Batu 17 Jalan KL-Ipoh
arah KL
Rawang, Selangor
10 Jun 2011
10 pagi
Sukar untuk dinafikan, kemalangan membabitkan kenderaan berat terutama lori dan treler semakin banyak. Dan mangsa paling ramai terkorban ialah penunggang motosikal.
Bagaimanapun, kali ini, kesnya berlainan, walaupun akhirnya membabitkan sebuah treler juga.
Sebuah Toyota Hilux diparkir dibahu jalan, dan pemandunya difahamkan membuka pintu kenderaannya untuk keluar.
Sebuah motosikal Yahama LC, ditunggang Kavin Manogaran, 16 tahun, terlanggar pintu tersebut.
Akibatnya, motosikal mangsa hilang kawalan dan ketika itulah sebuah treler yang mengekori dari belakang, terus menggilis mangsa yang tercampak dan terperosok di bawahnya.
Kavin dari Jalan Lorong 8, Taman Tun Teja, Rawang, maut di tempat kejadian.
Denyutan nadinya terhenti di situ…
















argh.. rawang lagi…!
moralnya.. pandang belakang dulu sebelum buka pintu..
kejadian yg sama berlaku kepada kawan saya yg menunggang motor akibat terlanggar pintu sebuah kereta yang dibuka tiba-tiba.. alhamdulillah kawan saya tu selamat…
ada side mirror xnk digunakan. akhirnya melibatkan kehilangan nyawa org lain. takziah utk keluarga mangsa semoga roh mangsa berehat dengan tenang.
salam..
motosikal Yamaha Lagenda, bukan Yamaha LC..just untuk info..macih..hehehe