Punca Kematian Dua Dr Pakar

Ampang,
Selangor
29 mac, 2009

Polis mengesahkan punca kematian Dr Haliza Mohd Shafie, 53 dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yun Ming adalah kerana kecederaan teruk di banyak bahagian badan akibat dipecayai tergelincir dan terjatuh pada ketinggian antara 180 hingga 200 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya , Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mempunyai kesan cedera berganda dan luka teruk di kepala, leher, dan badan akibat dari kejadian itu.

Polis mengklasifikasikan punca kematian sebagai mati mengejut.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2009.03.29 19:41, Bukan Maria Clara menulis:

    takziah kepada keluarga

    • Pada 2009.03.30 04:24, Teacher menulis:

      Arwah Dr. Haliza pernah menjadi doktor kepada anak ke dua saya. She was a very good and gentle pediatrician…Alfatihah for her and Dr. Amin

      • Pada 2009.03.30 07:52, Anonymous menulis:

        Anak kedua saya yg berusia 8 bulan juga dirawat oleh arwah Dr. Haliza ketika diserang lelah ujung feb lepas. terngiang2 lagi suara mesra arwah yg ceria..
        harap en blogger boleh ceritakan lebih lanjut tentang kemalangan ini. bagaimanapun saya berdoa moga arwah ditempatkan ditempat golongan yg beriman..amin

        • Pada 2009.03.30 08:58, Anonymous menulis:

          anak sulong saya juga dirawat oleh dr haliza pada tahun 2007 kerana dyrhea…semoga rohnya dicucuri rahmat..alfatihah buat dr haliza & dr tai..

          • Pada 2009.03.30 11:43, insansedar menulis:

            TAKZIAH kepada keluarga Dr Haliza dan juga DR Amin Tai.Dr Amin tai sepanjang saya mengenali beliau selama 16 tahun.. adalah seorang doktor yang sangat periang, penyabar,pemurah dan sangat menghormati orang lain.sangat sesuai dengan bidang nya yang melayan kanak2.Kehilangan kedua-dua doktor ini sangat2 di rasai.semoga Allah menempatkan mereka di dalam golongan yang di masukkan ke syurga dan membalas segala jasa dan kebaikan mereka dengan pahala.
            Dan kepada mereka yang di luar sana hentikan lah spekulasi tentang mereka.lebih biak kita fikir kan apa nasib dan cara tuhan ambil nyawa kita nanti.. Amin

            • Pada 2009.03.31 09:14, Anonymous menulis:

              1. Dr. Haliza…..she’s the best paed doctor to my princess since 2002. My princess, Misha Farisya Idryna di lahir kan di Hospital Pakar Ampang Puteri di bawah jagaan Dr Haliza. Beliau telah mengenal pasti yg anak saya mempunyai masalah di saluran permakanan apabila anak saya tak boleh menyusu dengan sempurna. Alhamdulillah ianya dpt di kesan dari awal dan susulan rawatan bersama beliau di teruskan sehingga 2009 dan kini anak saya berumur 7 tahun. Walaupun anak saya mengalami masalah berat badan (berat anak saya skrg 14kg), tapi beliau tak putus² memberi idea cara permakanan yg sesuai untuk princess saya. Dan sehingga kini alhamdulillah berkat nasihat dari beliau princess saya sihat w/pun berat badan nye tak setaraf dengan usia.
              Tak lupe juga untuk Dr Amin Tai (Paed surgeon) yg pernah melakukan rawatan pembedahan ke atas princess saya ketika beliau terjatuh di bilik air. Masa tu umur princess saya berumur 3 tahun pada 2005. Segalanya berjalan lancar dengan kepakaran yg ada pada beliau. Alhamdulillah sehingga sekarang, kesan pada atas bibir princess saya tak begitu ketara dengan kepakaran yg ada pada beliau.
              Dr Amin Tai juga pernah melakukan pembedahan ke atas salah seorang anak kembar saya (Mohd Fiqri Iqwan – 12 tahun pada ketika itu) yang mengalami appendicitis pada 1 April 2008. (hari ni genap la setahun anak saya menjalani pembedahan itu). Pada peringkat awal kami tak sangka yang anak saya mengalami penyakit itu kerana kami sangkakan hanya sakit perut biasa. Tapi keadaan nya bertambah teruk sehingga perut bertambah besar masuk hari ke 8 berada di wad. Bila kami minta 2nd opinion, Dr Amin Tai dengan cekap nya memberitahu saya & suami yang anak kami mengalami appendicitis. Alhamdulillah Dr Amin Tai telah menyelamat kan anak saya dari bertambah teruk jika appendicitis itu ‘burst’.
              Kehilangan kedua pakar kanak² di Ampang Puteri amat terasa di kalangan mereka yang pernah menjalani rawatan bersama kedua pakar kanak² itu. Begitu juga dengan kami sekeluarga. Tapi ketentuan Ilahi tak siapa dapat menghalangnya. Jasa baik kedua pakar kanak² itu tak kan kami lupakan sampai bila². Apapun kenangan yang ada bersama kedua pakar kanak² itu akan tetap menjadi ingatan. Begitu juga dengan ‘Scars’ di bibir dan perut anak kami. Scars itu lah yang membuat kan kami akan sentiasa mengingati jasa baik keduanya….
              Takziah buat keluarga arwah Dr Haliza & Dr Amin Tai.
              AL-FATIHAH…..muga roh keduanya di tempat kan dengan orang² yang beriman. AMIN…….

              • Pada 2009.03.31 13:52, Anonymous menulis:

                Dr Haliza amat berjasa kepada kami sekeluarga terutamanya rawatan yang telah diberikan kepada anak bongsu kami yang berumur 6 tahun sekarang in. Dari Rota virus kepada sawan demam dan juga virus infection, semuanya dirawat dengan penuh dedikasi dan kata-kata semangat. Terakhirnya pada Oct lepas apabila anak kami diserang denggi dan ditahap kritikal, beliau dengan sedaya upaya merawatnya dan berurusan sendiri untuk mendapatkan platelet darah. Kata-kata semangat, keceriaan dan cara beliau mengendalikan pesakit seperti anak beliau sendiri adalah patut dicontohi terutama beliau dapat mengingati semua history. Kehilangan beliau adalah sangat dirasai. Al-Fatihah untuk beliau dan semuga beliau ditemptakan ditempat orang-orang yang beriman di atas keikhlasan beliau.

                • Pada 2009.03.31 16:37, manjalara menulis:

                  Dr. Haliza was my son's paed as well. She was very very very good, very passionate, penyayang, jovial & sincere. Sedey sangat mengenangkan apa yang terjadi. Although it is just patient-doctor relationship, we will miss her so much. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

                  • Pada 2009.04.02 05:03, Anonymous menulis:

                    It is sad that Dr. Haliza had to go this way. She’s the best pediatrician so far. Dia paling pandai suntik anak saya, tak menangis! Semoga arwah di tempatkan dengan mereka yang beriman. Dr. Haliza will be missed dearly.

                    You must be logged in to post a comment.