Penunggang Maut Tercampak

Jalan Bukit Jalil
arah Puchong
19 Jun 2010
8-30 malam
Kemalangan membabitkan penunggang motosikal memang sering berlaku.
Lebih malang lagi, nyawa mereka amat terdedah kepada kemalangan maut.
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 8-30 malam tadi, di Jalan Bukit Jalil arah Puchong.
Motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat.

Kereta terbabit dipercayai memasuki laluan paling kanan untuk membelok ke kanan persimpangan jalan di lampu isyarat itu.

Akibatnya, mangsa, Karunakaran P.N Nambiar, 46 tahun tercampak ke laluan bersebelahan.
Bagaimanapun, difahamkan mangsa cedera parah setelah dipercayai dilanggar pula oleh kenderaan lain.
Karunakaran maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2010.06.21 05:51, S7Nizam menulis:

    Assalamualaikum.. sy salah seorang pembaca blog ini dan ingin menyumbangkan header/banner untuk kegunaan saudara jika mendapati ianya sesuai.. harap maklum :)

    • Pada 2010.06.21 08:45, Ernawati Sulaiman menulis:

      salam…. kebetulan kami lalu di tempat kejadian lebih kurang jam 9.15pm.. masa tu mayat dah ditutup & nampak mr ondscene di situ. condolence buat keluarga mangsa..

      • Pada 2010.06.21 13:07, kayel menulis:

        salam…sy mmg selalu menggunakan simpang ni sebab sy tinggal di Bandar Bukit Jalil tu…mmg bahya traffic light ni sebab kebanyakan kereta laju, jalan pun turun bukit…apa yg sy buat…bg signal awal utk belok awal, jgn rs pressure ms ni sebab kebanyakan kereta akan tailgate closely anda….dan jugak sy slalu main lampu brek utk hint yg sy nak belok….kalau naik moto sy tak berani pakai traffic light ni pasal terlalu bahaya…

        • Pada 2010.06.22 06:14, Nisshal menulis:

          Hi everyone. The victim is my dad's brother. He has 4 kids below 7 years old. I hope witnesses can come forward so that we know what really happened. Thanks

          • Pada 2010.06.22 08:11, kazama menulis:

            salam … aku tinggal area kinrara depan tu …. jalan tpm -> bukit jalil -> puchong tu mmg bahaya .. keta suka bwk laju2… mcm kayel ckp … aku kalo bwk moto lalu jalan tu pon kena alert slalu sbb kdg2 keta suka tukar lane mengejut utk belok kanan dekat traffic light dekat petronas/shell tu

            • Pada 2010.06.23 02:27, Power menulis:

              patut tutup simpang tu dan buat simpang U turn lain di tempat yang selamat.. kerana trfik light tu betul2 di cerun bukit.. dan mmg kereta laju di situ…

              • Pada 2010.06.27 01:25, aReaL menulis:

                Banyak Kenderaan Yang Pandu Laju Di Jalan Ni… Mungkin Pasal Keaadaan Yang Curam Menyebabkan Kenderaan Laju…

                You must be logged in to post a comment.