Nama mangsa : Mohd Eaddy Afkam Abdul Khalid , 35 tahun (suami), Yusmani Yusof, 28 tahun (isteri)
Lagi kemalangan tragis membabitkan pasangan suami isteri, dan berlaku di hari pertama Ops Selamat.
Kemalangan ini berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa terbabas menyebabkan kedua-duanya terhumban ke atas jalan.
Kes berlaku kira-kira jam 7.40 malam , tidak jauh dari Hentian Rehat Serdang Lebuhraya Maju, arah Putrajaya.
Motosikal ditunggang Mohd Eaddy Afkam Abdul Khalid , 35 tahun dan membonceng bersamanya ialah isterinya, Yusmani Yusof, 28 tahun .
Mereka dalam perjalanan dari Puchong untuk ke rumah kakak di Putrajaya untuk berbuka puasa.
Siasatan awal polis mendapati, motosikal mangsa , bernombor pendaftaran ACQ 4282, dipercayai gagal dikawal menyebabkan ia terbabas, dan mangsa mangsa tercampak.
Kedua-duanya yang mengalami kecederaan parah, maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Difahamkan, kedua-duanya merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nota: Saya agak lewat menerima maklumat kes ini menyebabkan saya gagal tiba di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke hospital.
Akan diusahakan untuk mendapatkan foto-foto di lokasi kemalangan dan butiran lain. Harap maklum.


















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
semoga roh mereka dicucuri rahmat.
minggu depan dah raya…
Innalillah….
dah hampir nak beraya dah..
apa pun semua ini ketentuan ilahi..
takziah kepada keluarga mangsa.
highway MEX tidak dibina dengan spesifikasi untuk motorsikal. menteri yang pandai2 benarkan motorsikal lalu. itu pasal banyak kemalangan belaku.
Setuju, n kalau diikutkan semua highway tak sesuai untuk motorsikal berkuasa rendah spt kapcai dan skuter, apatah lagi basikal. Bukan tak bagi atas sebab kereta nak menyombong bwk laju dan tak boleh kongsi dgn motor kecil tp hakikatnya hiway mmg tpt kenderaan bergerak lancar dan banyak angin lintang kalau stakat nak clip penunggang motor kecil tu anytime.
Tp kita tiap kali ade kemalangan mcm ni dh jd mcm ada standard script untuk reply di blog dan akhirnya ‘korban’ yg berlaku jd sia2.
Masuk yg ni dh 2 kali kot kemalangan solo
Motorsikal atas mex tahun ni, yg sy igtla bc dkt ondscene. Tp sbb nyawa penunggang murah je, so takdela apa2 tindakan dibuat…
kempen la sket larang motor naik hiway2 secondary ni. Mulakan dgn MEX dan AKLEH.
Kalau ada yg naik, hiway patrol boleh hambat n saman. Biar jauh sket asalkan tak mati atas hiway.
MEX highway x seswai utk penunggang motosikal? bkn ke highway tu besar. sy slalu je guna n suka mex sebab xbyk kereta n perjalanan lancar. sy guna kriss je. cuma lg baik klu ada laluan motosikal seperti federal highway.
Moto kecik pon bayar road tax jugak, takde masalah rasanya klu guna highway Mex ni. Yang penting hormat menghormati dan bertimbang rasa antara penunggang dan pemandu kereta dan lain-lain.
saudara AntiDriverBodoh, nak kempen larang motor guna MEX & AKLEH? masa awal penggunaan AKLEH mmg motor dilarang guna AKLEH nie…tp bila harga minyak naik dulu, semua pakat naik motor, then Kerajaan yg benarkan motor guna AKLEH nie…hiway MAX plak, sy rasa besar…cuma kereta bwk laju2 kat situ…so kena semua pemandu & penunggang berhati2…
salah pendapat ni..
pernah anda menaiki motorsikal di laluan ni?
pernah kah anda dihimpit di laluan kiri?
kebanyakkan pemandu di laluan Mex ni xberhati perut…
di laluan paling kiri pun masih mahu pecut..
sampai di laluan kecemasan pun ada yang berani buat hal ni.
