Pemandu Maut, Pengantin Baru Parah

Taman Wahyu
Jalan Kucing

Kuala Lumpur
20 Dis 2009

Seorang mekanik maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum memasuki laluan bersebelahan dan bertembung dengan sebuah lori pagi tadi.
Rakannya, seorang kakitangan sebuah bank, cedera parah - baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa jam sebelum itu.
Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 4-30 pagi tadi di jalan Kucing berhampiran Taman Wahyu.
Mereka dalam perjalanan ke Taman Sri Gombak.
Semuanya bermula apabila pengantin baru terbabit, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Muhamad Rafiudin Arif Nor Azman, 23 tahun meminta bantuan rakannya kerana keretanya mengalami kerosakan.
Muhamad Rafiudin baru sahaja diakadnikah tengahari semalam di rumah pengantin perempuan di Sri Kembangan.
Dan dia perlu pulang ke rumahnya di Gombak kerana di rumahnya akan diadakan majlis kenduri tengahari ini.
Kira-kira jam 3 pagi, dia memandu keretanya pulang ke Gombak dan setibanya di pusat bandar, keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.
Dia kemudian meminta bantuan rakannya, Mohd Sayuti Jalaludin untuk mengambilnya.
Mohd Sayuti kemudian meminjam kereta seorang rakannya untuk mengambil Muhamad Rafiudin.
Dan ketika perjalanan pulang itulah, kereta yang dipercayai dipandu laju ini, tiba-tiba hilang kawalan.
Ia kemudian terbabas ke seberang jalan dan bertembung dengan sebuah lori sayur.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan Mohd Sayuti yang tersepit di tempat duduknya.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggalkan dunia sebaik anggota perubatan tiba di lokasi.
Manakala Mohd Rafiudin yang cedera parah, berjaya dikeluarkan dengan bantuan orangramai dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Post Lain Yang Berkaitan

14 Comments

  • Pada 2009.12.20 01:02, sI tEDI menulis:

    Al-Fatihah untuk mangsa yang meninggal dunia!

    • Pada 2009.12.20 02:03, hayati menulis:

      Al fatihah kpd mangsa…isterinya bgaimana?Sy pasti isterinyer mmg amat2 merasai kehilangan suami tercinta dlm sekelip mata..cinta yg dipupuk sekian lama akhirnya terputus juga…sekiranyer ajal telah tiba,sesaat pun kita tak dpt mengelaknyer.sy rase putus cinta tidak seperit ini sekali pun parutnyer masih berbekas sehingga kini!!!!!

      • Pada 2010.12.02 07:29, faz menulis:

        betul betul saya setuju

      • Pada 2009.12.20 06:21, Avatar menulis:

        krete lama buat turbo mmg tebabow..

        takziah pd kluarga mangsa yg terkorban.. smoga yang cedera parah cepat sembuh..

        kepada pemandu diluar sana, patuhila undang-undang jalanraya. bahaya memandu laju.. terutama waktu malam..

        alfatihah..

        • Pada 2009.12.21 07:56, greengreenlove menulis:

          AL FATIHAH..
          hayati:: yg meninggal 2 bkn pengantin..pengantinselamat cme cdera..kwn die yg meninggal..
          avatar:: xbaik ckp cm 2 pd yg dh xde.

          sy kwn mngsa, blh dikatakan rapat 1masa dulu.. arwah bkn jns yg bwa kereta laju dri dlu. sbnrnya arwah mengantuk sebab beliau byk tlg kwn2 dan jiran2 yg buat knduri. arwah mmg dikenali sbg seorng yg ringan tulang. beliau xboleh tgk kalau ade kwn yg dlm kesusahan. arwah mmg terlalu baik orgnya.. dan ramai yang syg arwah. tapi allah lbh syg die, sbb 2 allah ambil nyawa die.
          sya hadir ke rumah arwah lepas jenazahnya dibawa pulang kerumah, di gombak. ramai sanak saudara dan sahabat handai yg dtg. arwah mmg disenangi oleh rmi org..
          semoga rohnya ditemptkan dikalangan org yg beriman~amin~

          • Pada 2009.12.21 09:55, Avatar menulis:

            saye minta maaf jika ada rasa spt terkasar bhasa..

            bg kita masyarakat Islam sdia tahu, ajal maut semua ketentutan Allah… yg pergi tetap pergi.. hnya Al-Fatihah mampu kita sedekahkan.. Al-Fatihah.. smoga roh dicucuri rahmat..

            bagaimanapun, harap² bg yg masih ada, amalkan-lah keselamatan semasa memandu dari setiap aspek.. (pelbagai) bukan hanya utk diri sendiri, juga utk org lain..

