Jalan Genting Kelang
susur Jalan Tumbuhan
Kuala Lumpur
7 Januari 2013
7.30 pagi
Nama mangsa : Awalludin Juhur, 48 tahun, Kg Setia Jaya, Setapak, K Lumpur
Sekali lagi, impak kemalangan akibat rempuhan kenderaan ke atas motosikal, meragut nyawa penunggang.
Dalam kejadian ini, mangsa tercampak manakala motosikalnya pula terseret dan terperosok di bawah sebuah Toyota Harrier.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi apabila motosikal ditunggang mangsa dipercayai baru sahaja memasuki susur ke arah Jalan Tumbuhan.
Di masa sama, Toyota Harrier terbabit melintasi persimpangan ini dari arah Jalan 1/27A, Wangsa Maju.
Motosikal terus dirempuh menyebabkan mangsa , Awalludin Juhur, 46 tahun, tercampak dan maut di tempat kejadian.
Motosikal mangsa turut terseret sejauh lebih 10 meter.
Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan ini.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


















Ada saja report aksiden kat KL….
Ngeri betul.
Something is wrong with Malaysian drivers mentality, kot..
kat kwsn ni mmg knderaan slalu laju..kadang2 lampu da kuning pn dk pecut lg…ms planggaran tu,sy leh dgr bnyi dntuman kuat dr rumah sy.
adoi..parah betul eksiden ni..takziah buat ahli keluarga mangsa..
takziah kpd kluarga mangsa..jalan street pasal ramai yg kejar lmpu merah dan hati2 dgn kereta yg buat pusingan U sbb trlindung oleh tiang LRT. sy jg pernah nyaris terbabit kemalangn di jln ini apabila sbuah kereta tiba2 membuat pusingan U di kwsan yg tdak dibenarkan. mmg xkan perasan pasal terlindung dgn tiang LRT.