Penchala Link
berhampiran terowong
Kuala Lumpur
14 Ogos, 2012
10 malam
Nama mangsa : Azlita Abd Aziz, 44 tahun, Pandan Jaya, Kuala Lumpur

Ini kes kemalangan maut ke empat dalam tempoh kira-kira 5 jam – seorang penunggang motosikal wanita.
Semuanya gara-gara sebuah Proton Persona yang baru keluar dari arah terowong Penchala Link arah Taman Tun Dr Ismail, hilang kawalan.

Kereta kemudian terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung di bahagian sisi kiri dengan motosikal ditunggang mangsa.
Mangsa , Azlita Abd Aziz, 44 tahun, maut di tempat kejadian.
Manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.
Dari kesan tayar di laluan bersebelahan selepas terowong, terdapat kesan tayar yang panjang sehingga ke pembahagi jalan.

Beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di lokasi kejadian, tidak dapat menahan sebak atas apa yang berlaku dan terpaksa ditenangkan anggota polis dan orangramai.
Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

















alfatihah…
Assalam, takziah kpd mangsa.. Pesona ni mesti laju…lepas kluar terowong tu mmg corner…klau bwk laju dari dlm terowong mmg cr nahas..
yup..confirm driver ni memandu dengan laju..medan nak test top speed bila melalui terowong ni..
mohon pemandu dihukum gantung sahaja
Al fatihah untuk mangsa… Mangsa tu pulak ada anak, kanak2 istimewa.. kesian pada anak yg ditinggalkan.. semoga Allah cucuri rahmat pada mangsa…
Akum semua, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan mengubal undang-undang jalanraya memandangkan banyak kemalangan maut berlaku yang menyebabkan kematian datang dari pemandu yang cuai. Hukuman terhadap pesalah lalulintas begini haruslah di bicara di makamah atas tuduhan cuai dengan niat membunuh secara tidak sengaja. Biarlah dengan menghukum pesalah sedemikian akan menginsafkan pada pengguna jalanraya supaya menghormati pengguna-penguna yang menguna kenderaan yang lebih kecil.
Azman Idris
setuju, tapi bukan undang-undang semata-mata. Sistem pembelajaran masa belajar and ambil lesen memandu. sistem nak dapat lesen di Malaysia ni TERSANGATLAH mudah. Pengalaman saya teman adik ipar di jerman nak ambil lesen. Hurm…hampir mustahil nak dapat even bawak vespa je pun. saya nak amik lesen kereta time tu jadi takut. berminggu-minggu. teori dan praktikal sgt strict tapi relevan. dorang sgt tekankan common sense sebagai pemandu and pengguna jalanraya. kalau masih gagap2, teragak2, jangan harap nak lulus. tapi kat malaysia ni lain. banyak harap nasib dan ehsan pegawai JPJ time test day. dah dapat lesen bawak macam jalan ni family dia yang punya.
saya tak banyak pengalaman tapi apa yang saya tengok and alami sepanjang di Jerman, diorang memang disiplin. takde lah drive atas line, tengah2 lane. they stick to the lane. Menarik pasal Autobahn (highway) with no speed limit. dorang bawak memang laju. setakat 140km/j sila drive di lorong slow. tapi accident rates sgt rendah.
berbalik pada sistem kat malaysia ni, saya rasa memang sedih sgt. pong-pang nak tegaskan enforcement, naik kan denda, ubah itu, atas dasar nak ‘betulkan’ sikap pemandu. sepatutnya patut mula dari asas. macam bangunan, macam mana bangunan nak stabil, kukuh dan selamat kalau asas/foundation nya lemah. kena balik pada root semula.
satu lagi kalau rajin-rajin melancong,explore negara lain,(contoh Thailand) jalan, highway sangat cantik,selamat, takde lubang2. tapi susah nak jumpa tol plaza.
Ramai mungkin tak tahu Malaysia paling tinggi kadar cukai utk kenderaan and paling tinggi kadar kematian akibat kemalangan. Sedih kan?
