KM 415.3
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Lembah Beringin,
Hulu Selangor, Selangor
18 Jun 2012
11.30 pagi
Kemalangan maut ngeri di Laluan Bayangan Maut
Nama mangsa: Muhammad Ammarul Asyraf Baharuddin, 19 thn, Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang
Hasrat sekumpulan remaja untuk berkelah di Kalumpang tidak kesampaian.
Dengan menaiki 5 buah motosikal, mereka semuanya 9 orang berkonvoi dari Klang melalui Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya PLUS.
Setibanya di tempat kejadian, ketika berada di lorong tengah, mereka memotong sebuah lori kontena yang dipandu di lorong kiri lebuhraya.
Malangnya, motosikal mangsa bergesel pula dengan motosikal rakannya menyebabkan kedua-dua motosikal tercampak.
Mangsa jatuh betul-betul di hadapan lori kontena dan terus terperosok di bawah lori dan berkemungkinan mangsa pada mulanya tersangkut pada besi di bahagian tengah bawah lori.
Seterusnya tayar belakang kiri terus menggilis mangsa menyebabkan mangsa tersangkut pada tayar.
Pemandu yang terkejut dengan kejadian ini, cuba membrek tetapi segala-galanya telah terlambat.
Beban berat kontena serta muatannya, menyebabkan kontena hanya dapat berhenti kira-kira 50 meter kemudian.
Mangsa, Muhammad Ammarul Asyraf Baharuddin, 19 tahun dari Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang yang parah di bahagian perut dan kaki, maut di tempat kejadian.
Rakannya yang membonceng, bagaimanapun terselamat dan cedera di tangan.
Manakala motosikal rakannya yang turut tercampak , kedua-duanya terselamat.
Manakala 5 lagi rakan yang menaiki 3 motosikal tidak terbabit dalam kemalangan.
Bagaimanapun, mungkin kerana panik, salah seorang dari rakan yang tidak terbabit kemalangan bertindak membawa motosikal mangsa, dan menuju arah utara.
Mereka akhirnya ditemui berada di Klinik Kesihatan Kalumpang bersama rakan yang cedera yang dihantar oleh ambulan.
Semua mereka juga merupakan anggota sukarelawan JPAM cawangan Klang.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
Pemandu lori kontena, Mohd Nor Mohamad, 55 tahun berkata, dia dapat melihat dengan jelas kumpulan remaja terbabit memotong lori dipandunya dari sebelah kanan.
Bagaimanapun, Mohd Nor, yang memandu lori lebih 2o tahun, tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana ia terjadi begitu pantas.
Kontena dipandunya dalam perjalanan ke sebuah hipermarket di Sg Petani Kedah setelah mengambil muatan di Bukit Beruntung.
Sepanjang kerjayanya, inilah kali pertama dia terlibat dalam kemalangan serius sehingga menyebabkan kematian.


















Al Fatihah…sudah tertulis detik itulah ajalnya. Moga keluarga dan rakan tabah hadapi dugaan ini.
, terima kasih kerana sudi mendoakan arwah ..
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
seorang lagi anak bangsa bakal peneraju negara masa hadapan telah dipanggil pulang. takziah untuk keluarga mereka dan sahabat handai.
alfatihah….muda lg….berhati2 dijalanraya….
malang tak berbau. ajal juga tak mengenal usia.
alfatihah.
alfatihah buat arwah..ajal itu tidak berbau…
kepada penunggang lain dan juga peringatan buat diri saya sendiri..berhati2 la dijalan raya,jgn terlalu bersuka ria dijalan raya..fokus..dan patuhi ektika berkonvoi dimana ada jarak diantara kenderaan dan juga mempunyai mashall dan swinger yg menjaga konvoi..
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org beriman..amin
terima kasih kerana sudi mendoakan arwah ..
orang kampung nih…alfatihah utk arwah…
Pedih juga hati baca…
Takdir Allah, siapalah kita nak menolaknya…
Semoga dicucuri rahmat….
Nak komen siket, yang muda-muda ni, perlu berhati-hati dan jangan bergurau di jalan raya, elok kalau ada marshall macam along_rwg cakap.