Batu 20
Jalan Rawang-Ipoh
Bukit Rawang Jaya
arah Sg Choh,
Rawang, Selangor
21 Mac 2012
6 petang
Nama mangsa : Puvaneswaran Ponuthurai, 18 tahun, Taman Melati, Serendah
Lagi kemalangan membabitkan penunggang digilis lori.
Kali ini berlaku di pinggir bandar Rawang arah laluan ke Sg Choh.
Kejadian berlaku ketika lori membawa muatan simen ini dalam perjalanan dari Rawang arah Serendah.
Mangsa yang menunggang motosikal, dirempuh lori terbabit ketika motosikal keluar dari bahu jalan dan cuba memasuki laluan utama.
Mangsa dikenali sebagai Puvaneswaran Ponuthurai , 18 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Pembonceng, Thangeswary Sabramaniam, 27 tahun, patah kaki kanannya.
Sebaik kemalangan berlaku, pemandu lori yang bimbang sesuatu yang buruk berlaku, terus memandu kenderaannya ke arah Balai Polis Serendah.
Lori ditinggalkan di luar kawasan balai, dan pemandu kemudian terus masuk ke balai polis bagi membuat laporan.
Dan kerana emosi yang tidak dapat dikawal juga, menyebabkan lori ini dirosakkan…


















musim gilis mengilis pulak..
nampak terlalu ngeri walaupun tiada gambar di paparkan..
nasib baik lori tu tak di bakor nya…macam kebanyakan kes di utara ni..
takziah kepada keluarga mangsa…
Assalamualaikum,
Takziah kepada mangsa dan keluarga.
Paling tidak, pemandu lori tu tidak lari…hanya lari ke balai polis dan terus buat laporan.
Peringatan lagi untuk diri aku seorang penonggang motorsikal..hu hu..Walaubagaimanapun takziah untuk mangsa dan keluarga. Ajal maut ketentuan ilahi…
apa jenis kenderaan sekalipun kalau ada benda melintas secara tiba-tiba…memang tak sempat membrek….
kerap kali berlaku pada saya juga, terutama jalan kampung, memang penunggang motosikal ni suka sangat keluar simpang tanpa tengok kiri kanan, hon panjang la makan dia….
itu nasib makan hon, kalau tak …aishhh