Kuala Lumpur
9 Ogos, 2008
Bagi pelajar di Sekolah Kebangsaan Sentul Satu, cikgu Nazman atau nama sebenar cikgu Ruhainazman Mohd Mor, merupakan seorang cikgu yang baik, rajin dan disenangi mereka..JPG)
Kehadirannya mengajar sebagai guru pelatih sejak sebulan lalu menceriakan mereka. Cikgu Nazman juga seorang yang berperwatakan menarik serta masih muda, usia 32 tahun.
Hari ini, mereka menunggu kedatangan cikgu Nazman untuk mengajar mereka Bahasa Inggeris. hari ini merupakan sekolah gantian untuk cuti musim perayaan Hari Raya akan datang.
Namun sehingga loceng berbunyi jam 7-30 pagi, kelibat cikgu Nazman masih belum muncul.
Kemudian mereka dikejutkan dengan satu panggilan telefon, mengatakan cikgu Nazman terlibat dalam kemalangan jalanraya. Guru-guru juga tergamam, malah ada yang seperti tidak percaya.
Tanpa berlengah, beberapa orang dari mereka termasuk guru Penolong Kanan, Cikgu Alias, bergegas ke lokasi kejadian, di jalan Karak Sentul, tidak jauh dari sekolah.
Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati, sekujur tubuh, yang mereka amat pasti, cikgu Nazman terkujur di atas jalanraya.
Motosikalnya juga bergelimpangan di atas jalan..JPG)
Sehingga itu sahajalah perjalanan Cikgu Nizman ke sekolah, terhenti di tengah perjalanan, malaikat maut telah menjemputnya terlebih dahulu.
**********************
Di lokasi kejadian, sebaik kemalangan berlaku, orangramai yang melaluinya dipercayai cuba mencari identiti sebenarnya mangsa.
Mereka kemudian menemui sehelai kertas yang mengandungi butiran penunggang motosikal ini dan beberapa nombor telefon.
Borang itu sebenarnya diberikan oleh Gurubesar sekolah kepada Cikgu Nazman semalam untuk diisi dan dikembalikan hari ini.
Tujuan borang itu ialah untuk rekod sekolah dan nombor untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.
Akhirnya, borang itu benar-benar berguna hari ini.
Orangramai kemudian menelefon pihak sekolah dan isteri Allahyarham menurut nombor yang tercatit.
**********************
Kejadian berlaku kira-kira jam 7-15 pagi. Allahyarham dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 6 1/4 Jalan Gombak ke sekolah tempatnya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sentul Satu..JPG)
Motosikal mangsa dipercayai terbabas lalu merempuh kon pembahagi jalan.
Siasatan sedang dijalankan samada mangsa cuba mengelak kenderaan lain menyebabkan motosikalnya gagal dikawal.
Segulung nota yang merupakan Alat bantuan Mengajar subjek bahasa Inggeris juga ditemui bertabur di atas jalan termasuk komputer ribanya.
Sebuah ambulan Bulan Sabit Merah malaysia , tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian
Allahyarham bagaimanapun didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Setelah siasatan di tempat kejadian selesai, mayat Cikgu Nazman di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
***********************************
Puan Salimah, isteri Cikgu Nazman, sebaik menerima panggilan telefon, bergegas bersiap untuk ke lokasi kejadian.
Dua anaknya yang masih kecil, berusia antara dua hingga lima tahun, di bawa bersama menaiki kereta..JPG)
Fikirannya tidak menentu sehinggakan Puan Salimah tersalah laluan.
Ini menyebabkan, Puan Salimah tiba di lokasi kejadian yang menimpa suaminya, kira-kira dua minit setelah van yang membawa mayat suaminya menuju ke HKL.
Puan Salimah yang sedang sarat mengandung, masih mampu mengawal perasaannya setelah tiba di lokasi. Beberapa guru wanita yang datang, turut menenangkannya dan membantu dia membawa keretanya ke Bilik Mayat HKL.
Dua anaknya yang berada di dalam kereta, sesungguhnya, masih belum mengerti apa sebenarnya yang berlaku…
***********************
Anak kelahiran Pasir Mas Kelantan ini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dia kemudian mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan telah menjalani kursus di maktab perguruan selama enam bulan.
Tiga bulan pula diperlukan oleh dia untuk menjadi guru pelatih sebelum menjadi guru tetap.
Cikgu Nazman telah sebulan menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di sekolah kebangsaan Sentul Satu.
Bagaimanapun, semuanya itu kini hanya tinggal kenangan.
Perjalanan cikgu Nazman, berakhir di sini…
AL Fatihah…
AMARAN: GAMBAR DI BAWAH TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA YANG
TIDAK BIASA MELIHAT SITUASI SEBEGINI…











innalillah…. inilah sahabat ambo.. samo2 dari pasir mas, ,masuk skoloh sains machang skali… x percaya dia dah tiada.. seorang sahabat yang suka menolong.. pasal arwah la aku tak kantoi geografi SRP tahun 91 dulu.. ambik exam sebelah dia.. semoga roh beliau di tempatkan pada golongan yang beriman.. amin..
Al-Fatihah Buat Mangsa…
Sinta and Jojo Terkenal Gara-Gara "Keong Racun"
aku rase dia ajar science lah
saya pon rasa dia ajar sains..skang ni kan budak2 blaja sains dlm bahasa inggeris…