KM 435.4
Lebuhraya Utara Selatan
arah Rawang
Bukit Beruntung
Hulu Selangor, Selangor
22 Jun 2012
6.30 pagi
Laluan Bayangan Maut Meragut Nyawa Lagi
Nama mangsa : Heizzree Abdul Raman, 38 tahun
Kemalangan sukar dijangka, atau lebih biasa disebut sebagai, kemalangan tidak berbau.
Akibat dari itu, jarak waktu walau hanya sesaat, boleh mengubah segala-galanya.
Dalam kemalangan ini juga, laluan kita yang lancar, akan berakhir tragedi, dalam hanya beberapa saat.
Maka, pentingnya kita menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan supaya sekurang-kurang kita dapat bertindak dalam tempoh beberapa saat yang kritikal itu jika berlaku sesuatu.
Sebuah lori membawa muatan beras, yang dipandu di laluan tengah, tiba-tiba mengalami masalah tayar – tayar hadapan kananya tiba-tiba pecah.
Lori dari Kedah menuju Selayang ini terus hilang kawalan menyebabkan ia terbabas memasuki laluan kanan lebuhraya.
Sebuah teksi eksekutif yang dipandu di laluan kanan dipercayai tidak sempat mengelak, lalu merempuh belakang lori terbabit.
Teksi milik Warisan Astana Sdn Bhd ini terus terperosok di bawah lori dan kemudian merintang jalan.
Pemandunya tersepit di dalam kenderaannya, dan maut di tempat kejadian.
Sebuah perodua Viva dan sebuah pacuan 4 roda pula tidak sempat mengelak teksi terbabit, dan merempuh pula sesama sendiri.
Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu bahru.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu bahru untuk bedah siasat
Kenderaan yang merintang jalan menyebabkan hanya laluan kecemasan boleh dilalui, dan menyebabkan kesesakan sepanjang kira-kira 2 kilometer.
lagi foto menyusul


















alfatihah buat arwah..selalu nampak teksi ni time p keje..yup kemalangan itu tidak berbau..
p/s sy nampak abg sham tadi..pakai baju merah seluar hitam tgh pegang camera..sambil berfikir bagaimana kemalangan terjadi..hehehe..xsempat nak tegur abg sbb bergegas ke tempat keje..
Assalamualaikum,
DariNya kita datang kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.
SEmoga perjalanan saya petang nanti selamat dan dirahmati.
Al Fatihah.
Setelah saya tengok gambar ke 7, rupanya lori itu menggunakan tayar hadapan Radial jenis tiub. Memang tinggi risikonya.
Walaupun ‘tayar dawai’ ni lebih tahan dari ‘tayar kain’ tapi ia masih menggunakan tiub, yang akan menjadi panas melampau kerana selain dari tayar bahagian luar yang bergeser di permukaan jalanraya, getah tiub akan bergesel dengan dinding bahagian dalam tayar. Tambahan pula dengan perjalanan melebihi 400 kilometer…
Berbanding dengan tayar tubeless yang lebih efisien kerana tiada bahagian yg bergesel kecuali antara tayar dan permukaan jalan serta bahagian frame casing dgn rim.
Bukan hendak menyalahkan sesiapa, sementelah saya juga pemandu lori. Namun kesal dengan sesetengah majikan yang tidak mahu mengikuti perkembangan zaman seiring teknologi yang berkembang.
Kita ada pilihan untuk berikhtiar…tetapi ia tidak berlaku pada pemilik lori ini.
kawan saya, seorang towkay trelar, orang Kedah sebut: Tayar TIBLISS
harga tayar tubeless sekarang ni jauh lebih murah jika dibandingkan 10 tahun dahulu…
Saya tak terlepas walau sebaris pun komen Abg Zul sebab biasanya dengan fakta berdasarkan pengalaman….
Saya pernah mengalami situasi begini ketika memandu bas Hosni Express sekitar tahun 1996. Tayar depan kanan meletup menyebabkan steering tertarik ke kanan dan menghimpit kereta di lorong kanan dan bas terbabas dan menghentam besi pembahagi jalan. Nasib baik pemandu dan penumpang kereta tu tak cedera. Tetapi kereta rosak teruk.
Semua ini kerana menggunakan tayar jenis tiub dan tayar kain.
Pendapat saya kalau kenderaan selalu melakukan perjalanan jauh, diwajibkan menggunakan tayar tubeless.
setiap komen abg zul penuh dgn informasi..terima kasih bro
Seram nak lalu sebelah kenderaan berat ni
kalau tengok keadaan teksi tu mesti dipandu laju
kenapa tak haramkan saja tayar lori yg pakai tiub ni…?
Al fatihah untuk arwah bag heizzre, arwah adalah sepupu saya..saya baru tau dia meninggal semlm dan terus google..semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman
aku pernah follow innove macam ni kat plus…. zas bukan main laju kat sebelah, try ikut sekadar nak tahu bape laju dia pandu…. ya allah 160kmj…..
tapi Allah lebih mengetahui tentang kejadian ini….