KM 22.8, Jalan KL-Ipoh
Rawang arah Selayang
Templer Park,
Gombak, Selangor
19 Januari,2013
3.45 pagi
Nama mangsa : Muhammad Shahzani Abdul Mutalib, 22 tahun, Bandar Baru Selayang.
Nota : Bapa kepada Allahyarham Muhammad Shahzani, Abdul Mutalib Katab, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 15 Mei 2010.
Sila rujuk berita ini :
Land Rover Tentera Terbalik – 1 Maut 5 Parah
Update Land Rover Tentera Terbalik – Pemandu Meninggal Dunia
Banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian pihak lain, sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan lebih memburukkan keadaan apabila pihak yang menyebabkan kemalangan, terus meninggalkan tempat kejadian @ langgar lari.
Dalam kejadian ini, Muhammad Shahzani Abdul Mutalib, 22 tahun, seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang, menunggang motosikal berseorangan dari arah Rawang menuju pulang ke rumahnya di Selayang.
Setibanya di tempat kejadian, dipercayai sebuah lori di hadapannya tiba-tiba membuat pusingan U ke arah Rawang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak.
Akibatnya, Muhammad Shahzani, seorang anggota Askar Wataniah, terperosok ke arah lori dan difahamkan, mangsa turut dilanggar sebuah lagi kenderaan dan maut di tempat kejadian.
Bagaimanapun kedua-dua kenderaan terus meninggalkan tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis memohon saksi kejadian, tampil bagi membantu siasatan dan mengesan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini.
Pic: China Press/rakan

















Al Fatihah, kesian arwah, jika 2 kenderaan tersebut tidak dapat dikesan bermakna arwah mati tanpa ada apa2 tuntutan insuran pihak ketiga 2 kenderaan tersebut, pada kes ini dimana letaknya kamera/cctv yg sepatutnya dipasang utk merakam kejadian yg berlaku kenal pasti dan guna rakaman dlm mahkamah utk sabit kes, yg mana lebih berbaloi cctv kos tak semahal aes dan boleh dipasang banyak unit dgn kos 1 unit aes atau aes yg mahal tu yg hanya tahu snap gambar dan keluarkan saman…
Disinilah AES diperlukan untuk mengesan mereka-mereka yg tidak bertanggung jawab @ langgar lari selain hanya untuk mengesan speed trap.
kalau area templer park menuju ke selayang, kawasan situ sangat gelap takde lampu langsung. nak tunggu banyak eksiden baru nak pasang lampu ke?