Lebuhraya Persekutuan
arah Subang
Petaling Jaua
13 Jan 2012
3.00 pagi
Melihat keadaan kereta Satria-Neo ini, pelbagai andaian bermain di dalam kepala.
Tetapi yang pasti, pemandunya bernasib baik kerana terselamat dari maut – mengalami kecederaan parah.
Mangsa tersepit dari bahagian peha ke kaki apabila bahagian ‘dashboard’ kereta terperosok ke arahnya.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi – laluan Lebuhraya Persektuan arah Subang berhampiran jejambat Jalan Klang Lama.
Kereta hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang lampu.
Berapa lamakah pemandu ini terpaksa menahan kesakitan akibat kemalangan ini?
Kira-kira 2 jam masa diambil bagi mengeluarkan mangsa dengan bantuan anggota bomba…
———————————————————————————————————————-
Nota -
Kira-kira 10.30 pagi – Jalan Ampang berhampiran simpang Jelatek – seorang penunggang motosikal parah apabila kakinya difahamkan hancur digilis sebuah lori tanah. Saya tidak sempat sampai ke lokasi setelah dimaklumkan kejadian oleh seorang pembaca ondscene walaupun jarak saya ketika kejadian berlaku hanya kira-kira 5 kilometer, kerana kesesakan teruk.
Kira-kira jam 5 petang – satu kemalangan membabitkan sebuah Ferrari merempuh besi penghadang lebuhraya berhampiran masjid KLIA arah Plaza tol. Difahamkan, pemandunya cedera. Kerana jarak yang agak jauh, saya tidak ke lokasi.
Kira-kira jam 8.50 malam - seorang penunggang motosikal parah setelah dirempuh dan terperosok di bawah sebuah bas sekolah di Jalan Syed Putra arah Lebuhraya Persekutuan. Saya juga tidak sempat ke lokasi ketika anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa dari bawah bas kerana kesesakan jalanraya yang amat teruk.
—————————————————————————————————————————–
Peringatan untuk kita semua – berhati-hatilah ketika di jalanraya – tiada maknanya kita memandu laju atau secara melulu kerana tiada apa sebenarnya yang hendak kita tunjuk atau buktikan melainkan bayangan maut menanti.
Tidak kira apa jenis kenderaan yang dipandu/tunggang – semuanya ada risiko jika kita tidak berhati-hati dan lalai.
Pix – Botak G A


















Assalamualaikum,
Sangat menggerunkan setiap kali baca tentang kemalangan…