KM 432.3
Lebuhraya Utara Selatan arah Rawang
Bukit Beruntung, Hulu Selangor
28 Mei, 2012
6.15 pagi
Lagi tragedi di Laluan Bayangan Maut
Nama mangsa : Abd.Ghafar @ Abdul Ghafar Lahakim, 52 tahun, Felda Sg Behrang, Slim River, Perak.
Bagaikan sudah dapat merasakan dirinya akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, wang RM400 diberikan kepada isterinya bagi belanja untuk membeli keperluan hari raya anak-anak.
Isteri mana yang tidak terkejut kerana puasa belum lagi menjelang, tetapi wang untuk membeli pakaian anak-anak sudah diberi suaminya untuk 3 anak mereka yang masih kecil.
Suaminya juga mengajak dia dan 3 anaknya ke Kuala Lumpur untuk membeli keperluan hari raya anak-anak.
Dan , akhirnya, panggilan telefon diterima oleh Maimunah Ahmad, 45 tahun, kira-kira jam 9 pagi tadi, menjelaskan segala-galanya – dia diminta hadir ke Hospital Kuala Kubu Bahru.
Abdul Ghafar Lahakim,52 tahun, merupakan anggota polis bantuan di KL Monorail.

Dan setiap hujung minggu akan pulang ke rumah keluarganya di Felda Sg Behrang, Slim River dan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi Isnin.

Kira-kira jam 6.15 pagi, di KM 432.3 Laluan Bayangan Maut selepas susur Bukit Beruntung ini, sesuatu berlaku.
Sebuah lori sarat membawa muatan papan tiba-tiba hilang kawalan, lalu bahagian muatannya terbalik dan kepala lori merempuh besi penghadang jalan.

Muatan kayu bertaburan di atas jalan.
Di masa sama, sebuah treler di laluan kiri, tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian belakang lori.
Ketika inilah juga, mangsa yang menunggang Kawasaki Ninja nya, tidak sempat mengelak, lalu merempuh lori terbabit.
Abdul Ghafar maut di tempat kejadian.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, beberapa lagi kenderaan berat termasuk bas ekpress, sempat berhenti hanya beberapa meter dari merempuh mangsa dan kenderaan terlibat.
Semuanya terhenti, kerana laluan terhalang terus untuk semua kenderaan arah Selatan.
Dianggarkan ribuan pengguna jalanraya terkandas termasuk kira-kira 3000 penumpang puluhan bas ekpress yang terhenti di laluan ini yang berlaku kira-kira 4 kilometer selepas susur Bukit Beruntung.

Pengguna lain kemudiannya diarahkan keluar ke susur Bukit Beruntung untuk meneruskan perjalanan, yang menyebabkan laluan Bukit Beruntung-Sg Choh sesak luarbiasa hari ini.
Laluan hanya dapat dilalui sepenuhnya kira-kira jam 9-30 pagi setelah kerja-kerja mengalihkan treler, lori dan muatannya selesai dilakukan.
Namun kesesakan sepanjang lebih 10 kilometer berlaku yang hanya reda kira-kira 5 jam kemudian.

Nota- mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan 9 anak berusia antara 7 hingga 22 tahun.














Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Kesiannya…pagi2 lagi jalan dah jem teruk
innalillahiwainailahirojiun…
malang tak berbau, dan ajal maut di tngan tuhan.
salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga tabah menerima ujian ini…
takziah kepada keluarga mangsa.
Belum sempat mengulas entry kemalangan di Tasik Biru kundang, sudah disajikan lagi dengan kemalangan maut ini..semua tempat kejadian sgt berhampiran dgn tpt saya..hu hu…al fatehah untuk mangsa..
susah nak cakap..pihak berkuasa masih lagi membenarkan besi buruk lori kepala kasut ni beroperasi di jalan raya.mungkin nyawa orang murah berbanding keuntungan tauke tauke balak dengan papan ni.kot satu hari nanti terkena VVIP baru lah nak kuatkuasakan undang undang,sama kes macam lori bwk besi yang terlebih panjang dulu.
Alfatihah untuk arwah,semoga rohya dicucuri rahmat