
Pemandu lori memohon maaf dari pemandu van yang tersepit setelah van merempuh belakang lori yang rosak di tengah jalan
Apabila kenderaan mengalami kerosakan, terutama di tengah-tengah jalan, sebenarnya penanda tiga segi dan lampu ‘hazard’ tidak memadai.
Apatah lagi jika berlaku di laluan utama seperti lebuhraya – keadaan kenderaan yang berada di tengah jalan, memungkinkan untuk berlaku keadaan lebih buruk.
Dan , akan menjadi lebih merbahaya jika kenderaan anda rosak atau berhenti di kawasan teduh atau di bawah jejantas atau laluan bertingkat.
Keadaan akan lebih-lebih buruk berlaku terutama jika di waktu tenghari atau cuaca panas terik.
Mengapa ?
Objek di hadapan tidak akan kelihatan (blind-spot) kerana bayang gelap dari objek di atas anda seperti jejantas – sekaligus menjadikan pemandu tidak akan perasan kenderaan anda.
Anda boleh lakukan ujikaji ini sendiri (tetapi jangan jadikan kenderaan anda sebagai model) – ketika hendak menghampiri laluan yang ada jejantas atau laluan bertingkat di atas terutama waktu tengahari, cuba perhatikan betul-betul keadaan pemanduan di hadapan anda.
Apabila anda memasuki laluan gelap (akibat bayang), barulah anda perasan , ada objek seperti motosikal berhenti di bawah jejantas tersebut.
Dalam kejadian ini, faktor tersebut mungkin boleh diambil kira kerana kejadian berlaku di bawah laluan bertingkat, dengan cuaca panas dan bayang yang luas.
Lori ini pada mulanya mengalami kerosakan di laluan tengah, dan pemandunya kemudian meletakkan segitiga kecemasan - tetapi pada jarak yang sangat hampir dengan lori.
Dan, untuk sebagai sebab dan musababnya, sebuah van dipandu seorang lelaki, terus merempuh belakang lori ini.
Dari impak kemalangan ini, berkemungkinan pemandu tidak menyedari bahawa ada sebuah objek besar sedang berhenti di hadapannya, atau hanya menyedarinya apabila hanya beberapa meter sebelum menghampirinya.
Segalanya sudah terlambat untuk mengelak, kerana van terus merempuh belakang lori – dan menyebabkan pemandu ini tersepit kakinya.
Pemandu ini bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah di bahagian lain – kecuali bahagian kaki.
Sebuah ambulan Bulan Sabit Merah yang kebetulan melalui jalan ini, cuba membantu dan merawat kaki mangsa , tetapi, mangsa terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Pemandu lori , yang mungkin rasa bersalah akan kemalangan yang berlaku, memohon maaf dari pemandu van ketika masih lagi dalam keadaan tersepit.
Akhirnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak tiba di lokasi.
Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 11 minit kemudian.
Dan dibawa ke Pusat Perubatan UKM untuk rawatan lanjut.
Kepada pemandu, sentiasa awas dengan persekitaran ketika memandu, terutama pada lokasi-lokasi ‘blind-spot’ seperti di bawah jejantas atau laluan bertingkat.















Saya pun hairan kepada penggguna2 jalan raya yang selalu mengalami kerosakan terutama di lebuhraya. Mereka seoalah-olah tidak alert dengan keselamatan mereka atau orang lain dengan meletakkan segitiga kecemasan berhampiran kenderaan mereka yang rosak. Mereka berfikir bahawa orang lain akan perasan tanda tersebut dengan meletakkan begitu sahaja.
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan tips berguna ini
Assalamualaikum, alhmdulillah kerana pemandu van itu selamat dan terima kasih kerana berkongsi info yang sangat berguna. InsyaAllah, maklumat2 sebegini sangat membantu kami semua.
salam
tips yg bagus.
kekadang p ada waktu malam pon seandai kereta berlawanan pasang lampu tinggi atau lampu rendahnya memang tinggi (selalunya kenderaan Produa) keadaan sebigini juga akan berlaku, kita takkan perasan adanya motor atau kenderaan lain di depan kita..apa yg perlu kita buat, perlahankan kenderaan dan berhati hati kot kot ada kenderaan dihadapan kita
Saya rasa nampak abg Sham semalam..tapi nampak macam abg sham pegang kamera DV instead of camera slr..maybe saya salah org
..