Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
24 Jun 2012
2.30 pagi
Nama mangsa : Ahmad Nazir Jamaldeen, 47 tahun, Jalan Gurney, K Lumpur
Bagi mereka sekitar Jalan Semarak, Jalan Gurney dan Keramat, ramai yang mengenalinya, terutama mereka di Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Penjual akhbar di sebuah gerai kecil di tepi Jalan ini menemui ajal awal pagi tadi.
Mangsa, Ahmad Nazir Jamaldeen, 47 tahun, menunggang motosikal bersendirian dari arah Jalan Tun Razak ke arah Lebuhraya Mahameru.
Siasatan awal menadapati, motosikal mangsa terbabit dalam kemalangan langgar lari membabitkan sebuah kereta.
Mangsa yang tercampak, maut dirempuh kereta terbabit.
Manakala motosikalnya terseret kira-kira 10 meter di atas jalan.
Ahmad Nazir maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Difahamkan, kereta yang terbabit kemalangan terus memecut meninggalkan tempat kejadian dengan keadaan bahagian hadapannya remuk.
Bagaimanapun, kereta itu ditemui beberapa kilometer di hadapan setelah dipercayai mengalami kerosakan akibat kemalangan terbabit.
Sesungguhnya, kemalangan itu tiada siapa dapat menjangka walau di mana dan apa jua keadaan sekalipun…


















Al- Fatihah, salam takziah untuk keluarga mangsa.
Pemandu kereta ada tempoh 24 jam untuk membuat laporan polis…harap² dia ke balai selepas itu. Selesaikan apa yang patut
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.
Pergilah buat laporan polis, ngaku je salah. Libatkan nyawa orang pulak…
kalu benar kes langgar lari, memang sungguh tak berperikemanusiaan pemangsa itu…atau barangkali pemandu tergamam dan ketakutan wallahualam…salam takziah kepada keluarga mangsa..alfatehah..
Al-fateha utk arwah..kenapalah bnyak sgt kes langgar lari sekarang ni?
kembang jek pelatih superwoman tu
kenapa lari? takde lesen kot…
memang shilaker spisis mereka yang suka langgar lari ni..
takziah kepada keluarga mangsa….
innalillah,alfatihah buat arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..amin
Mengikut pemerhatian saya, kereta MyVie paling banyak menggesel kereta atau motorsikal, dan kebanyakkan ialah pemandu wanita muda. Mereka memandu macam tak ingat pengguna jalanraya yang lain.
Rambutan Merah, ye mmg betul..sy selalu melalui jalan dari TTDI ke Damansara sebelum keluar ke jalan kuching,mmg serious sy selalu kena ‘cucuk’ atau di ‘halau’ oleh MYVI pemandunya WANITA yang tak mau moto saya berada di hadapannya walaupun waktu tu semua lorong jem. WANITA itu mcm puas ati kalau lepas dia hon hon sy dan ikut dekat belakang moto sy tu, sy tukar masuk lorong lain,mcm la dia boleh laju dr sy. Yang sy musykil,WANITA tu bkn sebarangan orang,dari pemerhatian sy dia ber kot hitam dan ada tag name..(pegawai kerajaan) dan bertudung.
Juga seringkali di himpit oleh pemandu wanita jugak MYVI yang keluat dari susur lebuhraya tak reti nak bg laluan kat org lain.dgn tak bersalahnya terus keluar ke tgh lorong dan mengharapkan org lain bagi laluan pada mereka..cemne la ada org mcm ni atas jalan..iskkkk….
Innalillah.. lagi kes “timun dilenyek”..