Lebuhraya KL-Seremban
Desa Petaling
Sg Besi, Kuala Lumpur
6 Jun 2012
12 tengahari
Nama mangsa: Muhammad Safwat Nordin, 22 tahun, Jalan Cochrane, K Lumpur
Kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal semakin banyak dan nampaknya seperti tidak akan berkurangan.
Samada atas kecuaian, kelalaian, berlumba, menunjuk-nunjuk, atau akibat kesilapan atau kecuaian pihak lain, impaknya besar kepada mangsa.
Dalam kebanyakan kes, mangsa menemui ajal.
Dan dalam kejadian ini, sekali lagi berlaku di lorong kecemasan.
Sebuah lori sebelumnya mengalami kerosakan dan diletakkan di lorong kecemasan laluan arah pusat bandaraya ini.
Tiada kon atau tanda amaran diletakkan di belakang lori.
Sebuah motosikal terus merempuh belakang lori terbabit menyebabkan penunggangnya parah.
Mangsa, Muhammad Safwat Nordin,dari Jalan Cochrane, maut di tempat kejadian.
Lorong kecemasan adalah bukan laluan motosikal, tetapi kerana jalanraya di Malaysia tidak mesra kepada penunggang, maka mereka tiada pilihan.
Selain dari sikap pengguna itu sendiri, sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak untuk mengelakkan lebih banyak nyawa hilang…

















Minta2 la sy dpt fokus bila tunggang. Kadang2 sedang tunggang especially kat highway fikiran melayang tmpt lain tmbh lg penat br pas abis keje. Sedar2 je dpn ada kenderaan berenti kat lorong kecemasan. Psl tu sy slalu bawa slow. In case terlanggar impaknya x besar..
AL fatihah untuk mangsa motor..
Untuk kes ini sangat2lah diberi hukuman setimpal
pd empunya lori agar lebih memikirkan nyawa org lain..
Tidakkah ada pokok2 disebelah atas dan dipatahkan untuk
dibuat tanda jika tiada kon.. Panjangkan akalnya wak lori oiii
Assalamualaikum,
dariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. alfatihah.
Banyaknya kemalangan melibatkan penungggang motosikal akhir2 ni…
Setuju dengan pendapat jalan di Malaysia ni xmesra pengguna.
Tengok je la laluan motor di federal highway. menyedihkan n boleh membahayakan pengguna.
laluan kesas pulak kurang lampu dan selalu dibayangi samseng samun.
sekadar pandangan dari pengalaman
al fatihah utk mangsa,
kejadian ini berlaku semasa saya pergi kerja,
mangsa menunggang moto dgn laju dan menyelit antara kereta..
saya jugak terkejut semasa mangsa memotong saya dgn laju..
malang tidak berbau