KM 433 Lebuhraya Plus
arah Selatan
Bukit Beruntung, Hulu Selangor
25 Feb 2011
3.30 pagi
Lagi kemalangan maut di Laluan Bayangan Maut
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Treler ini sarat membawa muatan gula – dalam perjalanan dari Kedah menuju Kuala Lumpur.
Dari kesan di tempat kemalangan, treler ini terbabas kira-kira 100 meter dan hampir terhumban ke dalam parit.
Treler ini terbabas ke kiri dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah papan tanda lebuhraya.
Ia kemudian melunsur menuruni tebing dan terhenti di tengah-tengah longkang.
Tangki minyaknya juga tercabut.
Akibatnya, pemandu treler, Md Yusub Ali , 52 tahun, cedera parah dan tersepit di tempat duduknya.
Mangsa yang berasal dari Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah, maut di tempat kejadian.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mayatnya.
Kelindannya, Mohd Nasir Mat Isa, 23 tahun, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Sg Buloh.
Mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.
Muatan gula dari treler ini bagaimanapun tidak terjejas dan tidak tercampak keluar.


















nasib baik malam..kalo tak mesti dah ramai gi curi gula tuh..alfatihah buat arwah
dulu duit syiling.. pastu beras.. la ni gula.. isk..
gula tu x tercampak keluar pun
agak sokong dengan kenyataan ini..
salam takziah buat keluarga arwah….Al-Fatihah!
Banyak betul kemalangan dilaluan ni…. takde apa2 yg dpt dilakukan ke..?
Nasib baik gula tak bertabur atas jlan klau tak, dah jadi pesta kutip gula la plak.
gula plak. tempoh hari beras. isk. kena bawak cangkul pi ni hehe.
salam…
alfatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga dan sanak saudara mangsa..
Takziah buat keluarga mangsa.. semoga roh mangsa ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman..
Al-fatihah..
salam tuan………saya tgk sejak dulu lg mmg byk kemalangan berhampiran tmpt2 bayangan maut…….mengapakah jalan d kawasan tersebut bahaya????apakah tindakn kite sebagai pemandu??apakah perkara2 yg perlu diambil berat sekiranya hendak menggunakn jln tersebut???tiada pihak berwajib yg mahu mengambil langkah berkesan bg mengelakkn kejadian serupa berlaku???
Tiada apa yg perlu dibuat oleh kerajaan, ia terletak pada pemandu dan keluarga/rakan mrk juga.
Pada pemerhatian saya, kebanyakan kemalangan yg berlaku adalah secara solo, yakni tidak melibatkan pelanggaran dgn kenderaan lain. Punca kemalangan solo di atas laluan sehala ada sedikit sebb saja, iaitu tidur, dan tayar letup.
Mengapa org suka tidur di kawasan bayangan maut? Sbb: selepas keletihan bertarung dgn kesesakan jalan 2 lorong dari Utara (Kedah,P.Pinang) kesenangan mula terasa bila mula masuk laluan 3 lorong (4 termasuk lorong kecemasan) apabila sampai ke area bayangan maut. Kesenangan (kurang cabaran) membuat org leka, dan lelap.
Saya pernah kena rempuh oleh pemandu wanita yg memandu berseorangan dari P.Pinang di KM438 dekat R&R Rawang. Mujur tak termasuk dlm web ondscene ni, namun tetap menjadi penghuni ICU Hospital Sungan Buluh. Wanita itu bertolak malam dari P.Pinang dan merempuh saya pada jam 8.30 pagi, time cahaya matahari mula terang, membuatkan org yg berjaga subuh mula mamai.
Apa yg saya kata keluarga/rakan kena bantu ialah, jgn biarkan pemandu berjaga sorang, boraklah dgn dia, cerita apa pun tak apa..
ad munasabah jgk…..terima kasih kerana mmberi pehaman…hehe
alfatihah utk arwah… takziah pada keluarga…
dua tiga hari ni asyik berita kemalangan lori/treler yg bawa muatan bekalan asas aje. beras la, gula la. lepas ni minyak lak kot.
eh lupa. alfatihah untuk arwah. takziah untuk keluarga arwah yang dah kehilangan orang tersayang waktu tengah cari rezeki.
Salam.
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah.
Takziah kepada keluarga mangsa.