saya banyak kali lalu di laluan ni, macam2 kerenah yang saya jumpa dan juga hampir dilanggar..
kalau tidak percaya, cuba anda menunggang motorsikal dan lihat bagaimana pemandu2 menunjukkan kehebatan masing2 di laluan ni..
saya juga penunggang motorsikal dan juga pemandu kereta
saya rasa saudara tak penah menunggang motosikal…selalunya yang jenis kurang ajar masa memandu kereta adalah golongan yang tak penah merasa kesusahan penunggang motosikal..langsung tak hormat penunggang motosikal…macam kereta dia saja yg bayar cukai jalan….bukan semua orang yang bawa motosikal tu jenis tak mampu beli kereta besar,,,ramai yg lebih mampu..cuma naik motor ni senang sikit nak layan jem,,dan tak sanggup buang masa berjam2 di jalan raya…
so sebelum beri pendapat tentang ketidak sesuaian motosikal kecil di hiway ni,,,fikir dulu bro..jangan sedap kepala sendiri sahaja…
ye ke. aku lalu situ rileks jer.
Innalillah… Speechless…
Semoga mereka dirahmati Allah…
Innalillah …. Al Fatihah untuk keduanya…..
Salam,
Pembetulan.. . mangsa kemlangan merupakan kakitangan JKM Terengganu. Suami adalah kakitangan PKMD Kemaman dan isteri kakitangan PKMD Marang.
dia telah di pindahkan ke kuala.lumpur. he is my cousin
pasangan ni ada anak tak?semoga roh merka berdua ditempatkan di kalangan orang beriman.
pada penunggang motorsikal, berhati2 di jalanraya..bukan bermakna kita bawa motor dgn elok, dah kira selamat, tapi kena kena ingat juga pemandu kenderaan 4 tayar ni bukan pikir keselamatan orang lain yang bawa motor, tau dorang je nak cepat…
Alfatihah..takziah utk keluarga..sahabat masa keje kilang n belajar kt ITMCK (UiTM)…
takziah kepada keluarga . al fatihah semoga rohnya di tempat orang -orang yang beriman. dia( suami) merupakan kawan semasa belajar di itmck.beliau seorang yang baik.
mohon admin usahakan foto kalau dpt
Takziah arwah kwan sy
Arwah bkn stb marang ke
al-fatihah…lagi 10 hari jer nak beraya tapi tak sempat..mesti sanak saudara mangs sangat sedih…tapi itu semua sudah ketentuan Ilahi..
Selalu mengikuti perkembangan kemalangan yang menyebabkan kematian kepada pemandu.
Siap tahu mungkin esok lusa kita juga merupakan salah satu bahan berita di ondescene ini.
Semoga kita sentiasa bersediamuntuk menghadap ilahi. Terutamanya, siapa yang akan ditinggalkan nanti.
Anak, isteri ibu bapamdibawah jagaan kita.
Semoga allah memanjangkan umur kita semua.
Innalillahiwainailaihirojiun…. Semoga roh sabahatku ditempatkan bersama golongan yg beriman… Al fatihah
Al-Fatihah…
al fatihah..eddy kawan baik saya masa sekolah dulu.
SAMTAI kuala berang ke…sy junior dia
Arwah isteri dulunya adalah kakitangan stb mrg tetapi telah bertukar ke pkmd marang manakala. arwah suaminya pula adalah kakitangan pkmd kemaman baru bertukar pada jun lalu drpd jkmwpkl
al-fatihah…arwah mmg baik..moga arwah dan isteri ditmptkan di kalangan mereka yg beriman..amin
Takziah, sedihnya ….
