KM 2.2
Lebuhraya Besraya
Serdang, Selangor
17 Mac 2012
10.30 malam
Nama mangsa : Tennarasu Rejanderan, 22 tahun
Ada antara kita yang menjadi emosi dan kadang-kadang bertindak tanpa sedar selepas berlaku sesuatu kejadian yang menimpa.
Sebaik-baiknya, kita cuba kawal diri dan emosi kita walaupun mungkin sukar untuk kita lakukan.
Dalam kes ini, seorang penunggang maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah Proton Waja menyebabkan motosikal hilang kawalan dan mangsa terjatuh ke atas jalan.
Sebuah lori tangki yang mengekori dari belakang, gagal mengelak lalu menggilis dan mengheret mangsa kira-kira 50 meter.
Tennarasu Rejanderan, 22 tahun yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.
Keluarga mangsa yang tiba di lokasi juga tidak dapat mengawal perasaan dan terpaksa ditenangkan oleh orangramai.
Dan ketika siasatan sedang dilakukan, beberapa lelaki bertindak merosak dan memecahkan cermin kereta Proton Waja terbabit.
Dan begitu juga keadaan yang diterima oleh lori tangki ini yang turut dipecahkan cerminnya.
Keadaan yang hampir tidak terkawal itu akhirnya berjaya ditenangkan oleh polis yang berada di lokasi dan anggota peronda tambahan yang dimaklumkan mengenainya.
Ketua Trafik Selangor, Supt Zulkifli Joned ketika saya hubungi menjelaskan, semua kes memerlukan penyiasatan terperinci, dan dalam setiap kes, keluarga mangsa perlu bersabar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, setiap pengguna jalanraya perlu bersedia dari segi keselamatan diri khususnya penunggang motosikal dan pengguna juga perlu membuka minda dan bersikap positif untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.


















Samseng tak bertempat tu.
Nasib baik le tak dibakarnya lori tu, kalo tak… puas la bomba nak padamkan api… Dah le lori tu bawak bahan mudah terbakar…
Assalamualaikum,
Emosi memang sangat tak stabil bila berlaku kejadian begini…
Takziah kepada keluarga mangsa
Tak tau siapa silap dalam hal.. habis keta lori kena pecahkan cermin..
hmmm…. kadang2 kita yg memandu kereta ni berilah ruang besar kepada
pemboncing motosikal.. biarpun kita tau mereka memang suka bawa
nyelit2.. Yang pemboncing motor pula jgn ler cuba memotong dengan
selamatnya.. elakkan dari mengekori kenderaan berat..
Takziah utk keluarga mangsa..
Adui,kenapa pula lori tu yg jadi mangsa.Kalau dh mangsa jatuh depan lori tu,tak kan la lori tu nak terbang mengelak pulak.Plg habis pemandu tu boleh buat pon jadi no 7 (menurut Abang Zul),itupun kalau pemandu tu sempat.Bkn senang nk berhentikan lori,kdg2 kita kena pk secara logik.Pokok pangkalnya berbalik pada tanggungjawab masing2 berhati-hati di jalanraya.Tp kadang2 itulah,kita yg dh berhati-hati,orang lain pulak yg cuai,yang tak bersalah jadi mangsa.Takziah pada keluarga mangsa,semoga mereka tabah.
Tak pasal-pasal lori tu pun kena. Tapi apa-apa pun takziah kepada keluarga mangsa. Makin takut lak orang mcm saya ni yang selalu pergi kerja naik moto.. huhuh
xada siapa nk jadi benda2 mcm ni,kawal la sikit perasaan tu..geram pulak dgn mereka ni! Kalu ubby memandu sy kt sblh misti bising2 rasa nk tekan brek je kaki bila tgk gelagat moto2 yg myampah lbh2 lg bdk2 muda yg bwk