Jalan Genting Klang
Setapak, Kuala Lumpur
24 Januari 2013
12.30 tengahmalam
Nama mangsa : Tang Hooi San, asal Seremban , N.Sembilan, Penuntut Kolej TAR Jurusan Akaunting. Penuntut Cemerlang SPM 10A 1B.
Apa yang berlaku ini boleh memberi iktibar kepada kita supaya dalam apa jua situasi, semua kena berhati-hati kerana malang itu leh datang dalam sekelip mata.
Dalam kejadian ini, Tang Hooi San, penuntut Kolej Tuanku Abdul Rahman, baru balik dari Kampar , Perak dan baru sahaja turun dari bas dan sedang melintas jalan untuk pulang ke apartmentnya.
Malang bagi penuntut perempuan ini apabila sebaik turun dari bas dan ketika melintas jalan, sebuah motosikal berkuasa tinggi, Honda CB400 ditunggang seorang lelaki bersama rakan wanitanya, terus merempuh mangsa.
Tang yang cedera parah, maut di tempat kejadia, manakala rakan wanita penunggang turut tercampak dan cedera.
Penunggang yang dipercayai panik dengan kemalangan ini, terus meninggalkan mangsa dan rakan wanitanya dengan memecut motosikalnya dari tempat kejadian.
Lelaki berusia 30 han itu bagaimanapun ditahan bagi membantu siasatan pagi ini ketika membuat laporan di Balai Trafik Jalan Bandar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Peringatan yang boleh kita dapat dari kejadian ini ialah, semua pihak kena berhati-hati, terutama kepada pemandu/penunggang yang mengekori bas yang berhenti supaya memperlahankan kelajuan.
Kepada penumpang, sebaik turun dari bas, pastikan bas telah bergerak melepasi hentian untuk kita melintas supaya kita tidak terhalang pandangan dengan kenderaan yang datang.


















Moto besar bwk awek mmgla laju..xpk org lain..
Yg berkonvoi pun sama..msk hiway bwk laju mcm byr tol je..xpasal kne bg diorg jalan bt jam je..ptt cri mamat2..ketuk kepala dia..bru rasa
amboi2,bru satu dua kes,abis sume dy nk balun..
agak2 la,ada la sbbnye knapa tol hanya utk knderaan lbih 2 tayar,mereka yang naik moto pn berhak guna jln,jlnraya wujud bkn krn tol tp hasil dr dana yg dtgnye dr kutipan cukai semua rkyat..bahkan yg bwk motor pn rmai byr lebih dr rm5k staun dr cukai pendapatan smata2,tak kira lg cukai tidak lngsg spt brg2 harian,etc..
jgn dihina org lain,kang bila kita jatuh miskin,family jatuh miskin,kter kne tarik/jual,nk beli kter lain xmampu,tpksa bwk moto or bonceng moto,masa tu bru la nk sdar umpat2 kita pd org lain..
rule of thumb ats jln,bg laluan utk yg kecil2 dulu,kklu tak tahu,mari sni bca..mengikut keutamaan:
pejalan kaki>basikal>moto kecil>moto bsar>kreta kcil>kreta bsr>van/suv>lori kcil>Lori 1tan>lori 3 tan/bas>treler..
utk waktu2 emergency,ambulans/bomba/kenderaan penguatkuasa spt polis/jpa etc..
utk kes ni,bdk yg bwk moto bsr tu myb muda lg,panik,kita doakn dia supaya berubah dan sedar,utk skrg kita biar undang2 yg sdia ada adili dia..kita bkn saksi mahupn sesiapa utk bg hukuman pd dia..selain dr minta doa dijauhkn musibah,msukkn dlm doa harian juga supaya kita tidak jd penyebab musibah kpd org lain..
terbaikkk bro…
alamak²…. muka familiar amoi ni mesti pernah naik teksi aku. ni mesti duk pelangi atau prima setapak. aiya naik teksi la 12mlm dah. jejantas pun ada tu.
banyak kesian laa
kawasan berpagar tu.. memang dibenarkan melintas jalan ke?
kesian, motor tu tentu laju.. kawasan tu memang berpagar tapi ramai je menyelit hmm
x perlu nk ckp mcm tu bro. jgn sebab sorang biker yg kurang ajar mcm tu ko nk condemn semua bikers. habis tu sama je mcm ada sorang driver yg kurang ajar, drive kete laju2, da langgar orang lepas tu lari, kire semua driver mcm tu? ko pun sama? tu yang ko cuba sampai kn?
actually sana ada jejantas.. banyak pelajar tak guna..
should place some officer there to saman those not using jejantas.. dah la jalan tu busy everytime
pejalan kaki ni kadang2 ingat, lampu jalan terang, dorg melintas jalan, kete boleh nampak dorg lah. sebenarnya tidakkkkkk!
mungkin maksud yg mimi yg cuba nk sampaikan tu lain maksudnya..
bg aku, tak semua bikers ni mcm tu…selalunya bikers yg baru nk up dan baru pegang superbike ni la yg jd cm tu..jakun agaknya takpernah naik superbike…org yg selalu nk ketuk tu plak slalunya tak mampu beli superbike dan dorang sebenarnya jeles…sekian..
Benda nak jadi… jgn nak disalah bikers bulat2.. biar polis siasat… tak semua bikers teruk n tak semua driver keter bagus.. agak-agaklah.. kita share jln yg sama… tak yahlah nak naikkan isu toll mengarut tu… Atas higway hujan kami basah.. keter rileks jer… give n take lah bro.. peace yaw..