Kat lebuh raya macam tu, walaupun kita tahu kawasan tu kerap berlaku kemalangan, tapi nampak jalan macam lurus je. Itu yang lupa…asyik tekan minyak je memanjang (kes sayalah ni, tak ada kaitan engan orang lain). Sebab tu kot kawasan bayangan maut ni sentiasa je ada nahas.
myby disbbkan keadaan jalan yg licin…….x kan la lori ni bawa laju..gula berat rasanye..mcm pelik….apa2 pon ajal maut di tangan tuhan…
hurm mati lagiiiii…
Al Fatihah… Takziah untuk keluarga Arwah.
Treler tiga axles tu.
Hmm… Saya pernah komen di On D Scene tempohari tentang keadaan jalan di laluan Bayangan Maut yang secara tiba-tiba menyebabkan Treler yang saya pandu hilang kawalan walaupun sangat perlahan ketika itu.
Sampai bila baru tindakan nak diambil untuk meyelidiki apa sebenarnya punca kemalangan di kawasan itu ?
Tentu ada sesuatu yang tidak kena di sana.
Tolong lah… pihak berkenaan… tolong…
Setuju,bile balik kmpg melalui PLUS,lalu je area bygn maut terutamanya persimpangan Bukit Tagar tu mata sy dh start liar dh,mmg alert lebih dr biase,terutamanya kalau bertolak awal pagi.Kot2 ade lori tetiba muncul x semena-mena.Rasa mmg x sdp ati la kalu lalu kt situ.Tmbh2 bawah flyover naik/turun persimpangan Bukit Tagar,selekoh bawah tu mcm mengundang bahaya.Sy penah tgok lori 5 tan bersaing sesama sendiri bawah flyover tu.
SAYE RASE Jalan kat sini licin, kesan dari lori alam flora keluar/masuk hantar sampah kat Bukit Tagar..
saya setuju kalau yang ke arah utara. tgk jalan memang hitam air sampah.
semua makanan yang ” penting ” accident..so careful kepada pemandu lori tepung plak..~ ( gurau je)
takziah kpd keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat… alhamdulillah xde pencuri gula dlm kemalanagan ini…
[...] Kemalangan berlaku awal pagi tadi, sila rujuk entry di dalam blog ini di bawah [...]
kawasan bayangan maut ni kira mcm ‘ bermuda trangle’ lah yek..lalu jer maut…mesti ada penjelasan secara ilmiah atau rohani kejadian di kawasan tersebut….pihak berkenaan cepat cepatlah buat kajian..jangan tunggu korban seterusnya pulak
takziah untuk keluarga mangsa
ada lalu tpt kejadian around kul 5
jam teruk
Comel la polis wanita ynag mencatat laporan kemalangan ni (foto dua terakhir).
Innalillahi wa innailaihirojiun… semoga rohnya dicucuri rahmat.
1st call di terima pemandu trailer tu masih hidup dan tersepit. mungkin nasib tidak menyebelahi, ajal dia pada malam itu.
sebenarnya tidak perlu sebarang tindakan atau pemantauan pihak berkuasa. jika pemandu sendiri yang berhemah kemungkinan untuk berlakunya kemalangan kurang. sikap pemandu menyumbang kepada kemalangan.
persoalan lain, tahap mutu perkhidmatan talian kecemasan atau 999 di malaysia masih jauh ketinggalan. bukan untuk men’judge’sesiapa mungkin kerana kurangnya latihan pengendalinya atau sikap endah tak endah dalam menangani sesuatu isu.
contohnya dalam kes ini bila membuat panggilan kecemasan meminta bantuan ambulan, pada mulanya talian di sambungkan ke Hospital Selayang padahal sepatutnya hosp. Tg.Malim atau Sg.Buloh yang lebih dekat. Km 433 berhampiran Rawang. Selayang dan Rawang bukankah suatu jarak yang jauh?
banyak kes di mana ambulan lambat sampai memberi bantuan. takziah di ucapkan kepada keluarga si mangsa
[...] seorang pemandu treler maut, hanya 1 kilometer dari lokasi ini (arah Selatan) – rujuk entry di [...]
[...] seorang pemandu treler maut, hanya 1 kilometer dari lokasi ini (arah Selatan) – rujuk entry di [...]
ada yang cuba merompak gula tak????huhuhuuhuhu