Batu 6 3/4
Jalan Gombak Lama,
Gombak, Selangor
8 Jun 2011
1.30 petang
lagi foto dan berita lanjut menyusul
Ini lagi kes malang yang tidak disangka-sangka. Remaja ini, Muhammad Hasrul Herman, 16 tahun maut akibat cedera parah di kepala.
Motosikalnya merempuh belakang sebuah Perodua Kancil yang tiba-tiba terhenti di laluan kanan.
Sebabnya ?
Kereta ini dipercayai kehabisan minyak…
Pemandunya yang kemudian menghilangkan diri, dipercayai turut mengalami kecederaan berdasarkan cermin kereta yang pecah.
Muhammad Hasrul dalam perjalanan pulang ke rumah saudaranya setelah selesai berurusan dengan sebuah sekolah memandu untuk ujian motosikal Sabtu ini.
Mangsa baru sahaja menyambut hari lahirnya ke 16 pada 30 Mei lalu.
Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.


















Al Fatiha untuk si mangsa
selalu periksa meter miyak
agar tidak berlaku seperti ini
peringatan untuk penunggang motor juga
haruslah berhati2.. jgn menunggang
ikut hati.. MATI…
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
meninggal muda, semoga sikitlah dosanya..
Takziah buat mangsa..
berhati-hatilah ketika memandu.. tambahan pula kenderaan akan banyak kat jalanraya.. sebab cuti sekolah yang akan berakhir..
Takziah. Ajal maut itu ketentuan Allah. Tapi kenapa sebelum abis minyak tak pull off road? Hmm…
Assalamualaikum,
DariNya kita datang kepadaNya jua kita akan kembali. Takziah kepada keluarga mangsa.
Malang memang tak berbau, kalau bukan sebab kita…sebab orang lain. Adakala bukan sebab manusia pun. Hati2lah di jalanraya. Minggu ni cuti sekolah dah nak habis…kenderaan agak banyak (peringatan untuk diri saya sendiri juga)
Pada pendapat saya, pemandu kereta tak boleh dipersalahkan 100% sebagai punca kemalangan.. kalau kes langgar belakang mcm ni, biasanya polis anggap org belakang yg salah sebab x jaga jarak.. saya pernah ada pengalaman sekali.. tapi saya tak faham, kenapa pemandu kereta tu nak lari..
Sebenarnya sangat bahaya untuk penunggang motosikal menunggang tepat dan rapat di belakang kenderaan lain.. setiap kali saya tunggang motor, saya takkan tunggang betul2 belakang kenderaan, sebaliknya ke tepi sedikit.. at least ada ruang sikit nak elak kalau tiba2 kenderaan depan berhenti..
apa pun, al-Fatihah kepada mangsa.
pemandu kereta kancil patut dipersalahkan dan diambil tindakan. Sayang budak tu tak ada lesen……
TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA, SEMOGA MEREKA TABAH ATAS DUGAAN NI. KESIAN ARWAH XSEMPAT NK AMBIK LESEN.
so budak ni pun bawak motor x ada lesen la yer…
Innalillahiwainnailaihirajiun
Mengikut fakta di atas, dia akan mengambil ujian motosikal sabtu ni,mungkin die pemegang lesen L skang kot hu2..malang x berbau,aku penunggang motosikal kdg2 seriau gk dgn pemandu keta ni.Aku lg risau diorg ni dari pemandu lori/bas.Sbb diorg ni unexpectable.Pemandu keta kalu cthnya menggelabah,cpt je die tuka lane atau tetiba berenti.Kalu kenderaan besar lagi cm bas atau lori,aku bole juga agak ape diorg nk buat.
Apepon itu skdr pandangan peribadi.Yg dh pergi tetap xkn kembali.Doa kami yg hidup untuknya & sedekahkan Al-Fatihah.
5 minit sblom kejadian arwah ade ngan aku…..dye ajk aku g jln2….tp aku x sempat nk temankn arwah…dye pergi begitu saje….x sgke itu kali terakhir aku ngan arwah…. T_T