Reality in Real Life

Penunggang Maut – Prado Terbabas Bertembung Kawasaki Z800

IMG_5299
Lebuhraya Mahameru
arah KL/susur Parlimen
Kuala Lumpur
26 Julai 2014
8.30 malam
 

Nama : Kamal Iswa Ismail, 30, Jln Bkt Baka, Machang, Kelantan

IMG_5302

Berada di laluan yang betul, tetapi di masa yang salah – dan semuanya telah ketentuan takdir Illahi – menemui ajal dalam situasi yang benar-benar boleh diibaratkan sebagai teraniaya akibat kecuaian pihak lain.

Kemalangan ini membabitkan 3 kenderaan – sebuah Mitsubishi Lancer, sebuah pacuan 4 roda Toyota Prado dan sebuah superbike – Kawasaki Z800.

IMG_5304

Perlukah saya meletakkan perkataan ‘laju’ dalam kes ini – kerana anda pembaca sendiri boleh menilainya dan berlaku di saat hanya sehari lagi menjelang Syawal.

IMG_5308

Siasatan awal mendapati, pada mulanya kemalangan berlaku di laluan sebelah, Lebuhraya Mahameru arah Bangsar – membabitkan Mitsubishi Lancer dan sebuah Toyota Prado.

IMG_5310

Pergeseran kedua-dua kenderaan menyebabkan Prado hilang kawalan dan terbabas ke arah pembahagi tengah sebelum ‘terbang’ dan memasuki laluan bertentangan.

PicsArt_1406382274779

Malang bagi penunggang Kawasaki Z800 ini, Kamal Iswa Ismail, 30, yang kebetulan sedang menunggang arah pusat bandaraya – motosikalnya bertembung dengan Prado yang memasuki laluannya.

IMG_5298

Pertembungan menyebabkan mangsa tercampak, motosikalnya pula terbakar manakala Prado terbalik.

PicsArt_1406384411297

Sudah ketentuanNya, Kamal Iswa menemui ajal dalam kemalangan ini setelah mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.

Akibat kemalangan ini juga, polis terpaksa menutup sepenuhnya laluan arah Kuala Lumpur dan kenderaan dilencongkan ke Jalan Parlimen untuk ke pusat bandar.

IMG_5300

Kedua-dua pemandu Lancer dan Prado dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

Dalam kes-kes sebegini, nyawa mereka yang langsung tiada kena-mengena dengan kemalangan awal, adalah sesuatu yang amat tragis dan diibaratkan sebagai penganiayaan kerana sikap pemandu lain.

IMG_5301

Sukar untuk ditafsirkan akan sikap pemandu di Malaysia…

Nota – difahamkan , arwah Kamal Iswa adalah bekas anggota Unit Tindakan Khas UTK PDRM (akan dikemaskini)

 

 

3 Comments

  1. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    31/07/2014    

    Innalillahiwainnailaihirajiun,tepat janji-Nya,maka tidak cepat atau lewat barang sesaat.Takziah buat keluarga mangsa.
    Semalam di PLUS ketika dlm perjalanan pulang kembali ke KL,dua kali berhadapan dgn situasi ‘near miss’,pertama berhampiran RnR Sg. Perak,kedua di laluan sakaratul maut,berhampiran Slim River.Kedua2 situasi berpunca dari cuai,memandu dgn melulu,gagal memanfaatkan cermin sisi.Kadang2 terdetik dalam hati,kalau kemalangan berlaku hanya melibatkan nyawa mereka,itu rasanya tak mengapa,tp bila sudah melibatkan nyawa org tak bersalah,timbul rasa ralat.

  2. mbh's Gravatar mbh
    27/07/2014    

    ye arwah bekas unit tindakan khas PDRM. arwah juga pernah menjadi bodyguard sultan kelantan.
    al fatihah …….

  3. 27/07/2014    

    Takziah.. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Dahlah dkt2 nak raya.. Subhanallah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting