KM 20.5
Lebuhraya Baru Lembah Klang, NKVE
berhampiran susur Kota Damansara
arah Utara
Petaling Jaya, Selangor
7 Ogos, 2012
5 petang
Nama mangsa : Mohd Danial Arif Mohd Razudin, 25 tahun, Tmn Dato Ahmad Razali, Ampang.
Lagi kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di laluan kecemasan lebuhraya.
Dan mangsa, sepatutnya menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 esok, 8 ogos.
Kemalangan berlakyu kira-kira jam 4.45 petang tadi, kira-kira 500 meter selepas susur keluar Kota damansara arah Utara.
Sebuah lori sebelumnya berhenti di lorong kecemasan apabila menyedari besi penghadang belakangnya terbuka.
Setelah selesai m,embetulkannya, pemandu dan kelindan naik semula dan hendak meneruskan perjalanan ke Kepong.
Bagaimanapun, tiba-tiba sesuatu hentakan kuat kedengaran di bahagian belakang lori.
Sebuah motosikal merempuh sisi kanan bahagian belakang lori ini menyebabkan motosikal terperosok ke bawah lori.
Penunggang motosikal , Mohd Danial Arif Mohd Razudin, 25 tahun, yang cedera parah, maut di tempat kejadian.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Ampang.
Mayat dihantar kie Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Kemalangan juga menyebabkan laluan arah utara sesak sepanjang kira-kira 5 kilometer.


















Innalillah wa innalillahirrajioun
ingatkan dilanggar lori tadi…
Al Fatihah untuk mangsa.. satu lagi penunggang motor menjadi mangsa.
Lori tidak beri signal kecemasan ke semasa berhenti? Utk penunggang motor
berhati2lah dan awasi kenderaan dihadapan anda..
Al-Fatihah.. Takziah untuk keluarga mangsa
sedihnya baca… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman
salam,
dulu masa student naik motor penah sekali hampir terlanggar lori berenti di laluan kecemasan kat lebuhraya. masa tu bawak motor lalu lane kiri sekali tapi laluan kecemasan tu sempit jadi separuh badan lori masuk lane kiri lebuhraya. memang tak perasan pun masa tu walaupun dah fokus mata pandang kat depan. kekadang kita nampak cam lori tu tengah berjalan.
mungkin juga syaitan yg lindung pemandangan, sebab tu sebelum mula perjalanan selalulah baca doa. InsyaAllah selamat.
rujukan doa: http://www.scribd.com/doc/45666133/doa-perjalanan-jauh
versi panjang boleh google sendiri. wassalam
banyak btol kes eksiden maut skg nie……syawal semakin hampir…sama rancak dgn kes kemalangan yg meragut nyawa…..
alfatihah untuk mangsa….
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. moga rohnya dicucuri rahmat.
kalau dah sampai masanya,kita tak boleh nak elak,tak boleh nak lari,dah itu ketentuannya..dah tak guna nak salah menyalahkan antara satu sama lain,cuma yang boleh kita lakukan hanyalah sentiasa beringat..buat keluarga mangsa berbanyak bersabar kerana ALLAH lebih sayangkan si arwah..Innalillah wainnalillahi rajiun.Al Fatihah.
Saya Bersetuju dengan pendapat Ruddie. Kalau dah ajalnya sampai, bukit pun boleh langgar jugak, Sudah tertulis di loh mahfuz bahawa cara kematiannya begitu, dan pada ketika itu. Seminit pun tidak akan beranjak. Itulah yang dikatakan sudah sampai ajalnya….. Innalillah….semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 beriman.
al fatihah danial..
lagi berita kemalangan maut selang seminggu selepas kehilangan arwah opis mate ..kini dengar lagi berita sedih.
Al fatihah buat arwah bob (danial)..semoga arwah Bob tenang dan sentiasa dicucuri rahmat ilahi…
sebenarnya punca kemalangan ni berlaku mungkin mengantuk,penat atau fikiran kita memikirkan banyak masalah….saya pernah mgalami keadaan mcm ni bila saya sedang berada dikiri bahu jalan mata saya memandang jalan tu mmg tak ada kenderaan pun tetapi tiba2 depan saya ada kereta tayar pancit.waktu tu fikiran saya memikirkan hutang2 yg belum dijelaskan lagi….badan kat motor tapi fikiran melayang jauh…..
Sedih rasanya bila ternampak mayat beliau semalam semasa melalui lebuhraya ini pulang dari ofis semalam…Takziah pada keluarga arwah
Khususan ila ruhil almarhum Mohd Danial Arif Mohd Razudin….Al-Fatihah..
Terima kasih bagi pihak waris . Alfatihah
Qa lu innalillah.. muda lagi tuh.. ajal n ketentuan xde siape yg mampu menghalang.. muge dicucuri rahmat insyaallah
Innalillah… saya pernah mengalami kemalangan di lorong kecemasan kira-kira 2 thn yg lalu. ketika itu kereta mengalami kerosakan dan saya berhenti di lorong kecemasan (dengan memasang double signal). sementara menunggu bantuan, tiba-tiba sebuah motosikal terus merempuh belakang kereta. Namun kes masih berjalan kerana penunggang cuba menuntut ganti rugi dari saya sdgkan secara terangangan beliau yg cuai kerana menunggang di LORONG KECEMASAN tanpa memberi TUMPUAN.
kepada penunggang berhati-hati lah.. igt lorong kecemasan bkn lorong motosikal.sekiranya masih ingin menggunakan lorong kecemasan, beri lah sepenuh tumpuan anda.
p/s : lokasi kemalangan saya juga hampir sama dengan lokasi ini..
innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat
sedikit kealpaan membawa maut
Al fatihah buat arwah…..
kemalangan sebegini selalu berlaku dilaluan lurus, mungkin betul jugak org tua saya kata dulu, laluan lurus ni buat kita selesa, kurang tumpuan n khayal.
takziah pd kluarga danial..mudahan rohnya dicucuri rhmt.. Al-Fatihah..
terlalu banyak kemalangan yang disebabkan kenderaan berhenti…kepad a para pencipta,engineer..student university..mana idea anda untuk mencipta alat yang boleh mengelakkan kejadian seperti ini terus berlaku…jom sama2 fikirkan untuk megelakkan kejadian sebegini dari terus berlaku..