Jalan Segambut
Kuala Lumpur
16 Mac 2012
2.30 pagi
Nama mangsa – Manoharan Vasupillai, 49 tahun, Taman Asa Jaya, Kajang.
Kira-kira 4 jam selepas kemalangan di bawah, satu lagi kemalangan maut di ibunegara, juga membabitkan penunggang motosikal.
Kali ini motosikal mangsa bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.
Siasatan awal, kereta dari arah Jalan Segambut Utara manakala motosikal dari arah Jalan Segambut.
Motosikal dipercayai mamasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Myvi terbabit.
Akibatnya, mangsa Manoharan Vasupillai, 49 tahun, tercampak ke arah cermin kereta sebelum terjatuh ke atas jalan.
Manoharan maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur


















Takziah pd keluarga mangsa.Kuatnya impact smpai fork bengkok ke belakang.Kemalangan berhampiran petak kuning,hurmm…