Peragut Maut Setelah Terbabit Kemalangan

Jalan Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
4 Nov 2009
11-45 malam
Pada mulanya kes ini diklasifikasikan sebagai kemalangan biasa.
Bagaimanapun, akhirnya, terdapat unsur jenayah setelah siasatan lanjut dijalankan.
Saya mendapat maklumat kes ini ketika dalam perjalanan pulang setelah selesai kes di atas (kemalangan pelakon drama tu).
Bagaimanapun, entah macamana, saya tidak menemui lokasi kejadian kerana kejadian berlaku di satu lauan yang terpencil dan tidak terfikir oleh saya walaupun saya melalui di simpang jalan itu.
Sayapun dalam kepenatan, mengandaikan, maklumat mungkin palsu, atau kes telah selesai.
Setelah pulang ke pejabat saya jam 3.30 pagi, saya mendapat sekali lagi panggilan mengenai kes ini.
Saya keluar sekali lagi, dan benar, laluan itu saya terlupa nak masuk…!!!
Sungguh malang, saya berselisih dengan sebuah kembalik polis sedang menunda sebuah Perodua Myvi dari lorong itu.
Sah, kes dah selesai…
Untuk memuaskan hati, hati memandu terus dan ternampak beberapa anggota polis masih di tempat kejadian dan sebuah kereta peronda serta sebuah land-rover yang hendak meninggalkan lokasi membawa mayat.
Akhirnya, barulah diketahui, kes sebenarnya berlaku beberapa jam sebelum itu.
Kejadian ini bermula apabila sebuah Myvi dipandu seorang wanita terbabit kemalangan kecil dengan sebuah motosikal berhampiran sebuah stesyen minyak di Jalan Pahang dekat susur ke Jalan Titiwangsa.
Penunggang motosikal kemudian menghampiri pemandu wanita dan berlaku pertengkaran yang akhirnya lelaki itu meminta untuk meminjam telefon bimbit wanita terbabit.
Bagaimanapun, tiba-tiba dia merampas beg tangan wanita itu dan terus memecut menunggang motsikalnya.

Menyedari dia di samun, wanita itu cuba mengekori motosikal itu sehingga tiba ke jalan mati.
Mungkin dalam kelam-kabut melarikan diri, penunggang motosikal termasuk jalan mati sebelum terbabas dan lelaki tercampak ke arah tiang pagar kelab Golf Titiwangsa.
Ketika itu juga, kereta wanita ini juga terbabas dan melanggar pagar dan meluncur masuk ke arah padang golf.
Lelaki terbabit, maut di tempat kejadian.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2009.11.05 03:09, Patroler menulis:

    x psl² mangsa yg kena jel.. da niat mmg nk langgar peragut..

    • Pada 2009.11.05 13:48, Anonymous menulis:

      asyik2 berita n gambar menyusul..

      byk kali dh ckp camtu..last2 senyap apa pon tarak

      kalau xde gambar tu ckp jer lah xde..xyah2 menyusul2 buat org tunggu…

      • Pada 2009.11.06 02:20, Anonymous menulis:

        ni mamat negeri sembilan nie… mampos jd peragut,,,

        • Pada 2009.11.06 02:29, Anonymous menulis:

          Peragut temui ajal di jalan mati
          Oleh Ifwan Tun Tuah
          [email protected]
          KUALA LUMPUR: Seorang peragut maut apabila motosikalnya dirempuh kereta wanita yang disamun selepas terperangkap di jalan mati dalam cubaannya melarikan diri berhampiran Kelab Golf Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa di sini, malam kelmarin.

          Dalam kejadian jam 10.30 malam, lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan diseret sejauh kira-kira 20 meter sebelum tersangkut pada pagar padang golf di hujung Jalan Titiwangsa.

          Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata sebelum itu peragut terbabit menahan mangsa yang menaiki Myvi putih tidak jauh dari tempat kejadian kerana mendakwa motosikalnya dilanggar.

          Pada sidang akhbar di sini semalam, beliau berkata, wanita berusia 28 tahun itu yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran, kemudian berhenti di stesen minyak berhampiran untuk berbincang dengan lelaki terbabit.

          "Lelaki terbabit menuntut ganti rugi dan wanita itu hanya memberi RM40 kerana tidak mempunyai wang tunai. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi itu, lelaki terbabit meminta mangsa meminjamkannya telefon bimbit kononnya untuk menghubungi rakannya.

          "Bagaimanapun, wanita itu enggan meminjamkan telefon bimbitnya menyebabkan berlaku sedikit pertengkaran sebelum lelaki terbabit merampas telefon berkenaan," katanya.

          Beliau berkata, lelaki terbabit turut menyambar beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam kereta sebelum melarikan diri.

          "Mangsa mengejarnya dan lelaki terbabit dipercayai berhenti secara tiba-tiba apabila sampai di hujung jalan menyebabkan motosikalnya dirempuh kereta wanita berkenaan kerana tidak sempat membrek," katanya.

          Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit yang berasal dari Seremban dan dipercayai baru tiba di ibu negara, mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes samun.

          • Pada 2009.11.07 03:42, Patroler menulis:

            kes diklasifikasikan sebagai kemalangan yg brpunca dari perbuatan jenayah… itulah namanya jenayah membawa padah..
            kepada peragut, inilah bahana dari wanita aggresif..
            wanita tersebut dianggap tak bersalah, sebab tak sengaja melanggar.. bagaimanapun serba sdikit memberi kesan pada mental(trauma).. dan juga dgn lesen..

            • Pada 2009.11.07 09:01, Munirah menulis:

              kesian prempuan tu.. dah la jadi mangse.. dituduh lak jadi judge dredd. mmg reflek tindakan manusia bile dah diragut, tentulah kejar peragut.. takkan nk tgk je.. nk suh org lain kejar, mmg x dan la..
              daripada keterangan saksi yg berada kat tempat kejadian, terbukti mmg wanita tu x salah, sbb dia menangis memerlukan bantuan.. dia secare tak sngaje.. walaupun mungkin ada sdikit niat melanggar, tp dia x berniat utk membunuh… tapi dah mmg ajal peragut tu mati tersangkut..

              kepada peragut yg masih hidup.. beringatlah.. ajal kat mane lpas ni.. dlm loji/atas pokok/atas tiang lampu jln/dlm longkang/bwh lori/celah stimroll… bertaubat sblum kena..

              • Pada 2009.11.07 09:08, Armuni menulis:

                mcm dlm iklan tu la.. meragut org, last last bini sndiri kena ragut sampai maut…

                insaf insafla wahai peragut… sblum ni, kebanyakan mangsa mati diragut.. kali ni peragut mati.. alhamdulillah, Allah dah berikan petunjuk..

                • Pada 2009.11.11 01:01, Anonymous menulis:

                  judge dredd & jnugle law

                  • Pada 2009.11.11 08:56, Takbir menulis:

                    mmg wajib sepatutnye hukuman dikenakan pada peragut potong tangan.. cacat seumur hidup.. dlm alam lain pun nnt kena potong gak tangannya berkali kali..

                    kes peragut mati ni mmg boleh dikira mcm petunjuk gak la.. ajal dia mati masa buat dosa

                    You must be logged in to post a comment.