KM 2.6, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat
Taman Connaught, Cheras,
Kuala Lumpur
1 Disember 2012
7 pagi
Nama mangsa ; Abdul Rashid Yusof, 39 tahun, Kg Cheras Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimana sebenarnya kemalangan ini berlaku, masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, ia membabitkan sebuah motosikal ditunggang mangsa, dan sebuah Mercedez Benz yang hampir terbakar keseluruhannya ditemui dalam keadaan menyongsang arus.
Mangsa, Abdul Rashid Yusof, dipercayai terbabit kemalangan dengan kereta mewah dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun sebelum terjatuh.
Abdul Rashid, seorang pemandu, dalam perjalanan ke Damansara untuk mengambil majikannya seorang warga Jepun, cedera parah di kepala.
Siasatan awal polis mendapati, kereta Mercedez Benz ini dipandu menyongsang arus.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang tiba di lokasi, berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh beberapa minit.
Bagaimanapun pemandu berjaya menyelamatkan diri.
Pemandu kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.
Ujian darah dan air kencing juga akan dilakukan bagi menentukan samada memandu di bawah pengaruh alkohol, atau dadah atau sebalik.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis juga meminta saksi bebas supaya tampil bagi membantu siasatan.
Nota : Mangsa berkemungkinan juga digilis oleh kendeaan berat lain menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Mangsa juga baru sahaja menggunakan motosikal yang baru dibelinya 3 hari lalu…














diharap pemandu mercedes benz itu dijatuhkan hukuman yang setimpal… sangat sadis…
customer sy ni..baru hari khamis hr tu kuar moto. 29.12.2012.pastu 01.12.2012 dh accident mninggal..good guy,sopan…smoga dtempatkan di kalangan org yg briman…(wife bru habis pantang…lg kesian)
kesian sungguh.
Berhati-hati bawak knderaan di jalan raya