KM 439.4
Lebuhraya Utara-Selatan
arah Kuala Lumpur
berhampiran R&R Rawang
Rawang, Selangor
13 April, 2011
8.45 pagi
Nota: Mangsa merupakan adik kepada jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Abd Latip – yang terbabit dalam Flotilla Pembebasan Gaza menaiki kapal Mavi Marmara yang di tawan Israel pada 31 May tahun lalu.
Lagi kemalangan maut di laluan Bayangan Maut
Kemalangan ini memang mengerikan dan amat menyayat hati.
Ia membabitkan sebuah lori kontena dan 2 buah motosikal.
Seorang penunggang maut, manakala seorang lagi berjaya melompat menyelamatkan diri.
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sebelumnya terjatuh dari motosikalnya yang hilang kawalan.
Sebuah lori kontena yang mengekori dari belakang di laluan kiri sekali, cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah.
Lori kontena ini membawa muatan kira-kira 23 tan batu kapur dalam perjalanan dari Ipoh ke Klang.
Bagaimanapun semuanya sudah terlambat apabila mangsa yang terjatuh, terus digilis oleh lori kontena terbabit yang turut melanggar motosikal mangsa di tengah jalan.

Topi keledar mangsa turut hancur digilis
Ketika sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki, cuba pula mengelak kemalangan terbabit.
Penunggang sempat melompat dari skuternya dari turut digilis lori terbabit.
Skuternya kemudian terseret dan tersangkut di pembahagi tengah lebuhraya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulhisham Abd Latip, 43 tahun dari Apt teratai, Jalan Bunga Raya 3, Bukit Beruntung.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Berdasarkan stiker pada motosikalnya, mangsa dipercayai seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Beberapa rakan mangsa yang mendapat maklumat mengenai kemalangan , segera ke lokasi dan ramai yang sebak melihat keadaan mayatnya.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Penunggang skuter yang terselamat mungkin boleh memberikan gambaran sebenar bagaimana kemalangan berlaku.
Lelaki terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

















Arwah bernama Zulhisham bin Abdul Latif…semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman…al-fatihah
Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yg beriman.
Berhati-hatilah di jalan raya terutama sekitar Laluan Bayangan Maut ni.
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jualah kita kembali. Alfatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama para kekasih. takziah untuk keluarga dan sahabat handai.
Sangat ngeri…terpaksa skip banyak gambar, tak sanggup nak tengok.
alfatihah. takziah buat keluarga arwah. dah tertulis ajalnya cara begitu, moga keluarga yang ditinggalkan redha dengan ketentuan.
masyaAllah..
semoga arwah ditempatkan bersama roh para solihin..
Al-Fatihah. semogha rohnya tenang dan di tempatkan bersama2 org2 yang soleh dan mengecapi nikmat syurga. Amin.. ngeri, pilu, sedih tgk kemalangan mcm nie.
Ya Allah, tempatkanlah mangsa di tempat orang yang beriman.. Takziah kepada keluarga mangsa..
Ya Allah….. sedihnya kalau kita kehilangan orang orang yang kita sayang dengan cara kemalangan begini. Semoga keluarga arwah lebih tabah dan bersabar.
Al-fatihah dan takziah.
Al-Fatihah… Ahli Cekak rupanya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Insya Allah… Sama-sama kita sedekah al-Fatihah buat arwah ya…
hanya mampu menggeleng kepala membaca topik ini. Ia byk persamaan dgn saya. 02.03.2009 saya kemalangan di sini, juga jam sekitar 8.30-8.45 (waktu ini saya agak saja sbb saya sedar dari pengsan kira2 jam 9.15, saya keluar dari rumah di Bkt Sentosa jam 8.15, sekitar 10-15 minit blh sampai kaw ini)
Perbezaannya, ketika dirempuh, saya tercampak ke tepi highway, maka tak ada rempuhan tambahan. Saya juga di bawa oleh ambulan ke Hosp. Sg. Buloh utk rawatan.
