KM 422.8 Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Bukit Tagar, Hulu Selangor
21 Februari 2013
8 pagi
Lagi kemalangan meragut nyawa di laluan Bayangan Maut
Nama mangsa : Dr Thillainathan K. Selvadurai, 51 tahun, Petaling Jaya, Selangor-Pakar Perunding Obstetrician & Gynaecology
(Sila rujuk berita awal mengenai kes ini di sini: Doktor Pakar Maut Kemalangan)
Jarak perjalanan antara Petaling Jaya ke Slim River bukanlah satu jarak yang dekat dan terpaksa ditempuhi doktor yang dikenali ramai ini hampir setiap hari dengan memandu bersendirian.
Namun , atas tugasnya sebagai doktor, dan dilantik pula mengetuai Jabatan Obstetrician & Gynaecology Hospital Slim River sejak awal bulan ini, tidak menghalang Dr Thillai untuk berkhidmat.
Mendiang pernah menyuarakan hasrat kepada ahli keluarga untuk menaiki sahaja komuter setiap hari berulang alik sementara kenderaan jabatan akan diperolehi tidak lama lagi.

Dengan memandu Toyota Unser miliknya sendiri, hari ini merupakan hari terakhir pengorbanan Dr Thillainathan tercatat.
Kenderaannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke arah besi pembahagi tengah lebuhraya dan terbalik beberapa kali.
Mangsa yang cedera parah dan tersepit di tempat duduknya, ditemui berpakaian kemas bertali leher, maut di tempat kejadian.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayatnya.
Di lokasi kejadian, 2 adik beradik mendiang tiba sebaik dimaklumkan mengenai kejadian, dan mereka amat tenang ketika menerima berita ini.
Pelbagai barangan peribadi dan nota-nota perubatan ditemui bertaburan di atas lebuhraya.

Dan sebagai budibicara ehsan pegawai Penyiasat kes, Inspektor Maszaliza Ibrahim,, mayat mendiang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (tempat kerja asal mendiang) untuk bedah siasat.
Nota:
Dr Thillainathan K. Selvadurai, sebelum ini bertugas sebagai pakar perunding di Hospital Kuala Lumpur dan sangat dikenali ramai.
Berdasarkan pengalaman dan kepakarannya , mendiang dinaikkan pangkat dan mengetuai jabatan yang sama di Hospital Slim River.
Untuk rekod, mendiang juga merupakan ahli yang sangat aktif di dalam Malaysian Medical Association dan merupakan Pengerusi SCHOMOS (mewakili Doktor Hospital Kerajaan)

















RIP, mendiang kelihatan sgt dedikasi menjalankan tugas hingga terpaksa korban masa rehat dan terpaksa berulang dgn jarak yg jauh utk berkhidmat, disamping itu mereka juga ada keluarga yg memerlukan mereka meluangkan masa utk melayan kerenah atau kenduri kendara/perayaan yg disambut, akibat keletihan bertugas berterusan memungkinkan mendiang terlena ketika memandu, pihak kerajaan perlu ambil berat/prihatin kes ini, jika terdapat pegawai tinggi terutama dibidang khidmat yg sibuk seperti doktor perlulah ada kenderaan jabatan dan pemandu jika perlu bergerak pada jarak yg agak jauh, jika ada pemandu masa perjalananlah akan diguna utk berehat akibat kepenatan bertugas, jika disuruh/terpaksa memandu sendiri inilah akibatnya.
…sedih mendengarnya..Banyak jasa mendiang Dr ST Nathan kepada saya semasa saya menerima rawatannya beberapa kali. Sangat besar jasanya semasa saya melahirkan anak saya menerusi pembedahan yang sangat kritikal. Seorang yang sangat berdedikasi, bertanggungjawab dan tegas. Saya benar2 sayu & sedih membaca khabar buruk ini.
saya salah seorang doktor yang telah di latih oleh dr nathan.beliau merupakan seorang yang amat bertanggungjawab dan berdedikasi…Beliau adalah salah seorang daripada pakar yang mengambil masa dia utk mengajar kami.kita semua telah kehilangan seorang doktor yang telah mengorbankan hidup dia demi pekerjaan dia sebagai doktor… RIP BOSS…may your soul rest in peace…
takziah dari kami semua dari wargakerja MH3A,HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR
Masih terngiang gurauan mendiang Dan kata2 semangat mendiang sewaktu saya bertugas sebagai pegawai perubatan sarjana di HKL.. perjumpaan terakhir adalah apabila mendiang menandatangani salinan dokumen saya untuk pinjaman perumahan hujung disember 2012… mendiang Dr Nathan memang seorang yang penuh dedikasi…
Good person always go early….. RIP…..
He was my classmate and friend and I knew him close to 40 years. As we were growing up in Klang he was remembered by all of us as being a real jovial and helpful person. also a great hockey player and a very responsible prefect. When he became a doctor he acquired a more serious personality but I guess that was probably due to the nature of his work. But he never stopped being the kind person that he was ever willing to help anyone who needed it. RIP brother S T You did make a difference in our lives. You may be gone from this world but you will live in our hearts forever.
A big loss to the O&G family. Rest in peace boss.
Dr Nathan yg in charge gynae oncology ke? Tk berapa nak ingat….I was in hkl 2007-2008…
Kehilangan besar utk seluruh warga malaysia..walaupun seorg yg amat tegas tetapi sgt baik orgnya dan ceria setiap masa.jasanya tidak boleh digantikan.
kami anak murid Dr st nathan dan semua warga kerja hkl, hosp slim river dan para pesakit beliau tersayu dgn kehilangan beliau.we gonna miss you lot DR ST NATHAN.
RIP
Dr ST Nathan, seorang Pegawai Perubatan (Pakar) yang sungguh komited terhadap tugasannya. Kehilangannya membawa 1001 pengertian yang amat besar kepada sesiapa sahaja yang mengenali dia jauh mahupun dekat. Sebagai seorang yang pernah berkomunikasi dengannya, suara dan semangat yang ada padanya akan terngiang-ngiang di ingatan. Sejujurnya, pegawai perubatan seharusnya mencontohi keperibadian yang ada pada dirinya. Sebagai iktibar, setiap yang bernyawa akan pergi, dan yang pasti, Dr ST Nathan seorang insan istimewa di mata setiap yang mengenalinya. Dari sudut itu, kita semua harus melihat, bahawa walau jasad kita ‘pergi’, kebaikan yang ditinggalkan, tetap lekat abadi di sanubari. Nadya Yusof, HKL.