Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Tanah

KM 38
Jalan Lingkaran Tengah 2
Desa Tun Razak Kuala Lumpur
6 Mei, 2010
11-30 pagi
Kemalangan ini berlaku begitu pantas.

Bagi pemandu lori, ini merupakan pengalamannya yang paling mengerikannya sejak 10 tahun lalu, apabila lori dipandunya menggilis perut mangsa.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 11-30 pagi tadi di KM 38 Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Ampan menuju Bkt Jalil berhampiran Desa Tun Razak.
Motosikal dinaiki mangsa sebelumnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta (dipercayai ebuah kereta Proton Saga) menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.
Mengekori dari belakang, sebuah lori tanah dipandu oleh Daymonds Mamertus ,35 tahun, dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak menuju Bukit Jalil.
Daymonds tidak sempat membrek kerana mangsa jatuh betul-betul di hadapan lorinya lalu menggilis perut mangsa serta mengheretnya lebih 10 meter.
Mangsa, Muhammad Qaiyyum, Jamal Abd Nasir, 24 tahun, dari Jalan 30/146, Taman Desa Tasik, Sg Besi  masih bernyawa beberapa saat selepas digilis.
Orangramai yang mengetahui mangsa adalah berugama Islam dan kebetulan ada yang  mengenalinya, sempat mengajarnya mengucap sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat.
Kemalangan ini turut menyebabkan MRR2 sesak hampir 10 kilometer di kedua-dua arah jalan.

Post Lain Yang Berkaitan

12 Comments

  • Pada 2010.05.06 10:58, Adziim menulis:

    Motor ngan lori la paling takut…takut kena gilis.

    • Pada 2010.05.06 15:34, aim-a menulis:

      al-fatihah….

      • Pada 2010.05.06 16:39, karl menulis:

        Innalillahi wainna ilahirajiun..Al-Fatihah..

        • Pada 2010.05.07 02:00, capone x menulis:

          Paling takut la dengan lori ni..tolong la pemandu lori..peka dan perihatin kepada penunggang motor…kepada mat-mat motor,jgn la dekat-dekat lori..bahaya…

          • Pada 2010.05.07 02:30, safrin suka senyum menulis:

            yang bawa motor pun kadang2 macam orang gila tak cukup tanah nak cepat sampai ke tanjung rambutan.. masakan pemandu lori nak perasan penunggang motor yang menggila.. sama2 la kita..

            • Pada 2010.05.07 03:23, kay_valdez menulis:

              Penunggang motor ni nampak kerdil je dimata pemandu kenderaan lain.selalunya pemandu kereta ni suka sangat bertukar-tukar lorong tanpa bagi signal.ada jugak kereta yang tak reti bawak lurus,elok-elok kat tengah,tetiba je rapat ke tepi.
              Motor ni kalau tergesel sikit pun senang sangat hilang kawalan..biasalaa tayar 2 je.

              • Pada 2010.05.07 12:29, Shuttler menulis:

                al-fatihah utk mgsa..
                pnanggang mtosikal.. anda kena brwaspada dgn lori ( lori pasir ke, lori 1 tan, lori kntena, atau plbgi jenis lori lain ) jgn benarkn lori ni follow kita dekat dan kita sbgi pnggang mtosikal pn jgn follow dorg dekat… klu x nk dekat dgn lori, benarkn lori ptong kita..

                • Pada 2010.05.07 15:36, pakcik menulis:

                  arwah ada bau2 bacang dengan saya..selamat dikebumikan lepas isya' semalam (6/5/10)..

                  • Pada 2010.05.08 06:13, kerol syahmi menulis:

                    alfatihah utk arwah yg juge spupu sy…
                    xdpt nk dtg mse dkbumikan…
                    mudah2an arwah ditmpatkn bersame2 org yg beriman….aminn

                    • Pada 2010.05.08 11:44, mr. hafis menulis:

                      al fatihah untuk arwah. rakan seperjuangan di sekolah teknik dulu(sekelas).

                      • Pada 2010.05.09 01:36, LifE iS a maZe & lOvE iS a RiddLe.... menulis:

                        ermm,saya pon sangkut jalan sesak masa hari tu…mmmg tak boleh gerak..jalan sesak dari tesco midah masa tu…al fatihah untuk arwah…

                        • Pada 2010.05.29 22:07, AeMieZ EzZanY menulis:

                          alfatihah..hati2 la korang yg selalu bawak moto ni..huhu.. kita laju pun kita la yg kena.. kita slow pun kita gak yg kena!

                          You must be logged in to post a comment.