KM 6.7
Lebuhraya Hubungan Timur Barat
Taman Connought
Kuala Lumpur
3 November 2011
1.30 pagi
Nama mangsa : Joshua Timothy Louis, 19 tahun , Taman Alam Megah, Seksyen 27, Shah Alam
Lokasi sama pernah berlaku kemalangan ini:
5 April 2009 - 30 Murid Cedera Bas Sekolah Terbalik
1 Ogos 2008 – Lori Batu Yang Terlampau
Seorang pemandu maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam sebuah loji kumbahan.
Kemalangan berlaku kira-kira 12.45 tengahmalam.
Siasatan awal polis mendapati, kereta dipandu mangsa yang datang dari arah pusat bandar arah Kajang terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.
Di masa sama, sebuah kereta dipandu seorang lelaki, dari arah Jalan Lingkaran Tengah 2 melalui jalan pintasan ke laluan ini, sedang hendak memasuki persimpangan.
Kereta mangsa yang dipercayai dipandu laju, terus melambung dan melanggar bahagian bumbung kereta tersebut sebelum meluncur ke arah pagar loji kumbahan.

Pemandu kereta bagaimanapun terselamat apabila sebaik kereta mangsa melambung pada bumbung keretanya, dia sedang tunduk untuk melihat simpang.
Manakala kereta dipandu mangsa pula kemudian terhumban dan terbalik di dasar loji kumbahan ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Joshua Timothy Louis, 19 tahun , dari Taman Alam Megah, Seksyen 27, Shah Alam , maut di tempat kejadian.
Joshua yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke 19 pada 10 November depan, dipfahamkan dalam perjalanan pulang setelah bermain futsal bersama rakan-rakannya.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang tiba di lokasi, turut berusaha mengeluarkan kereta dari dasar kolam kerana bimbang berkemungkinan ada penumpang lain di dalamnya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
…


















Adakah dek pemanduan terlalu laju? Lagipun itu kawasan sekeloh kalo xsilap teman..
Rasanya macam ngantuk kot…
Full respect kepada anggota-anggota bomba yang terlibat. sanggup menyelam dalam ‘loji kumbahan’. kerja yang ramai orang tak sanggup buat…tahniah untuk semua anggota bomba…
Assalamualaikum,
Takziah kepada semua mangsa terlibat. Tahniah kepada pasukan penyelamat yang sedia menyelam kolam tu…bukan semua orang sanggup buat untuk orang lain
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat..
ini yg saya risau nak bagi kunci kereta kat anak-anak…sementelah lagi baru dapat lesen…dalam kepala hotak bebudak ni nak seronok saja, bawak kereta bukan reti perlahan…walaubagaimana pun takziah kepada keluarga mangsa dan syabas kepada pasukan penyelamat
Pada pendapat saya, pemandu-pemandu generasi baru ramai yang pandai memijak pedal minyak sekuat-kuatnya untuk meningkatkan kelajuan kereta. Tetapi kurang cekap dan tidak mengetahui bila dan bagaimana memijak pedal brek.
Kalu ade buttom ‘like’,lame dh sy ‘like’ komen ni