Saya sgt2 setuju dgn kenyataan di atas. Perketatkan sahaja sistem nak dapat lesen di Malaysia ni. Siap wat trus macam kat Finland pun bagus (kena ada skidpad test, slalom test, brake test etc.)
setuju bebenor…. mamat bangla/myanmar pun bleh lulus…. ada duit semua lancar..
saya setuju dgn en.azman Idris
jika perkara begini berlaku.. mesti kita akan kata baik hukum gantung sahaja pemandu laju.. ..bicara mahkamah dan sebagainya..
tapi adakah kita semua menyokong tindakan kerajaan mengenakan hukuman maksimum rm2000 kepada pesalah jalanraya yg memandu laju? jika Ya anda memang prihatin.. jika tidak emmang anda kaki bawak keta laju.. dan selalu kena saman..
ondscene selalu update citer pasal mangsa..tapi takde pun update pasal ‘pemangsa’ takde sangat pun…hehe
bawak persona, tapi perasan ferrari…
saya setuju dgn saudara Azman Idris.. semoga hukan yg diberi tu beri keinsafan kepada pemandu yg lain…
*hukuman
sapala pemandu pesona tu? x rasa bersalah keer?
….al-fatehah…..utk mangsa..
….kena selalu berhati-hati…..
….
takziah untuk keluarga mangsa. Hampir setiap artikel yang dikongsi dlm blog ni, ramai yang meminta kerajaan atau mana2 pihak untuk melihat balik atau menggubal balik undang2 jalan raya dan apa2 undang yang berkaitan. Tapi rasanya, pihak2 ini ada membaca atau ambil perhatian ke? Bukan apa…tetiber mcm terfikir lak. Kalau kita hanya mampu berkongsi pendapat dan komen sesama kita di sini, adakah pihak luar (yang berkaitan/sepatutnya) mengambil apa2 inisiatif utk memperbaiki setiap kekurangan yang ada? Maaf, sekadar bertanya apa yang terlintas di fikiran. Selamat Hari Raya.
Al fatihah kepada mangsa. Kenapa kita ni tidak mahu berubah. Semakin lama semakin teruk perangai orang Malaysia ini dari segi pemanduan…. entahlah … kena pulak disaat nak menyambut Aidil Fitri ni.
gantung shj lesen pemandu smp bila2…kemudian saman atas kecuaian RM100,000.
Pesalah perlulah dibatalkan sahaja lesen dia tu…
alfatihah untuk arwah…makin seriau lak nk blk kampung jumaat ni…
Sangat kasihan pada anak-anak mangsa.. salah seorangnya ialah adik Iskandar yg mana beliau merupakan kanak2 istimewa (bisu & pekak). saya menangis teresak2 bila dapat tahu berita ini… sangat sedih…
al-fatihah…..sekarang ni hukuman terhadap pemandu yang cuai sehingga mengakibatkan kematian masih agak ‘ringan’…. mcm tak adil jer…seorlah olah nyawa mangsa kurang bernilai dari ‘pemangsa’
Salam, saya amat terpanggil apabila membaca beberapa komen yang mantap, adil dan merdeka. Kepada pihak berkuasa : kerajaan, dapatlah sekiranya menggubal semua peraturan dan memberikan hukuman setimpal kepada PEMBUNUH TANPA NIAT ini. Amat terlalu ramai mangsa semuanya dari kalangan motor2 dibawah 250cc. Kepada menteri2, dato’2, ketua2 kerajaan, seluruh pegawai kerajaan dapatlah sekiranya di-syaratkan untuk menunggang motorsikal ketempat kerja selama 2 tahun sebagai syarat2 yang disyariatkan sebagai pekerja kerajaan. Barulah mereka mengerti betapa BAHAYA dan NGERINYA memandu motorsikal di Malaysia ini. Saya rasa dengan sedemikian barulah mereka nampak apa yang sebenarnya mereka buta mata, buta hati, buta hati perut, buta akal selama ini. — Azrin Abdullah
takziah diucapkan kpd mangsa, tapi suggestion bro supaya sapa yg nak keje gomen kene menunggang motor selama 2 thn, a bit childish laa bro…..:D…..
Mmg laluan nie menjadi laluan utama sy setiap hari,mmg x dinafikan kebanyakan kereta yg menggunakan jalan ini mcm mereka berada di litar sepang,polis trafik selalunya membuat ‘speed trap’sekitar jam 11.00pg ajer atau jam 2.00 ptg..Sy pun menyarankan kpd Kerjaan M’sia atau kepada Menteri yg berkenaan,TOLONG lah bentangkan kes sedemikian rupa di Kabinet tentang pesalah yg memandu secara membahaya sehingga melibatkan kematian kpd orng yg x bersalah,jgn dok sibok nak naikkan harga rokok atau sebagainya,kenakan sekurang2nya 10 sebatan atau Rm100,ooo.00 denda dan namanya disenarai hitam tidak boleh memandu seumur hidup..dan kepada pemandu2 yg setakat pakai kereta tempatan atau kereta Jepun,Korea tu,jgn lah perasan mcm mereka memandu Ferrari,Porsche,Lamborghini or Maserati kerana keupayaan kereta awak tu setakat mana sangat kalau nak dibandingkan dgn kereta yg beharga jutaan ringgit tu..lajunya x kemana pun,silap2 awak tuju ke pokok,kalau x melibatkan orng lain tak per lah,nie x pasal2,sedap kat dia,sakit or mati kat org lain..patut ker??
