KM 10.4
Lebuhraya Cheras-Kajang
Cheras, Kuala Lumpur
6 Mei, 2012
5 pagi
Nama mangsa : Muhammad Arif Iskandar, 19 , Kg Sarang Tiong, Endau Rompin, Pahang
Dan kira-kira 4 jam selepas kemalangan yang meragut nyawa seorang ramaja perempuan di bawah, seorang lagi remaja maut akibat kemalangan membabitkan motosikal.
Mangsa sebelumnya menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah pusat bandaraya ke Kajang.
Bersamanya, rakannya yang membonceng, Friedly Inam, 25 tahun.
Motosikal mangsa sebelumnya dipercayai dilanggar kenderaan lain menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
Ketika inilah mangsa, Muhammad Arif Iskandar, dirempuh dan digilis beberapa kenderaan yang tidak sempat mengelak.
Kejadian di laluan selekoh tajam sebelum Plaza Tol Batu 9 Cheras ini juga menyebabkan sebuah Suzuki Swift terbabas.
Sebuah Toyota Vios juga cuba mengelak yang akhirnya terhumban ke dalam longkang.
Manakala sebuah Proton Iswara Aeroback tidak sempat mengelak motosikal mangsa lalu mengeheretnya kira-kira 100 meter.
Dan , kereta terbabit pula yang terbakar kemudiannya.
Pemandu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.
Muhammad Arif yang parah dihampir keseluruhan badan dan kepala, maut di tempat kejadian.
Manakala rakannya hanya cedera ringan yang kemudian segera memaklumkan kepada keluarga akan kemalangan tersebut.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
———————————-
Kepada penunggang motosikal khususnya, rayuan supaya berhati-hatilah dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Salah menyalah antara satu-satu pihak tidak membawa apa-apa keuntungan atau kehebatan kepada anda.
Nyawa itu tiada galang gantinya…












Innalillah…motor lagi yang menjadi mangsa..ngeri dan
menyayat sekali kemalangan ini…
Al-fatihah untuk arwah..
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Ramainya yang terlibat…takziah kepada semua mangsa. Walaupun kenderaan musnah, paling tidak…masih selamat, kecuali arwah Muhammad Arif.
Takziah.
Kita penunggang motorsikal ni ibarat Mentimun dengan Durian.
Jadi, jangan lah langgar Durian. Dan elakkan dari Durian melenyek kita.
Jadilah penunggang yang penakut di jalanraya. Jika terlebih berani, masuklah Perlumbaan Motorsikal yang sesuai dengan keupayaan kita di Litar yang Sah.
Bukan di jalanraya atau Lebuhraya.
Innalillah…. moga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Al fatihah.. Arwah Mohammad Arif @ kami panggil abang Ray mmg seorang kawan yg baik.. Telatah arwah jugak buat kawan2 kat sini xkering gusi.. Terkejut dengan kehilangan arwah.. Semoga rohmu dicucuri rahmat kawan..
Takziah buat keluarga mangsa..