Reality in Real Life

Penunggang Maut , Superbike Putus Dua

KM 10
Jalan Bt caves- Hulu Yam
Hulu Selangor
3 Okt 2010
10 pagi

(jika tak silap saya, motosikal ini adalah Honda CBR 1000)

Nota:

Menurut carian di internet, Justin Tan Seng Kooi merupakan CEO EXTOL MSC BERHAD sebuah syarikat IT ternama di negara ini.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut Ketua Trafik Selangor, Supt Che Husin Omar, mangsa sebelumnya berkonvoi bersama kira-kira 8 lagi rakannya menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Destinasi mereka, menuju ke pusat peranginan Genting.

Setibanya di tempat kejadian yang juga merupakan satu selekoh tajam, motosikal ini dipercayai hilang kawalan.

Akibatnya, motosikal ini tersasar ke laluan bertentangan dan terbalik serta mangsa tercampak ke atas jalan.

Sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki dinaiki bersama keluarganya, dari arah Hulu Yam, gagal mengelak motosikal yang merintang laluannya, ketika melalui selekoh ini.

Akibat rempuhan kuat, motosikal ini terputus dua, bahagian enjinnya pula tercampak kira-kira 10 meter dan terhumban ke dalam gaung.

Mangsa, Justin Tan Seng Kooi, 38 tahun, dari Petaling Jaya, maut di tempat kejadian.

Justin mengalami kecederaan parah di kepala.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu bahru untuk bedah siasat.

70 Comments

  1. pity's Gravatar pity
    31/10/2013    

    dia CEO Extol MSC / Extol Corporation
    Bagus masa dia ni manage dulu, lepas tu hancur tanpa hala tuju

  2. 16/11/2010    

    smua kendraan pun bleh membawa maut. buat cbr600 kentataan anda adalah salah. kalau anda bikers yg sejati tentu anda dapat menilai kembali kata2 anda. buat bikers yg lain hati2 menunggang. ambil selekoh dgn pengetahuan dan pengalaman bukan keegoan….

  3. cops riderz's Gravatar cops riderz
    27/10/2010    

    yez…takziah pada mangsa,be carefull for all riders

  4. 18/10/2010    

    rest i peace bro

  5. raymond's Gravatar raymond
    18/10/2010    

    harap biker yg lain berhati2 di jln raya.

  6. cik kerangga's Gravatar cik kerangga
    13/10/2010    

    ko ingat bunga tayar superbike ni cam bunga tayar lori kontena ke beb.hahaha.ape2 hal blaja dlu mengenali superbike ye.

  7. Waliband's Gravatar Waliband
    12/10/2010    

    Wak…kalau tak tahu fakta, jangan bercakap.He was a F-18 pilot!

  8. Waliband's Gravatar Waliband
    12/10/2010    

    Salam Wak Kertu..
    Tulisan Wak ni memang menggambarkan Wak tidak mengetahui waima setitik pun tentang superbike. Anda yang telah memalukan diri anda sendiri.My sympathy to you.
    Learn further Wak…

  9. ramieyzafika's Gravatar ramieyzafika
    09/10/2010    

    takziah buat keluarga Mr. Justin.
    Kemalangan dalam konvoi sesuatu yang biasa bagi para bikers. Cuma impak yang kuat atau biasa2 je. Pada saya, semua orang kena berhati-hati, namun kuasa alam siapa yang tahu. Pengalaman mengikuti konvoi banyak beri pengajaran. Dalam berwaspada pun, kengkadang faktor-faktor pengguna jalan raya lain yang dangkal fikiran pun menyusahkan jugak. Apa2 pun berhati-hati dijalan raya.

  10. Wak Kartopo's Gravatar Wak Kartopo
    08/10/2010    

    Yang penting sekali, motor / kereta on-the-road buatan Jepun memang tak tahan langsung..walau apa saja jenama bautan. Cuba kita lihat Grand-Prix – superbike buatan Jepun tak ada yang hancur bila jatuh / eksiden….Dari situ dah nampak bukti jelas…..
    Kalo suoerbike / kereta buatan barat ; spt. Ducati, Harley Davidson, Mercedes, Rolls-Royce, Ferrari dan Porsche semuanya tahan lasak…..
    Tu yang pelik kalau kereta mewah Jepun dijual harga sampai setengah juta RM hingga cecah RM1 juta….Tak ada faedahnya..tak ada class gitu

  11. Don's Gravatar Don
    08/10/2010    

    I was honored to be one of his employee, Mr. Justin was truly an inspirational great leader. Whenever i see him in the office, he always carry a great smile on his face ^_^. Right now at the middle of the night, typing in front of the computer, shocked and saddened by this sudden news… it’s indescribable in words.

