Plaza Tol Sg Besi
Kuala Lumpur
10 Februari 2013
9.15 pagi
Nama mangsa : Muhammad Fais Maula Rosli, 21 tahun, Bt 7, Kg Pantai, Kuala Sg Baru, Melaka.
Kemalangan boleh berlaku di mana danbila-bila masa sahaja.
Bukan sahaja di laluan biasa, kemalangan maut ini berlaku di lorong motosikal lebuhraya.
Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Plaza Tol Sg Besi ini, mangsa maut setelah motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui lorong motosikal.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi apabila Muhammad Fais Maula Rosli, 21 tahun dalam perjalanan dari Melaka menuju ibu negara.
Kemalangan menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan arah bahu jalan berhampiran longkang.
Mangsa yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian dan mayat di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Beringatlah walau di mana anda menunggang kerana sedikit kecuaian atau kelalaian, mampu mengundang padah…
















takziah.. muda lg da pergi. al-fatihah
takziah pd keluarga arwah….al-fatihah….sy pnah lalu jln ni naek moto satu ktika dlu……pnah rse moto mcm nk tbabas…..alhamdulillah xde ap2…..skrg ni kalu g area kl or shah alam x brani sgt nk g naek moto…..