Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
18 Jul 2010
5-30 pagi
Nota:
Identiti mangsa telah dikenlpasti sebagai Sim Kim Hock , 78 tahun, seorang pesara polis.
Sim telah hilang selama 3 hari dan keluarganya sebelum ini pernah menyiarkan mengenai kehilangannya di akhbar berbahasa Cina.
Identiti mangsa tidak ditemui pada mayatnya.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 5-30 pagi tadi di Jalan Tun Razak arah Bulatan susur ke Cheras/Jalan Loke Yew.
Berdasarkan pakaiannya, mangsa dipercayai pesakit sebuah Hospital dipercayai Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa dianggarkan berusia 70 tahun dipercayai dilanggar kenderaan yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.
Berkemungkinan mangsa dilanggar ketika hendak melintas atau ketika berjalan kaki di sisi laluan ini.
Bagaimanapun, misterinya, bagaimanakah mangsa yang masih berpakaian wad hospital malah masih mempunyai kesan bekas ‘drip’ di lengannya, boleh berada di atas jalan berjalan seorang diri.
Atau, adakah pesakit ini ‘terlepas’ dari hospital?…

























pelik memikirkannya bagaimana mangsa siap berpakaian dan masih dgn drip boleh lepas dr hospital… sy tak berapa arif dgn jalan tun razak…ada hospital berdekatan jln tu ker?
Mungkin Kawalan Di Hospital Itu Agak "Longgar"… Kasihan Mangsa…
kesian..
tapi nampak gaya mcm lelaki ni jenis either tak berkeluarga atau homeless..sbb takde IC.. ada kemungkinan jugak pesakit mental…
mental la kot.. kalau tak xkan dia merayau2… ermmm… purata seminggu kes eksiden ni makin tinggi lak kan..
Berdekatan HKL ye…setahu saya kawalan sekeruti HKL sangat ketat…kelonggaran diberi jika pesakit mahu menunaikan solat di masjid hospital atau membeli makanan/barang di koperasi berdekatan dengan unit kecemasan….mungkin terlepas pandang atau pihak sekeruti ingat dia mahu membeli barang mungkin