Suami Isteri Cedera-Kereta Terbalik
Susur Jalan Mahameru
Kuala Lumpur
18 Mei, 2009
Susur ini telah meragut banyak nyawa.
Dan banyak kenderaan telah terbabit dalam kemalangan di selekoh tajam ini.
Paling ketara, kebanyakan mangsa yang maut, apabila kenderaan mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat yang menghubungkan bangunan Parlimen ke Jalan Parlimen.
Seingat saya, sejak kira-kira 5 tahun lalu, kira-kira 10 kematian berlaku di sini, apabila kenderaan mereka merempuh tiang jejambat ini.
Terbaru, kira-kira jam 12 malam tadi, sepasang suami isteri, nyaris maut apabila kereta mereka terbabas.
Ketika kejadian, jalan licin akibat hujan.
Kereta Proton Waja ini terbabas ke kiri jalan ketika melalui selekoh ini dan terus meluncur ke arah tembok sebelum terbalik.
Kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam kereta, berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian oleh anggota bomba.
Mangsa dikenali sebagai Shahzan Ahmad – 33 tahun, Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM cedera di kepala.
Manakala isterinya yang cedera agak parah, Norazlina Zainal 27 tahun – Jururawat di hospital sama, cedera di tangan.
Dan mungkin kerana mereka memakai talipinggang keledar, maka kedua-duanya tidak tercampak keluar yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan lebih teruk.
Rujuk posting ini di lokasi sama kemalangan berlaku:
http://ondscene.my/2009/01/03/langgar-dan-langgar-dan-langgar/
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.



bro..untuk entry yang akan datang,sila jangan guna nama MAT REMPIT kerana golongan ini telah diberikan nama baru (rebranding)..mereka kini dikenali sebagai SAMSENG JALANAN..haha..
Bro Sham
Kalau orang tu memandu tak laju
insya Allah perkara ni tak terjadi
Betul tak??
Aku tengok ramai yang daru dapat lesen memandu setahun jagung
dah nak tunjuk terrer kat jalan
padahal ‘connering control’ dan lain lain masih belum khatam lagi.
Ada orang yang ada lesen memandu ‘Advance’ dan US Certified Driver pun memandu perlahan di KL ni…
Syukur mereka selamat
Semuga jadi iktibar
memandu perlahan pun Sampai juga ke destinasi…
tak rugi memandu perlahan
Betul tak?
Entahnya, kereta murah, perasan bawa kereta mahal, itulah pasal
ramai yang ada lesen..
tapi..
tidak ramai yang ada akal..
Sori menyemak…
Sy pernah accident.. Dilanggar oleh golongan veteren SAMSENG JALANAN… berumur 41 tahun dan tidak berlesen..
Paling mengecewakan.. Akibat accident itu, bayi dalam kandungan sy gugur…
Paling best dan sangat best.. Saya menerima surat saman dari mahkamah… Saya pulak dituduh melanggar dia.. kalo dia menang dlm court.. mmg sungguh tidak adil kerana sy yg berlesen selama 8 tahun dipersalahkan oleh samseng jalanan yg tak pernah berlesen…
Paling syok utk dgr, dia claims insurans atas insurans saya.. sangat2 geram ok.. hanya sbb di tercedera.. saya yg kehilangan bayi lebih teraniaya…
Saya harap masih ada keadilan utk saya!!!
jawa-terimakasih akan peringatan itu. tapi byk yg boleh dibahaskan mengenai penukaran nama ini, dan golongan ini masih tetap bermaharajalela. mereka memang sengaja menempah keranda…
alid- setuju dgn pdnpatitu. golongan muda sekarang ada yg tunjuk lagak tak bertempat. bwk kereta mcm polong, kalau mati terus , senang cerita. tapi yg jadik mangsa, org lain turut terpalit.
ayat paling sesuai, memandu secara berhemah, dan bertimbang rasa., bukan memandu dgn melulu dan ikut nafsu.
anon- memang…perasan mcm bwk evo, padahal bawak wira, pinjam pulak tu…
jawa- akal mereka ada, tapi simpan dalam keranda.
aznee- sungguh malang kisah anda. mcmana bentuk siasatan tu agaknya ye. jika anda dapat berikan fakta kepada saya, mana tau kita bukak balik kertas siasatan…
syukur, anda masih selamat dan pasti trauma masih tetap ada.
pelik juga kes ni sebab pemandu itu tiada lesen…
sila emailkan kepada saya maklumat kes.