KM 39, Jalan Lingkaran Tengah 2
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
6 Januari 2013
12.30 tengahmalam
Nama mangsa : Arafat Mudir, 18 tahun, Pangsapuri Klang Villa, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Klang
Malang bagi seorang remaja, yang menunggang motosikal , menemui ajal setelah motosikal ditunggang terbabas.
Mangsa yang menunggang bersendirian, maut di tempat kejadian.
Siasatan awal polis mendapati, motosikal ini dipercayai hilang kawalan ketika melalui laan berselekoh ini sebelum terbabas ke bahu jalan.
Ia kemudian merempuh sebatang tiang lampu.
Motosikal pula ditemui remuk di bahagian hadapan, terseret kira-kira 10 meter.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.















Al Fatihah, sayang muda lagi dah maut kemalangan…….
Saya perhatikan antara line lane emergency dan lane kiri jalan ada gap/ketinggian tidak sama yg mana lane emergency kelihatan lebih rendah dari lane kiri, ini biasa ada dikebanyakkan jalan dan highway, jika biasa menunggang motorsikal gap tersebut menjadi masalah sebenarnya kerana boleh menggangu keseimbangan motorsikal terutama yg bertayar kecil seperti motor jenis skuter dan underbone, harap pihak berkenaan dapat ambil perhatian perkara ini sebab dah banyak juga lihat penunggang terjatuh disebabkan gap tersebut tambahan lagi ketika jalan basah atau berminyak.