Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
19 April, 2012
10 malam
Nama mangsa : Saravana Kumar a/l Ramasamy , 23 tahun
Menurut seorang saksi, motosikal ini ditunggang laju di laluan paling kanan.
Dan apabila sampai di tempat kejadian, penunggang cuba mengelak lubang rekahan jalan.
Akibatnya, motosikal hilang kawalan dan motosikal serta mangsa terjatuh serta terseret kira-kira 30 meter.
Menurut saksi terbabit, seorang pekerja sebuah restoran makan segera, dia berada agak jauh di belakang motosikal mangsa apabila ternampak motosikal ini cuba mengelak sesuatu.
Sebaik melihat mangsa terdampar di atas jalan, dia segera menefon talian kecemasan untuk bantuan ambulan.
Namun mangsa, Saravana Kumar Ramasamy, 23 tahun, disahkan telah meninggal dunia oleh anggota perubatan.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Beringatlah, walaupun laluan di hadapan kita nampak tiada halangan, namun pelbagai kemungkinan boleh berlaku…


















salam takziah….xpasal2 jer….maut disebabkan mengelak lubang….
Assalamualaikum,
Gerunnya. Penunggang motosikal berisiko tinggi tak kira dia yang memecut atau dia kena gesel.
Takziah kpd keluarga mangsa.
Sudah sampai ajal,takziah kpd keluarga mangsa.Jalan KL bukanlah pilihan yang baik nk tunggang laju2 terutamanya waktu mlm.Kadg2 bawak perlahan jer,tau2 dh berdekuk rim depan,rupanya terlanggar lubang.Jalan tak berapa gelap pon,dh dekat baru perasan.Kalau boleh elak menunggang malam,memang akan elak.Kdg2 struktur tanah kurang baik,mudah terhakis,lembut dsbgnya,pastu kena lak dilanyak kenderaan berat hari-hari mcm Jalan Ampang,MRR2,memang kesan kerosakan agk ketara r.Yg bertol mcm MEX je masih dlm keadaan baik