            • Pada 2009.12.21 14:54, pezal menulis:

              greengreenlove, mybe sbb u kenal u leh bg info sket kt sini.

              y jd persoalan sy dgn petikan berita ini:
              "Kira-kira jam 3 pagi, dia memandu keretanya pulang ke Gombak dan setibanya di pusat bandar, keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan."

              sy pn pnah jd pngantin. knp die balik 3 pg?? knp x balik 7 pg.. knp x balik 8 mlm..

              x kisah la kalo alasan nk 1st nite ke ape.
              tp bg sy.. knp die nk balik pkl 3 pg? pstu balik sndiri lak tu?
              ia seakan diari y pelik bg seorang y baru nikah sehari.

              • Pada 2009.12.22 00:49, hayati menulis:

                Laaa…org lain yg ninggal rupenyer…Alfatihah utk mangsa.Nasib baik mse sy kwen dulu tak naik kete..naik sampan je..sbb tgh banjir…hehehe..tp ada jemputan yg dtg patah tgn sbb sampan terbalik..bese r org tak biasa naik sampan…

                • Pada 2009.12.22 03:06, greengreenlove menulis:

                  avatar :: its ok.. awk pny nsht 2 blh jd peringatan utk yg lain..

                  pezal :: sorry la, sy xbp pasti hal pengantin 2 sbb sy xbp knl ngn die.. sy cme rpt ngn arwah.. myb die nk buat p'siapan awl sbb byk lg yg xsiap..pg2 kreta xbyk, so sbg skit lek ke gombak. tba2 kreta die rosak.. 2 yg die mntk tlg arwah. pe yg sy dgr, pengantin smpt call pengapit utk bagitau mereka excident. 2 jeh yg sy tau psl pengantin

                  • Pada 2009.12.22 03:09, greengreenlove menulis:

                    sdkit lg info…

                    patutnya pengantin b'snding ari ahd 2… tp pg 2 excident dan pengantin cedera… mjlis siang 2 jd majlis tahlil

                    • Pada 2009.12.22 17:17, Avatar menulis:

                      greengreenlove: takziah diucapkan.. harap awk tabah hadapi dugaan.. bg kita yg masih hidup, hanye ingat mengingati yg mampu disampaikan.. saye ade masuk blog awk, dr ape yg diceritakan.. saye faham perasaan tu.. jd, utk awk, kuatkan semangat.. cheer up ur life..

                      kirimkan takziah pd kluarga arwah.. salam..

                      • Pada 2009.12.24 01:11, greengreenlove menulis:

                        avatar:: thnx…

                        • Pada 2009.12.28 11:06, Amina menulis:

                          bg pemandu.. mmg bahaya memandu bila mengantuk. nyawa boleh melayang… paling sedih bila nyawa org lain terbabit skali.. mcm kes penumpang bas yg maut.. sedih..

                          perkara camni, tak kira siang atau malam.. bila mengantuk, dinasihatkan berehat telebih dulu..

                          saya juga pernah sekali memandu ketika mengantuk.. hampir terbabas. mujur cume rim je yg bergesel dgn divider.. rosak jugak la tayar.. then ape yg saye buat utk elak ngantu, tutup aircond.. kenyitkan mata byk kali.. dan baca al-fatihah. (ni juga bole dijadikan doa utk selamat tiba).

                          • Pada 2009.12.29 04:49, greengreenlove menulis:

                            A'KUM..
                            sy dpt skit lg info mengenai kemalangan nie. kereta yg dipandu arwah hny 60km/jam, tp disebabkn arwah xdpt mengawal kereta itu yg t'jdnya kemalangan tersebut. menurut pengantin, arwah cuba utk selamatkannya, dengan membaringkan dirinya ke sebelah kiri, iaitu ke bahagian dimana pengantin duduk, dgn niat utk melindungi pengantin. oleh sbb 2 la dada arwah terkene dashboard dan menyebabkan hati beliau hncur. beliau tersepit dan patah kaki kanan.. slps dgr cerita ini, sy jd b'tmbh sedih. tp dlm ms yg sm sy bgga dgn arwah. dlm keadaan begitu beliau msh lg fkr utk slmtkn nyawa org lain b'bnding nyawa sndri.

                            ya allah… sungguh mulia hati hambamu itu.. patutlah allah lbh syg arwah dn ambil nyawanya cepat..

                            semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg diredhai allah..

                            You must be logged in to post a comment.