KM 408
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Lembah Beringin, Hulu Selangor
6 Februari 2012
4 petang
Nama mangsa: Mohd Fitri Mohd Rodzi, 32 tahun, Kuala Kangsar, Perak.
Sekian beberapa ketika sepi, Laluan Bayangan Maut meragut 1 nyawa hari ini.
Kali ini melibatkan seorang penunggang superbike, Kawasaki ER-6 yang hilang kawalan dan terbabas setelah bergesel dengan belakang sebuah kereta.

Mangsa yang tercampak ke atas jalan, maut di tempat kejadian.

Manakala motosikalnya terseret kira-kira 100 meter di atas lebuhraya ke arah laluan paling kanan.


Mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Mohd Rodzi, 32 tahun, berasal dari Perumahan Awam Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.
Ketika kejadian, cuaca baik, dan ini merupakan laluan berselekoh agak tajam.
Mangsa juga menunggang bersendirian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
Pemandu kereta dilaporkan telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini.
.

















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. moga rohnya ditempatkan bersama para suhada. Aminn.