    Don Wong, former Security Researcher from EXTOL MSC BERHAD herein expressing my deepest condolences to his family. My prayers and thoughts are with him…

  12. 07/10/2010    

    “terlali sekejab” berlaku kepada sesiapa sahaja. Sesaat pun lalai, kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

    Saya pernah lalai “sesaat”, tetiba di hadapan selekoh 90 darjah. cuma, saya bernasib baik sebab tak ada kenderaan lain ketika itu. Walaupun sempat brek dan putar stereng, kereta tersebut berpusing 180 darjah dan berhenti betul2 di tengah jalan raya. Bayangkan kalau masa itu ada kenderaan lain…

    itu hanya kes lalai SESAAT, belum campur faktor lain

  13. 07/10/2010    

    Salam,
    Sebagai orang terdekat dengan keluarga, bantulah mereka. saat2 beginilah mereka perlukan sokongan…bukannya disalahkan, dikritik, dikeji dan macam2 istilah negatif yang lain.

  14. 07/10/2010    

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Biasanya geng motor besar macam ni tinggi tahap kesedaran terhadap keselamatan jalan raya, bukannya macam kaki rempit. Kemalangan pula berlaku bukan sebab bawa laju sahaja, banyak faktor lain lagi termasuk faktor jalan raya itu sendiri.

    Kita tak tahu kenapa mendiang gagal kawal; mungkin jalan licin, mungkin bike tetiba bermasalah dan sebagainya.

    Apa2 pun, takziah kepada mendiang, keluarga dan rakan-rakan.

  15. 525i's Gravatar 525i
    07/10/2010    

    terima kasih kerana menerangkan keadaan yang sebenar… jadi satu pengajaran buat kita semua, janganlah membuat tuduhan melulu… kesian lah dengan mangsa… ajal maut di tangan tuhan, kalau berenti pun bleh maut. bukan hanya kelajuan yang membunuh..

  16. acikpapa's Gravatar acikpapa
    07/10/2010    

    kesimpulanya..ajal maut di tangan tuhan..tapi sebab musababnya perlulah kita berusaha untuk menyelamatkan diri dengan kadar termampu. Saya pernah mengalami kemalangan motosikal pada hari raya puasa (raya ke 3) semasa dalam perjalanan beraya ke rumah kawan di Bukit Mertajam..nasib baik tak parah…

  17. P32's Gravatar P32
    07/10/2010    

    hmm.. saya agak kurang setuju la sahabat.. kalau kena sondol pon, kalau kelajuan si penyondol tu perlahan, ianya mungkin akan mendatang kan kecederaan kecil.. it is physic bro.. sema yg bergerak pasti ada kelajuan.. cume dalam kes ini kita x tau situasi yg sebenar masa xcident berlaku, mungkin mangsa tergelincir atau kereta hilang kawalan.. but the main point is both of them have the acceleration.. takziah pada keluarga dan rakan yg mengenali mangsa.. RIP

  18. casper's Gravatar casper
    07/10/2010    

    yup…still remember 1 of my friend died in 1 of accidents at LPT….
    adik die semua sabar jek….
    yg lain lak teremo…although the accidents wasnt his fault at all….

    kpd semua igt je la….
    kemalangan,sakit,terkehel or wat so ever hanyalah suatu cerita yg menjadi penyebab kematian yg telah ditentukn kepada kite….
    kalu dh ajal, bwk slow pon leh accident n mati….
    Allah maha kuasa….

    2 sam, mayb anda sakit hati dgn komen yg ader dlm ni…tp mesti ader sbb admin sediakn ruang komen nih…kalu x dh lame die delete….

    ap2 pon…sy sokong ondscene….dgn paparan kemalangan ni blh memberi iktibar kpd para pelawat laman sesawang nih….

    hidup hanya sementara…
    renung2kn….selamat beramal….peace….

  19. sham's Gravatar sham
    06/10/2010    

    Alhamdullilah…Abg ipar dan keluarga yer selamat…cuma mereka masih trauma selepas kejadian tu..