di sebap kan pemandu persona tu……org lain yg menjadi mangsa…..memang geram betul..bila situasi mcm ni berlaku…..kemalangan boleh di elak kan…sekiranya…setiap pemandu berhati2………yg melangar tak cedera…yg di langar plk maut…..al fatiha..utk mangsa……
betul tu… kesian arwah… al fatiha utk mangsa. saya smpai skrg masih sedih dgn kejadian ni…
Akibat kecuaian pemanduan.. org lain yg tak bersalah maut…benar sudah ajal puan tu ..tp apa pembelaan yg dia dapat selepas ni…anak2 yg ditinggalkan…ada beberapa komen diatas mengatakan beliau ada anak istimewa..apa nasib anak tu..hilang ibu tempat bergantung harap…setuju sgt dgn komen saudara AZMAN IDRIS…Pemandu pesona harus dihadapkan ke Mahkamah atas kecuaian pemanduan…dan diberikan satu hukuman yg sewajarnya kepada beliau…
betul tu Aini… pemandu tu sewajarnya dihadapkan ke mahkamah dan diberi hukuman yg setimpal.. kesian pada anak arwah.. mmg betul arwah ada seorang anak istimewa. sedih sgt2 pada anak dia yg hilang seorang ibu,tambahan dah dkt sgt nak sambut aidilfitri ni..
thanx pd yg bersimpati. apapun sudah ajal arwah di situ. kami sekeluarga masih dalam keadaan pilu dan sedih yg amat sangat. Arwah merupakan org kuat dan tulang belakang keluarga. Sepanjang hayat arwah hny tahu kerja..kerja dan kerja tanpa kenal erti penat dn lelah. Katanya insyallah dah tua nanti nak berehat sambil tgk anak-anak membesar. Kejadian ini berlaku pun ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. beliau merupakan pemilik stall mee n sup di foodcourt RASA the curve. tapi kuasa tuhan melebihi segala…Perginya seorang insan yg sgt pemurah, baik hati dan tunjang keluarga.
Al-Fatihah buat busu Ita kami>>>semoga aman di sana<<<
Alfatihah… utk arwah..
Sarie, maaf tanya, mcm mana keadaan adik Iskandar skrg?
apa taknya dia ingat jalan tu MAK BAPAK dia ada share kot…nak pandu laju je….org mcm ni ikut sampai traffic light libas cermin dia ngan rantai or kunci motor baru dia tahu……..org mcm ni kena ajar sikit
al-fatihah, lawak la baca komen2 anda semua.tidak kah anda sedar siapa diri anda.kan ke kita nie golongan bawahan yg hanya mampu berkata sudah ajal,terima jer lah.dn esok benda yg sama berulang kembali begitu la seterusnya.apa nak hairan.undang2 dn peraturan jalanraya cuma diguna pakai bila anda menunggang motorsikal.tidak pada pemandu kereta terutanya yg mewah.lihat bila ada sekatan jalan raya,berapa byk kereta bercermin gelap melepasi anda yg sedang bersoal jwap dgn penguatkuasa,berapa byk lori2 yg x lyak berada diatas jln melepasi sekatan.dn juga lihat kenderaan pacuan empat roda bercermin gelap x sampai 20 kaki dari sekatan sdg membuat pemerhatian..klau x salah kenapa guna tonto ya….pemandu mabuk,bergayut di phone,cuai memandu laju…apa lg ya….oo ya warga asing memandu lori tanah.ada duit semua bole jadi di malaysia…renungkan lah
Nukilan anak saudara mangsa,
BUSU… kami mulai merinduimu..
