yang tersepit di tempat duduknya , dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras.
Beberapa bahagian kereta Toyota Vios ini juga terpaksa dipotong untuk mengeluarkan Ng kira-kira setengah jam kemudian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Peringatan untuk kita semua, kelajuan biarlah berpada-pada dan sentasa berawas walaupun ketika itu hanya kita yang memandu di atas jalan.
Segala kelipan lampu, pantulan cahaya, papantanda arah dan juga terutama laluan menurun bukit, hendaklah sentiasa berawas.


















kesiannya… semua dah ditakdirkan,.. tapi harap2 lepas ni ramai pemandu lebih berhati2 terutama ketika memandu waktu malam
Takziah. Saya tidak setuju kalau berkata semua ni ditakdirkan. Cubalah fikir, mengapa semua kes -kes cam ni berlaku pada lewat malam dan mengapa ada negara yang merekodkan kemalangan maut yang rendah dan ada negara tinggi? inlah semua berpunca dari sikap pemandu kita sendiri bukan ditakdirkan.
dahsyat impak dia….mengantuk kot….takziah…
Assalamualaikum,
Hati2lah memandu…kecuaian kita bukan sahaja kita yang tanggung akibat, tapi libatkan orang lain juga.
Kaum lumba kereta ni mesti diberi pengajaran sebelum peristiwa yang buruk berlaku!! syabas kepada AES
[...] Pemandu Maut – Kereta Terbabas Rempuh Lori [...]