Tempat ini jugalah seorg warga emas yg melintas jalan telah digilis hancur spt mana dlm laporan blog ondscene ini.
Nak kata ada puaka mungkin tak ada, nak kata tak ada mungkin ada..
Innalillahiwaiinailaihirajiun
Bak kata mak saya,kalu sudah smpai masanya,maut mmg xkn dpt dielakkan,insiden yg jadi tu hanya penyebab.Moga roh arwah dicucuri rahmat dr Allah swt & keluarga arwah byk2 kn bersabar.
(Bukan merujuk pada arwah),iktibar yg boleh kita ambil,laju atau kurang laju moto yg kita bawak,sentiasa peka & berhati2 dgn kenderaan besar krn pandangan mereka juga terhad terutamanya pemandu lori atau treler.Kedudukan pemandu yg agk tinggi menyukarkan sedikit mereka mengesan penunggang motosikal.Pesan ayah sy,kalu menunggang moto di jalan raya/hghway & bertemu dgn lori/bas,ade 2 pilihan je,kalu lori/bas itu perlahan baik potong,kalu laju baik beri laluan.
typo “krn pandangan mereka AGAK terhad terutamanya pemandu lori atau treler”
salam.
takziah kpd kluarga mangsa moga kalian tabah menghadapi dugaan ni. mmg sbg seorg penunggang motosikal (termasuk sy) berdepan dengan risiko besat ketika di atas jalan raya. xkira akibat kecuaian sendiri atau org lain, penunggang tetap menjadi mangsa. sy berpesan kpd siri sy dan penunggang2 lain, sentiasa fokus pada penunggangan dan peka terhadap keadaan laluan yg kita lalui. skali lg takziah utk keluarga mangsa, al-fatihah kami sedekahkan…
penunggang juga harus berhati-hati dgn anjing yg berkeliaran di kawasan ini, anjing-anjing ini adalah peliharaan pekebun di kiri kanan lebuh raya kawasan ini. da h byk ekor kena bantai dgn kenderaan tapi tak habis-habis.
kesian..alfatihah.. sadis aku tengok gmbr tu
pembetulan ya bro sham,rasanya dalam gambar ni bukan lori kontena tapi lori bonded..peace..
bonded pun bukan bro tapi side curtain trailer…..
salam takziah untuk keluarga mangsa…..penunggang motor lagi menjadi mangsa….
alfatihah…..
salam,
sy sebagai pengguna harian jalan dari arah utara ke kl mengharap,agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemandu-pemandu lori dan juga treler,sudah diberi tahu awal tahun bahawa lori tidak dibenarkan berada dijalan raya bermula pada jam 6.30pagi-9.30pagi (kalau salah sila betulkan saya)
banyak kejadian dijalan bayangan maut ini trjadi akibat dari rempuhan lori dan treler,kejadian ini berlaku dimana waktu larangan bagi lori dan treler..dimana kah sivik pemandu-pemandu lori,jangan hanye mengejar masa,tanpa mengikut undang-undang sedia ade..
kalau dari utara start dari Sg Buloh bro, tapi kejadian yg ini sebelum kawasan waktu larangan kenderaan berat
aduhai, sedihnya baca..
alfatihah…kesian… nak g keje …nak cari rezeki…
kawasan ini memang tempat kerap ada kemalangan tak kira motor atau kereta atau lori. pengguna biasanya tak nampak kenderaan lain, mengantuk kat sini juga lah masanya, hilang kawalan pun kat sini…tayar pecah kat sini, dan banyak sebab2 lain kat sini…Biasanya kat sini paling perlahan pun pengguna speed lebih 120km/j…sebab jalan lurus…
Ingatlah…masa nak lalu kat sini baca Bismillah, doa minta selamat dari ALLAH jika ada gangguan yang tak pasti kehadirannya. Kalau nak selamat sikit guna jalan lama sebelum Rawang..Bayangan Maut menanti yang lalai..
Waspada