  20. husin's Gravatar husin
    06/10/2010    

    thanks pan for understanding. people just rationalised the tragedy according to their limitation. dont get mad over comments. its happened everywhere, anywehere always! just be a matured man.

  21. pan's Gravatar pan
    06/10/2010    

    Rakan2 bikers sekelian, saya harap anda semua bersabar dan berhemah dlm berhujah..jgn cemarkan imej bikers dgn hujah2 emosi.
    Saya faham perasaan anda semua..kehilangan rakan depan mata, lepas tu kena kutuk dlm forum..
    Tak perlulah anda semua marah bila dituduh anda bawa laju walau pun anda sebenarnya bawa pelan jer.
    Harus diingat, pelan bagi bikers adalah beza dgn pelan bagi pandangan bukan big bikers.

  22. husin's Gravatar husin
    06/10/2010    

    sam, u pun tk boleh baca saja. mcm mana nk suruh org lain baca saja jgn komen?

  23. anep's Gravatar anep
    06/10/2010    

    Pergh putus dua terus moto.. mungkin chasis n tayar depan xelok.. lihat pada gambar nampak tayar depan kurang bunga dari tayar belakang… sam & dgd.. layan layan jugak bro.. kurang2 bila baca kisah ni bleh gak sama2 pikir punca kemalangan tu.. so dari situ msing2 akan beringat..

  24. anon's Gravatar anon
    06/10/2010    

    kau pun terlepas komen jugak :)

    nak suruh ondscene tutup ruangan komen ek?

    komen2 disini membantu melihat kemalangan dari pelbagai sudut. Takde org yg cakap buruk psl mangsa, mereka hanya membincangkan situasi kemalangan, apa yg kita boleh terlepas pandang yg boleh mengakibatkan/mengelakkan kemalangan.

  25. 525i's Gravatar 525i
    06/10/2010    

    boleh bro… kalau tengah berenti kat traffic light, tiba2 kena sondol dari belakang, kalau leher tak support betul2, bleh patah leher.. kemungkinan untuk mati pun ada… jangan ingat semua kemalangan maut disebabkan oleh kelajuan..

  26. Ahal's Gravatar Ahal
    06/10/2010    

    Kalau begitulah cerita saksi kejadian, rasanya mmg jln licin atas sebab basah hujan atau berminyak atas pengalaman aku kalau ‘wobbled’ begitu. Mungkin dia pula menekan brek agak mengejut ketika itu.

    Takziah sekali lagi kpd keluarga mendiang.

  27. woong lie's Gravatar woong lie
    06/10/2010    

    amirzzz: hujah yang dangkal….

  28. dgd's Gravatar dgd
    05/10/2010    

    tak update lagi isk isk…gua sokong lu sam..banyak bunyik la..layan je la berita tu..kena tang batang hidung sendiri baru ada akai..kurang2 respek la dgn si mati

  29. sam's Gravatar sam
    05/10/2010    

    korang ni baca je tak leh ke..banyak betul komen..masing2 nak tunjuk pandai..konon idealis sgt la tu..layan je lah ond bagi paparan siap gambar..jap lagi mula la kluar benda2 ta

  30. ezra's Gravatar ezra
    05/10/2010    

    dah tertulis olehNYA..ajal penunggang superbike tu sampai pada pg hari itu.. nak elak mcm mana pun xleh.. hanya ALLAH swt sja boleh mengubahkan setiap apa yg berlaku dgn izinNYA… sbg manusia yg beragama islam.. apa yg perlu dilakukan berhati2 baca doa sebelum membawa kenderaan ..insyallah mudah2 setiap perjalanan itu dilindungiNYA… peace

  31. ryugan's Gravatar ryugan
    05/10/2010    

    maybe overshoot tapi tak laju. kalo laju, debris motor/kereta mesti lebih 50m tcampak, plus rider tu sendiri.walaupun rider tu bawak 60-70, kete tu bawak 60-70 gak, impact dia dh jadik mcm accident 120-140kmh dh,

    RIP man.

  32. ahmad's Gravatar ahmad
    05/10/2010    

    Bayi merangkak pun ada kelajuan

  33. eddihonda's Gravatar eddihonda
    05/10/2010    

    Satu maklumat yang bagus……ada 4 tahun pengalaman naik motor besar dengan pengalaman perit ngeri, banyak perlu tahu.