Td pg sempat melawat jenazah arwah En eddy di Kuala Berang..sangat2 sayu..walaupun kami staff PKMD Kemaman baru jer mengenalinya..namun ttp terasa kehilangannya..Al fatihah..
baru sedekahkan surah yaasin dan al fatihah. Allahyarhan Eaddy adalah kawan baik saya, lima tahun sebagai dorm mate saya di PJJ USM. Seorang yang baik, pemurah, lurus dan amanah. Saya benar-benar kehilangan rakan baik yang saya anggap adik saya. Kami belajar bersama, makan minum bersama sepanjang 5 tahun ini. Betul, Allah lebih sayangkannya. Takziah kepada keluarga mereka. … daripada Zainol Mahmood, Johor Bahru
Takziah kpd keluarga Allahyarham semoga di bulan rahmadan yg mulia ini rohnya akan d cucuri rahmat….Al Fatihah
Al Fatihah……Takziah kepada keluarga Allahyarham semoga di bulan rahmadan yanfg mulia ini rohnya akan di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman…
Highway MEX memang ada tempat yang sangat BAHAYA terutama Dari Kuala Lumpur Ke PUTRAJAYA berhampiran TOL Putrajaya.
Sudah la gelap dan ada angin LINTANG yang tak menentu di kawasan tu……..mohon pihak tertentu memasang LAMPU JALAN Di kawasan tersebut…..
sekian terima kasih
arwah yusmani..sepupu sy…dri Dia kt dtg, kepada Dia kt pergi..kami sekeluarga redha dgn pemergiannya…Al-Fatihah…
1) ajal maut tuhan yang tentukan
2) mana mana hiway pun bukan tempat yang selamat sebenarnye. kite tidak boleh menyekat kemalangan. yang penting kite memandu mengikut kelajuan ditetapkan,jangan memotong jika tidak perlu.
Al-fatihah….. untuk kedua-dua… .. zainol…. . tiada kata utk dilafazkan…. huhuhuhu. banyak kenangan hanya kita yang tahu…….. semoga mereka ditempatkan dikALANGAN HAMBANYA YANG SOLEH …AMIN.
PS; KURANGKAN NAIK MOTOR … KURANG KAN BERADA DIJALAN RAYA…
Salam, sememang itulah takdir, ajal dan maut telah ditetapkan. Kalau nak mati kat mana-mana pun boleh jadi, jatuh bilik air pun mati, tengah main badminton pun boleh mati. Saya pun pernah lalu highway MEX, saya sedar bila saya naik moto kecil saya akan berada di lorong kiri sekali.
Dan apabila saya naik motor besar, saya akan berada di lorong kanan sekali dengan kelajuan minima 185km sejam, kenapa? sebabnya pemandu kenderaan takdenya yang bawa 110km sejam, inilah pemerhatian saya sepanjang saya berada di highway MEX. Bila berlaku kemalangan, penunggang motosikal juga disalahkan, especially kepada “Anti Driver Bodoh” ( lain kali naik motosikal baru anda faham.)
innalillahi wa inna ilaihi raji’uun
Arwah yusmani sepupu saya
Sabtu lalu tiba di Rhu 10 Terengganu, kami solat, dan simpan
semoga dirahmati Allah kedua-duanya
Kesian kat anak dia, kehilangan dua orang tua, baru darjah 2
Salam..saya Noor Izzati Abdul Hamid isteri pertama dan terakhir arwah Mohd Eaddy Afkam yang meninggal akibat kemalangan pada 10 Ogos lalu. Saya sangat sedih atas kehilangan dia tapi redha kerana arwah suami yang baik dan penyayang. Dia selalu berkata sayalah cinta sejati dan isterinya dunia akhirat dan arwah sangat2 kesal di atas perbuatannya berkahwin lagi. Dia tidak bahagia dan sejak April lalu dia pulang kepangkuan saya sentiasa menangis dan merayu agar saya memaafkan dia. Dia mengaku tidak sanggup hidup tanpa saya dan mengatakan apa yang diperlakukannya adalah suatu keterlanjuran. Maaf bukan niat untuk mengungkit krn arwah telah tiada sekadar meluahkan rasa. Arwah sangat menyayangi kami ( saya dan Dina satu-satunya anak kami ). Tlglah jangan bercerita perihal arwah dan isteri keduanya lagi krn saya telah lama memendam rasa. Hanya saya dan arwah suami tahu apa yang berlaku. Arwah sangat kesal dan berjanji akan pulang kepangkuan saya suatu hari nanti namun takdir Allah lebih dr segalanya. Kali terakhir arwah pulang dan kami bergurau senda adalah pada Nuzul Quran sebelum arwah pergi. Al fatihah buat arwah suami yang paling dikasihi..