KM 55, Jln KL-Ipoh
Kg Paya Dalam
Kuala Kubu Road
Kuala Kubu Bharu
Hulu Selangor
9 Jul 2012
7 pagi
Nama mangsa :Syed Adzhar Syed Mohd Zin, 59 tahun
Seorang pembantu makmal maut setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kuala Kubu Bharu pagi tadi.
Kereta Proton Perdana dipandu mangsa, Syed Adzhar Syed Mohd Zin , bertembung dengan sebuah lori 3 tan setelah dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapannya.
Kedua-dua kenderaan kemudian bertembung menyebabkan kereta dipandu mangsa terhumban dan terbalik ke arah tebing jalan
Kemalangan berlaku berhampiran persimpangan Kampung Paya Dalam di Kuala Kubu Road.
Syed Adzhar dalam perjalanan ke tempat kerjanya di SMK Kuala Kubu Bharu.
Mangsa yang cedera parah, maut di tempat kejadian.
Mayat dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba dan dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.
Dan seperti sudah mengetahui akan pemergiannya, malam tadi, arwah sempat berpesan kepada anaknya untuk sama-sama bergotong-royong membersih kuburan Ahad ini…
Pic-Amru


















Alfatihah…..