KM 407.9 Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Lembah Beringin, Hulu Selangor
19 Februari 2013
1 pagi
Nama mangsa : Saravanan Muniandy ,43 tahun,Bandar Pinggiran Subang, Selangor – cedera parah tersepit
Kejadian di laluan Bayangan Maut
Kes ini berlaku bermula dari satu kemalangan awal sebelumnya di KM 408.9 arah selatan pada jam 11.18 pagi (18 Februari) di mana terdapat kejadian tumpahan susu getah.
Kejadian menyebabkan lorong kiri dan tengah lebuhraya terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan yang memakan masa lama.
Jam 12.17 tengahmalam, berlaku satu kemalangan di kawasan berhampiran ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan, menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.
Kira-kira 45 minit kemudian, lori dipandu mangsa menghampiri lokasi kejadian, tetapi dipercayai gagal dikawal kerana kebanyakan kenderaan bergerak perlahan berikutan terdapat penutupan lorong di km 408.9 tersebut.
Akibatnya, lori merempuh belakang sebuah treler yang dipandu perlahan di hadapannya.
Saravanan Muniandy43 tahun, cedera parah dan tersepit di tempat duduk lorinya yang terperosok di belakang treler.
Mangsa yang memandu bersendirian, memandu lori yang membawa muatan pelbagai barangan dan dalam perjalanan dari Taiping menuju Shah Alam.
Dan secara kebetulan, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kebetulan berada di lokasi kemalangan awal di hadapan, segera bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.
Saravanan akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk menerima rawatan.














hmmm. byk btl kemalangan ngeri kt area bayangan maut ni.
jalan lurus 3 lorong,mesti syok bwk laju.. AES ada pasang ke x kt kwsn ni?
kalau nk psg 10 pun kamera AES kt area kerap eksiden mcm ni xde org yg waras nk pertikaikan rasanya. tmpt yg dh dipasang skrang ni bkn area kerap eksiden pun,nmpk mcm saja nk kaut saman je..
aes utk menampung pendapatan kerajaan je..die blh menangkap had laju kenderaan tp tak boleh menangkap had sikap mengguna jalan raya…fikir2kn lah..kalau btul aes dpt menurunkan kadar kemalangan tp kenapa setiap hari kerap juga berlaku kemalangan…
muntaakhir ni banyak kemalangan melibatkan kenderaan yang merempuh belakang kenderaan lain,khasnya merempuh belakang LORI…Berhati-hati semasa berada di Jalan Raya..
Kawasan Bayangan maut adalah zon mengantuk bagi pengguna-pengguna yang menggunakan lebuhraya ini… saya pernah alaminya..
kawasan nih terlalu gelap waktu malam… lampu jalan tarak