SEGERA
Sila ambil perhatian :
11 malam, 13 Sept 2012
Kepada anda yang akan melalui laluan Bayangan Maut arah Utara, sekitar KM 434, antara Rawang-Bukit Beruntung ,sila berhati-hati.
Sekurang-kurang 50 buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal berhenti di laluan kecemasan dan ada juga berlaku beberapa kemalangan berikutan kenderaan mengalami tayar pecah.
Kejadian dipercayai akibat paku-paku yang mungkin sengaja ditabur pihak tidak bertanggungjawab di laluan tersebut.
Saya juga menerima beberapa panggilan telefon dan SMS dari rakan yang melalui jalan berkenaan tetapi terselamat dari kejadian ini.
Difahamkan, kejadian mula berlaku sejak kira-kira sejam tadi.
Jika anda tidak mahu mengambil risiko, boleh melalui jalan lama KL-Ipoh melalui Selayang dan keluar di Tg Malim.
Tambahan :
Jam 11 malam, maklumat terkini saya terima, skru-skru ditemui bertaburan di atas jalan. Punca atau bagaimana skru tersebut berada di atas jalan, belum diketahui.
Jumlah kenderaan terlibat dianggarkan sudah melebihi 100 buah.
Untuk berita penuh dan foto-foto : Misteri Skru Bertaburan Di Lebuhraya


















Hmmm…saya pernah melihat situasi sebegini sblm ni. Hairan bin ajaib bila tgk banyak kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Pelik bila tengok ramai yang sedang tukar tayar dan ada pula beberapa kenderaan yang kempis je tayarnya. Kejadian ni berlaku ketika melaui arah ke selatan (kalau tak silap dah nak exit ke Sungai Buloh). Tapi syukur kerana kereta saya tak terbabit sama. Kalau ianya perbuatan khianat, mmg zalimlah orang yg melakukannya..Apakah tujuannya? sudah pasti untuk mengaut keuntungan kot…wallahualam. Kalau si pembuat ni membaca entri ni, bawaklah2 istighfar danbertaubat. Tak mustahil nanti berlaku di kalangan ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa tak bertanggungjawab.
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan maklumat berguna ini. Walaupun saya tidak berada di jalan raya @ di jalan raya tersebut, diharap maklumat ini banyak membantu pengguna lain.
Bro…thanks for the info..sharing with my friend……
bahaya nih!! PLUS kena cepat ambik tindakan nih..
kalau sengaja ditaburkan…memang melampau dan tidak bertanggungjawab!!!
Jangan le buat naya kat orang (kalau betul le) cuba bayangkan kalau keluarga anda yang terkena atau ada kemalangan maut disebabkan paku-paku yang “Sengaja” ditaburkan…
Sy laluli jalan ini Jam 12mlm balik ke Bukit Beruntung. ketika itu mmg dianggarkan dalam 100Buah Kenderaan tersadai kerana Tayar bocor . Alhamdulila kereta sy x terlibat. ada org kata scrue tersebut terjatuh dari lori dan bukan perbuatan sabotaj.
amat malang Bagi mereka yg terkena Scrue ini sampai ada yg empat2 tayar bocor. bagi Khidmat Towing dan taukey kedai tayar pula bagaikan Pesta utk mencari rezki.
perasan jugamalam tadi waktu lalu bawah highway nak ke sg buaya.. kenderaan menghala ke utara berhenti di laluan kecemasan. ingatkan kesesakan biasa sebab kemalangan.. rupanya masalah lain pula.
kalau skru tu sengaja ditabur memang sangat zalim manusia yang bertanggungjawab tu. dahla laluan tu sangat gelap.
patutlah, saya berada di laluan ke selatan agak pelik melihat kenderaan berderet berhenti di laluan kecemasan…
FYI. Masih ada 2 kenderaan mengalami masalah tayar pecah menghala ke utara pada pagi ini. waktu dalam lingkungan 830 pg.
risau bila membaca entri ni..sy memang tinggal di bukit beruntung..setiap hari berulang alik ke petaling jaya ikut highway.alhamdulillah saya x pernah ditimpa kejadian buruk seperti ini tp sy ada ternampak ada kenderaan yang berhenti di lorong kcemasan.baru2 ini saya baru menukar tayar sebab tayar bengkak.x berani nak speed lah kalau mcm ni
ini tiada kitan dengan laluan bayangan maut tapi ingin memberitahu. Dekat tol sungai besi laluan motosikal ke Kuala Lumpur, pun ada paku panjang 3.5 – 4cn. motor saya bocor tercucuk 3 paku. dimaklumkan terdapat banyak motorsikal yang mengelami taya bocor di kawasan tersebut. Awas jika melalui di kawasan tersebut.
perkhh.. 100 buah kenderaan tu…
kena cepat2 bersihkan ni.. selain kehilangan ekonomi juga nyawa boleh melayang!