KM 433.4
Lebuhraya Utara Selatan
arah Rawang
Bukit Beruntung
1 Mei, 2012
11.15 malam
Lagi kemalangan di Laluan Bayangn Maut yang meragut nyawa.
Nama mangsa : Haridas Krisnan, 35 tahun, Sungkai , Perak
Tidak sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut 3 nyawa di bawah, satu lagi nyawa melayang di lokasi sama.
Hanya kira-kira 1 kilometer jaraknya, seorang pemandu kenderaan pikap, maut setelah tercampak keluar dari kenderaan dipandunya.
Mitsubishi Triton ini dipercayai dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan dan melanggar besi penghadang lebuhraya.
Ia kemudian terbabas dan dipercayai terbalik beberapa kali , kemudian merempuh pula besi penghadang tengah lebuhraya.
Pemandunya, Haridas Krihnan, 35 tahun dari Sungkai, Perak, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dan jatuh di pembahagi tengah jalan.
Mitsubishi Triton ini pula merintangi 2 laluan lebuhraya.
Untuk rekod, laluan ini tidak mempunyai kemudahan lampu jalan.
















Saya memandu di kawasan ini dalam pukul 10. Ada satu kemalangan berlaku melibatkan deretan kenderaan. Jalan amat licin, hujan lebat masih belum reda (ketika itu) dan sudah tentunya amat GELAP. Seperti yg pengguna lain harapkan, saya juga berharap PLUS dpt buat sesuatu tentang kawasan-kawasan SANGAT GELAP di sepanjang lebuh raya kendalian mereka.
untuk rekod juga, pihak PLUS masih melakukan kajian terperinci, pemasangan lampu jalan atau lampu limpah hanya akan dilaksanakan sekiranya didapati kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada ketiadaan lampu di lokasi kejadian.
itu yg Plus bgtau melalui feedback mereka :
http://rafanisi.blogspot.com/2012/02/cadangan-kepada-plus-lampu-jalan.html
mungkin skrg pn diorg masih mengkaji.. dan kajian akan berakhir bila yg menjadi mangsa adalah Orang Kenamaan atau Pemimpin Negara
Assalamualaikum,
Takziah kepada mangsa. Tempat yang sama tu…kena lebih hati2. Mungkin, diperlukan lampu jalan kawasan tu
Saya sentiasa cuba elak untuk memandu malam…maklumlah, mata makin lama makin rabun. Kalau terpaksa juga memandu, nak cecah 100km/j pun tak dapat, itu di lebuh raya yang terang benderang. Kalau gelap…salah hari macam kura2 merangkak.
laluan yang agak berbukit dan sedikit belokan, kalau tayar pecah, atau atau hilang kawalan, memang lebih teruk daripada jalan yang lurus…