Penunggang Maut- Dirempuh Treler Terbabas & Terbalik

Km 24 Jalan KL-Ipoh
Rawang
Selangor
15 Apr 2009

Bandar Rawang hari ini mengalami kesesakan yang amat kronik untuk mereka yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Semuanya gara-gara sebuah treler terbalik dan merintangi keseluruhan laluan arah ke Kuala Lumpur.
Seorang penunggang motosikal, maut apabila treler terbabit merempuh motosikal mangsa.
Mangsa, Gursharan Singh Surjit Singh, 24 tahun, maut di tempat kejadian.
Gursharan, dari taman Tun Teja Rawang, baru beberapa minit keluar menunggang motosikalnya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-20 pagi di kilometer 24 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh.
Treler yang sarat dengan muatan gelungan kabel elektrik, barangan elektrik seperti TV dan mesin basuh, dalam perjalanan dari Johor menuju ke Seberang Prai.
Treler seberat lebih 20 tan dengan muatan ini dipandu oleh Ismail Desa, 30 tahun dan seorang kelindan, Mohd Hanafi, 27 tahun.
Setibanya di tempat kejadian, treler ini dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah kemudian memasuki laluan bertentangan.
Ia kemudian terbalik.
Bagaimanapun malang bagi Gursharan apabila kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan dia tidak sempat mengelak.
Motosikalnya pula terputus dua.
Seorang warga emas pula, cedera ringan setelah motosikalnya merempuh treler yang terbalik ini manakala pemandu treler cedera di kaki.
Kemalangan ini menyebabkan pengguna jalanraya dari rawang ke Kuala Lumpur terpaksa melalui laluan bertentangan manakala pengguna dari Kuala Lumpuur untuk memasuki Rawang, dilencongkan oleh anggota trafik melalui laluan kawasan rumah kedai berhampiran.
Treler ini akhirnya berjaya diangkat dan dialihkan kira-kira 10 jam kemudian.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2009.04.16 03:06, jawa peranakan menulis:

    bro..treler tu bawak apa? berwarna warni nampaknya..

    • Pada 2009.04.16 03:33, Anonymous menulis:

      Mamat2 treler nie memang bawak laju , tapi bila eksiden ….. penguatkuasa buat keputusan mcm berat sebelah jer …… hidup SPRM………

      • Pada 2009.04.17 05:53, darkanbil menulis:

        jawa: tu gelung cable elektrik daa…

        • Pada 2009.04.17 09:46, on the scene menulis:

          jawa- kat dlm treler tu, lagi mcm2. ada tv kaler, mesin basuh…

          anon- boleh tak bagi contoh yg berat sebelah yg anda maksudkan supaya boleh saya ajukan kepada pihak berkenaan .

          darkanbil -betul.kabel elektrik.berat tu, kecik2 mcmtu pun ada dlm 3 kg setiap satu

          • Pada 2009.04.18 02:54, kem-renjer menulis:

            Nampak macam kabel fiber je…berat juga tu..

            You must be logged in to post a comment.