KM 2.1
Lebuhraya Elite
Shah Alam arah Selatan
Shah Alam, Selangor
6 Jul 2012
12 tengahari
Nama mangsa : V.Darman Pandithan, 21 tahun
Kemalangan ini membabitkan 3 kenderaan, yang pada mulanya berlaku di lorong kecemasan.
Sebuah Perodua Kancil sebelumnya mengalami kerosakan dan berada di lorong kecemasan.

Tidak lama kemudian, sebuah motosikal dinaiki 2 orang terus merempuh belakang kereta terbabit menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak.
Penunggang motosikal, V. Darman Pandithan, 21 tahun tercampak ke laluan kiri.
Sebuah lori tidak sempat mengelak lalu melanggar, menggilis dan terus mengheret mangsa sejauh kira-kira 20 meter.
Akibatnya, mangsa yang cedera parah, maut dan tersepit di bawah tayar belakang lori.
Lori dalam perjalanan dari Ijok ke Beranang, membawa muatan gelungan kertas untuk sebuah kilang .
Manakala pembonceng motosikal, yang turut tercampak, cedera parah.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.
Peringatan untuk kita semua – laluan kecemasan ialah untuk sebarang kenderaan/objek yang tidak bergerak/pegun.
Mengambil risiko dengan mengandaikan bahawa kenderaan di laluan kecemasan sedang bergerak, menyebabkan pemandu/penunggang keliru dan mampu menyebabkan kemalangan.
Dari aspek perundangan, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana kenderaan (kecuali kenderaan seperti ambulan,bomba, penyelamat, polis ) untuk lalu di laluan kecemasan.


















Sangat familiar laluan ni. Selalu sgt ikut laluan ni ulang alik ke JKR Petaling. Sgt mengerikan.
kebanyakan yang melanggar kenderaan berhenti dilorong kecemasan berlaku dilaluan lurus. mungkin laluan lurus, membuatkan penunggang leka?
Assalamualaikum,
Dah banyak kes libatkan lorong kecemasan.
Adakah pemandu kita tak prihatin dengan lorong kecemasan atau suka ambil jalan mudah?