  34. azzer's Gravatar azzer
    05/10/2010    

    setiap minggu riders superbike akan lalu di depan rumah saya.Laju giler sebab kalau laju kan sedap bunyinya. Ramai yang akan tengok dan puji betapa cantiknya moto korang. Tapi kena la beringat,kawasan yang dilalui itu kawasan kampung, ada ramai kanak2 dan orang2 tua yang berada di atas jalan. Kena la bertimbangrasa sikit. Dah beberapa kali superbike langgar pengguna lain di sini.

  35. Spike's Gravatar Spike
    05/10/2010    

    bolehkah ada hentakan jika tiada kelajuan?

  36. casper's Gravatar casper
    05/10/2010    

    ak br dpt cerita dr 1st man on scene yg melihat kejadian 2…
    “kalo nak ikutkan dia x laju dlm 60 -70kmj aja td….pasal ikut speed keta aku masa tu. masa aku bawak keta kat kona few minute sblm berlaku aku bagi dia laluan, n dia still maintain depan aku sampailah habis konar tu pasal ada lori…tetiba bila dia ketengah sikit mungkin nak jengok laluan depan lori tu, aku nampak moto dia wobble…n terus bedebom, nasib baik aku dapat elak dia…

    ….aku terus berhenti dan check condition n nadi dia…dlm pandangan aku memang dia already passed…then aku terus call polis….

    kalau x laju pun, dah ketentuan….kemalangan hanya jadi penyebab…..so x payah le nak komen yang bukan2……orang tengah tidur pun boleh x bangun2 terus”

  37. casper's Gravatar casper
    05/10/2010    

    pd ak suit mmg la x menjamin keselamatan kalu berlaku perlanggaran ni….tp kalu jatuh bese ia sgt2 la membantu….
    so jgn la memperlekehkan suit 2….ckp mahal beribu2 tp mati gak….
    apsal x citer keta lambo pakai space chasis pon leh hancor gak???? keta pakai seat belt pon leh mati gak kan???? ader air bag blh mati gak kn???

    renung2 kn la….

    cume yg ak leh kate dlm kejadian ni, mgkn mendiang terlalai sekejap menyebabkn die terovershoot kt corner 2….

  38. 525i's Gravatar 525i
    05/10/2010    

    sokong ko bro… macam la diaorang nampak yang mamat tu bawak laju…
    moto besar = mesti bawak laju.
    kete sport = mesti bawak laju.
    lori terbabas = mesti bawak laju.

    komen yang dah biasa didengar. aku rasa dalam tiap2 topik accident kat ondscene ni, mesti ada yang komen bawak laju…pemikiran macam ni takkan membawa anda ke mana2.cubalah fikir kemungkinan2 lain…baru la otak tu berjalan sikit. jangan asyik pikir logik je..

  39. Wak Kertu's Gravatar Wak Kertu
    05/10/2010    

    Ada dulu – tahun 2007 kat Gerik, juruterbang helikopter TUDM tu, masa bawa helikopter Nuri tak pernah rosak – terhempas, tapi masa tonggang superbike, dia eksiden dengan kereta kancil je – terus mati atas jalan jalanraya Timur – Barat. Dah ajal, tak dapat ditentukan kita….

  40. Riderpencen's Gravatar Riderpencen
    05/10/2010    

    Sebagai bekas superbiker, secanggih mana moto kita dan suit yang dipakai, tumpuan dan kawalan nafsu penting ketika berada dijalanraya. Kelajuan ikut kemampuan dan kecekapan sendiri bukan ikut cc moto tu. Berhemah macam mana sekali pun, bini aku tak pernah dan digalak ikut. Selekoh tu memang favourite rider untuk mengasah. Cuma Justin tak bernasib baik.

  41. 05/10/2010    

    Pada pagi tersebut,saya terserempak ngan bikers2 tersebut di
    Petonas Ulu Yam sebelum kami bertolak menuju ke Genting.Tak
    percaya bila seorang dari bikers tersebut maut pada hari tersebut.

  42. 05/10/2010    

    Takziah kepada keluarga Justin!

  43. amirzzz's Gravatar amirzzz
    05/10/2010    

    dah sampai ajal.. kalo bawak traler pun boleh mati. jangan sebab sorang rider meninggal sumer superbike disalah kan bawak laju. kelajuan tidak membunuh.. yang membunuh adalah hentakan. takziah pada keluarga. jangan ingat bawak kete boleh selamat kalo terbabas cam tu..

