Pemandu Nyaris Maut-Besi Terbang Atas Bumbung Kereta

km 448-7
Lebuhraya Plus
arah Kuala Lumpur
Sg Buloh
5 Nov 2009
2-30 petang
Dalam kemalangan jalanraya, biasanya (biasanya) dua senario ini berlaku – samada berlanggar secara berdepan, atau dilanggar dari belakang.
Ada juga kes dilanggar dari sisi tepi kiri atau kanan.
Tetapi, kemalangan ini berlaku, dari sisi atas…
Dan bayangkan jika besi seberat kira-kira 30 kilogram ini, menembusi bumbung kereta atau cermin kereta anda ketika anda memandu.
Kejadian berlaku kira-kira 2-30 petang di KM 448-7 Lebuhraya Plus arah Selatan , kira-kira 2 kilometer sebelum susur Hospital Sg Buloh.
Ketika kejadian, sebuah treler membawa muatan kerangka bas (lori?) dalam perjalanan arah selatan.
Di belakangnya , sebuah Naza Sorento dipandu Mohd Anuar Idris, 37 tahun bersama rakan sekerjanya.
Mereka dari Bukit Beruntung menuju Kuala Lumpur.
Entah macamana, tiba-tiba sekeping besi yang dipercayai sebahagian dari komponen kerangka bas (lori) itu jatuh lalu menimpa bumbung dan cermin kenderaannya.
Nasib baik Mohd Idris dapat mengawal pemanduannya kerana pandangannya terhalang akibat cermin yang pecah/retak.
Dan itulah yang dikatakan, pantang maut sebelum ajal kerana besi itu tidak menembusi masuk ke dalam kenderaannya.
Jadi, kesimpulannya, ketika memandu, bukan sahaja kita kena berhati-hati objek di hadapan, belakang dan tepi, malah, kita juga kena hati-hati objek dari atas…

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2009.11.06 04:07, mariam menulis:

    alhamdulillah, nasib baik takde kemalangan jiwa yg berlaku…

    mungkin juga struktur kenderaan mangsa agak kebal (terutama cermin depan tu)… cuba membayangkan agaknya kalo mangsa memandu kancil, mungkin nasibnya dah jadi lain kan…

    sedangkan dgn seketul batu kecil yg jatuh dr lori yg kena cermin kereta kancil boleh menyebabkan cermin tu berkecai, apatah lagi bila besi tersebut… huh!

    • Pada 2009.11.07 09:26, Munirah menulis:

      Tgk gambar camtu teringat crite final destination.. ee. nauzubillah.. ngeri..

      mmg bahaye duk dekat dgn lori besar… terutama treler bwk brg/balak/jentera.. kalau boleh, elakkan berada berdekatan…

      sib baik panjang umur pemandu naza tu..

      • Pada 2009.11.09 08:42, ondscene menulis:

        mariam- betul, besi tu bukan ringan.berat….

        munirah- lagi ngeri kalau lalu atau stop sebelah lori balak yg sarat tu…

        • Pada 2009.11.09 08:43, King-Fx menulis:

          Satu lagi kelebihan menggunakan TINTED and laminated glass.

          You must be logged in to post a comment.