By Zulhelmy Nazari
“Bukan dia yang buat kita, kita yang buat dia”, kata-kata yang sering Busu ungkapkan. Busu memang positif orangnya . Pada dia tiada benda yang tak boleh diselesaikan. Busu handal memasak, mee rebus Busu paling sedap di dunia. Kalau kenduri-kendara, makan-makan Busu pergi pasar beli barang, nak makan sate Busu bakarkan. Tukang-menukang Busu lah orangnya. Kalau ada apa-apa mesin yang rosak kita panggil Busu betulkan. Busu akan betulkan sampai boleh, Lampu rosak Busu betulkan,tukarkan plug. Kereta tak boleh hidup, Busu cuba hidupkan , tayar kereta pancit Busu tukarkan. Kalau kesempitan duit Busu pinjamkan. …. Semuanya Busu… Segalanya Busu……
Busu gigih bekerja. Tiada siapa dapat menandingi kegigihan dan kecekapan Busu bekerja. Daripada menjual ayam, daging, sayur, nasi lemak, sate, gerai makan, kedai makan, semua Busu buat. Busu libatkan kami anak-anak buah Busu dalam perniagaan Busu agar kami tahu apa itu erti kegigihan. Busu sering berpesan “ Kalau nak duit lebih nak merasa pakai itu nak pakai ini kita kena rajin jangan malas, Busu tak suka orang malas”. Busu akan kami gengam kata-kata nasihat Busu itu erat-erat. Kudrat Busu banyak dihabiskan untuk menyenangkan orang lain. Rasanya Busu sendiri belum puas menikmati hasil penat lelah Busu bekerja.Walaupun Busu merupakan anak yang bongsu tapi dia tetap sulung buat adik-beradiknya yang lain, ibu penyayang buat dua orang anaknya , ibu saudara hebat di mata hati anak-anak buahnya. Busu umpama ibu dan ayah buat kami. Busu kau adalah idola kami. Busu lambang wanita gigih, tabah dan berani.
Namun kini keadaanya berbeza, Busu telah pergi…. pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada tanggal 25 Ramadhan 1433 Hijrah. Busu kembali untuk bertemu pada pencipta-NYA. Perit kehilangan arwah nenek masih belum hilang kini selepas 2 tahun tak siapa menduga Busu pula menyusul pergi.Busu, hati kecil kami masih tertanya-tanya kenapa begitu cepat Busu tinggalkan kami sedangkan kami tidak bersedia untuk kehilanganmu, tidak pernah terfikir dek akal Busu akan pergi diusia yang masih muda. Sayangnya Allah pada Busu lalu dijemputnya Busu bertemu denganNYA. Semuanya sudah tertulis di loh mahfuz. Kami sangat sayangkan Busu tapi Allah lebih menyanyangi Busu. Kami redha dengan pemergianmu walaupun ianya amat menyakitkan untuk diterima. Busu anakmu, adik beradikmu, anak-anak buahmu mula merinduimu, tawa, senda, gurauanmu masih tergiang-ngiang di telinga kami. Kami tidak akan sesekali lupakan Busu. Pasti kami titipkan doa dalam setiap solat kami buat Busu.Ya Allah kuatkan hati kami untuk menerima dugaanmu ini Ya Allah!
Busu kami berjanji akan menjaga waris yang ditinggalkan oleh mu sebaiknya. Akan akan kami beri asuhan sempurna buat anakmu Firdaus dan akan kami curahkan sepenuh kasih sayang buat waris istimewamu Iskandar. Akan kami bersabar menjaga kakak sulungmu yang selama ini di bawah tanggunganmu Mak Long Jijah.Busu damailah engkau di sana bersama nur Ramadhan yang mengiringi pemergianmu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat ibu saudara kita yang disayangi Busu Ita @ Azlita Aziz.
al-fatihah kepada arwah…………….kepada keluarga arwah banyakan sedekah doa dan yassin, dia pergi dalam bulan ramadhan, insyaallah semoga arwah dalam golongan orang beriman, arwah tu kembar kakak ipar aku……..kepada yang kenal dan tau ucapan takziah dan selamat hari raya aidilfitri…………maaf zahir batin……….
Sedih atas apa yg telah berlaku dan nukilan dari anak buah mangsa, semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini lebih2 lagi pd anak istimewa mangsa yg dijaga dgn penuh kasih sayang, kehilangan yg amat besar pd keluarga dan orang lain………Al Fatihah, semoga arwah diletakkan bersama orang2 yg beruntung diakhirat lebih2 lagi menemui ajal di bulan Ramadhan yg mulia ini.
teman nak cadangkan satu aje… waris mangsa kemalangan ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang cuai. barulah adil!