  44. Supra Lam's Gravatar Supra Lam
    05/10/2010    

    My deepest condolence.
    Sorry to hear the Lost of a great guy.
    May he Rest in Peace.

  45. alin's Gravatar alin
    04/10/2010    

    A deepest condolence for justin’s family.
    death is a fact of life..,we can pray for the ending..n God knew better than us.
    This incident thought us in many ways n from different perspective. Alhamdulillah, we’re still alive n have an opportunity to think wisely and act wisdomly.

  46. pan's Gravatar pan
    04/10/2010    

    ramai bikers menjenguk laman ondscene hari ni..

  47. Daniel Liew's Gravatar Daniel Liew
    04/10/2010    

    Justin was a very good man…he was loved by his Staff and he never said anything bad about anyone. He was ALWAYS smiling and caring. He is full of laughter and friendship. He was a friend of mine. He will be missed by many people. May God take care of him in heaven…He was a visionary!

  48. zulpjj's Gravatar zulpjj
    04/10/2010    

    pendapat kengkawan superbikers saya : – naik superbike ni kita duduk dgn kedudukan bongkok n menekan hendal…so kena la press minyak laju2..kalu tak sendi pergelangan tangan akan sakit…hmmm..dah ajal dia begitu :-(

  49. ejal's Gravatar ejal
    04/10/2010    

    cakap pakai otak jgn ikut hati. accident = kemalangan yg x desngajakan. phm kan.. jd jgn la pandai2 nak kutuk dah la xcdent pastu menyusahkan org lain. kita manusia dari kcik sampai mati mmg menyusahkan org lain. lain la kalau korang yg kutuk tu mati nanti korek kubur sendiri.

    deepest condolences to family justin

  50. Iqbal qebalt's Gravatar Iqbal qebalt
    04/10/2010    

    Salam semua.

    Kita tidak perlu membuat apa2 assumption di sini. Saya juga selalu mengikuti konvoi2 begini hampir setiap pagi Ahad. Dan kebanyakkan kami hanya untuk menikmati cuaca & berjumpa rakan2. Sejak 2004 saya melakukan aktiviti begini. 2 kali saya exsiden pun sebab keadaan jalan (orang taruk minyak atas jalan) dan kedua2nya ketika saya hendak pergi membeli barang komputer dan mencari kerja. Dah bukan rezeki beliau. Cuma kita perlu amik iktibar yang kita perlu berhati2 atas jalan raya.

    My deepest condolences to his family….

    Regards,
    IQB

  51. Gambatte's Gravatar Gambatte
    04/10/2010    

    Saya setuju sangat2..5 bintang! Dengar je moto eksiden terus buat kesimpulan rider salah itu ini konon macam nampak dengan mata kepala sendiri..kemudian di jaja merata rata..baik sangat la perangai macam tu. Bayangkan la musibah ni terjadi kat family korang..

  52. Botak's Gravatar Botak
    04/10/2010    

    SMJ &LAEDI, trima kasih atas komen anda. Saya adalah rakan Justin dan ada bersamanya sewaktu kemalangan berlaku. Perpatah berbunyi “MALANG TAK BERBAU”…

  53. LAEDI's Gravatar LAEDI
    04/10/2010    

    Kadang2 Berdiam diri adalah lebik afdal daripada berkata sesuatu yang kita tidak pasti tentangnya… Korang yang dok cakap dia laju la, korner baring la dll tu korang ada kat tempat kejadian ker? Asal eksiden jer mesti sebab laju. Ntah aper punya mentaliti tah… Lain kali nak menulis/Berkata2 tu guna kepala otak bukan guna kepala lutut…

  54. 525i's Gravatar 525i
    04/10/2010    

    tak abis2 komen bawak laju…. accident je, mesti bawak laju…

  55. james's Gravatar james
    04/10/2010    

    dah biasa tgk kemalangan ini macam…..

  56. Wak Kertu's Gravatar Wak Kertu
    04/10/2010    

    Motor superbike Honda CBR1000…hmmm…Kalau bawak mesti la laju ni…
    Tak best bawak slow-slow takut jatuh, sebab berat. Kena bawak laju melebihi 100km/j supaya mudah diimbang oleh badan, apa lagi kalo badan berat melebihi 60kg. Berat motor tu pun hampir2 300kg !…

  57. SMJ's Gravatar SMJ
    04/10/2010    

    yang dah pergi biarlah pergi. kita yang tinggal ni jadikan iktibar. tak perlu nak berteka teki sama ada motosikal ditungang dengan laju atau tidak. kita tak tahu dan tak berada di tempat kejadian waktu kemalangan tu berlaku, jadi tak perlu bercerita.
    yang penting, kita yang masih hidup ni bawa motor dengan berhati2. malang tak berbau….
    takziah buat keluarga mangsa.

  58. 04/10/2010    

    ajal maut hanyer TUHAN sahaja yang tau…..

  59. 04/10/2010    

    jln batu caves-hulu yam ni mmg tmpat biasa bgi mereka yang nak test power tak kire kereta @ motorsikal…..melalui pengalaman, jln ni sememangnya sgt cantik tpi boleh membawa padah klau tidak berhati2……satu lagi sikap pemandu motorsikal berkuasa tinggi(harap maaf bukan semua) ialah mereka akn ‘makan’ jln orang lain…..ini sgt bahaya…..so kpd rider2 tegar diluar sana, silalah ke sepang @ pasir gudang klau nk test power…konvoi dijln biasa bukan tmpatnya….konvoi ade ‘rules’…..jgn menyusahkan org lain…..takziah kpd mangsa….

  60. Ahal's Gravatar Ahal
    04/10/2010    

    Takziah kpd keluarga mendiang. Setuju, sekarang ‘musim’ hujan maka berhati2 lah ketika ‘Ride’ dan juga kpd semua pengguna jalanraya termasuk kereta dll.

  61. 04/10/2010    

    Lokasi ini selalu menjadi pilihan rider, pastikan anda seorang rider yang berhemah.

    Link Exchange

  62. husin's Gravatar husin
    04/10/2010    

    suit mahal menjamin badan anda tidak bercerai berai. senang polis angkat masuk jip.

  63. shazwan shukor's Gravatar shazwan shukor
    04/10/2010    

    takziah.. nampak macam helmet tu tak berapa nak safety sebab darah keluar tu, mesti hentakan di kepala…
    anyway, betullah macam semua cakap, helmet, fullface, benda tu bukan menjamin keselamatan seseorang penunggang.. ia hanya mengurangkan kesan saja.tp jika terlalu laju, semua tu tak membantu. yg membantu hanyalah cara tunggangan kita sendiri.takziah. moto tu mmg betul CBR1000RR.

  64. 03/10/2010    

    R.I.P Bro.. Ade Gak Member Guna Superbike, Tapi Selalu Guna Bawa Pergi Kerja Je.. Tak Laju Katanya… Semoga Menjadi Iktibar Kepada Pengguna Superbike Lain…

  65. heavencloud's Gravatar heavencloud
    03/10/2010    

    Bak kata sorang member aku, owner CBR600:
    “Bila pakai superbike ni, jatuh terus mati je”
    Takziah.

    P/s: dan sekarang, aku lak nak berjinak2 dengan superbike, huhu

  66. adinda's Gravatar adinda
    03/10/2010    

    erm..satu lagi kamalangan berlaku…pakai helmet pon tak selamat(tp sekurang2nya kepala tk hancur berkecai, otak terkeluar)…masih ade tanda dan jasad lagi….takziah untuk keluarga mendiang

  67. 03/10/2010    

    Laluan tenang , panorama hutan, tempat perkelahan dan Empangan Batu biasalah adalah laluan bersantai hujung minggu. Biasanya dijadikan “test-track” sebelum memasuki simpang ke Awana dan Genting.

    Takziah.

  68. ganahsokmo's Gravatar ganahsokmo
    03/10/2010    

    mase kejadian nih, saya n kawan2 ikut h.way karak…helmet n ful suit mahal tak menjamin keselamatan rider, yg penting setiap rider perlu berhati2 semasa menunggang…Rest In Peace buat rider tersebut…

  69. wan's Gravatar wan
    03/10/2010    

    paklong saya tolak basikal pun kena langgar…

  70. Pan's Gravatar Pan
    03/10/2010    

    kpd pembaca ruangan ini yg selalu bertanya : “selamatkah penunggang kalu pakai helmet fullface dan lain-lain riding gear yg mahal?” anda dah dpt jawapannya.
    RIP rider Justin dari jln Ipoh.
    Kpd rakan-rakan bikers di luar sana, hati-hati, sekarang musim hujan, jln licin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting